Pagi itu, kebetulan angah yang menyambut Hani dan Hana di hadapan muka pintu. Memandangkan Hana masih lena tidur, Hani langsung letakkan Hana di atas katilnya berhampiran ruang tamu.
"Mana yang lain?"
"Umi dengan walid masih di surau. Katanya hari ni lewat sikit sebab ada ceramah subuh Ustaz Izhar dekat surau taman kita."
Hani angguk mengiakan. Sesekali kaca mata hitam yang dipakai dibetulkan. Mata masih menerawang ke arah sekeliling mencari yang lain.
"Along dengan ancik?"
"Along keluar awal hari ni. Katanya nak bawa team pergi tournament. Ancik memang tak balik semalam. Tidur rumah member."
"Nasib baik angah ada," sahut Hani sambil tarik senyum.
"Mata tu, kenapa? Menangis?"
Tak jadi Hani nak capai beg tangan di atas sofa bila lengannya ditarik dari belakang dek angah.
"Duduk dulu," arah angah.
"Hani dah lewat ni, ngah. Pagi ni Hani ada meeting," bohongnya.
"Okey. Petang nanti jumpa dekat mamak depan sebelum Hani datang ambil Hana. Angah tunggu."
"Tengoklah," balas Hani acuh tak acuh.
"Naurah Tihani..." panggil angah panjang. Seraya itu Hani hanya berpaling lalu angguk terpaksa.
"Kau silap makan ke apa?" soal Lina sewaktu mereka sama-sama makan di biliknya tengah hari itu. Hilang terus lamunan Hani tentang perbualan antara dia dengan angah pagi tadi.
Ah, bila difikirkan semula rasa malas pula rasanya nak bersoal jawab dengan angah petang ni. Dah sah-sah nanti kalau diceritakan, angah akan sebelahkan Adam. Dalam banyak hal mesti dia yang selalunya akan dipersalahkan. Jahat sangat ke dia?
"Motif?"
"Maybe sebab alergi? Misalnya. Obvious kut bengkaknya mata kau tu," luah Lina tak sorok-sorok.
"Tak payah nak perli aku. Macam tak biasa kena," marah Hani sambil sambung menyuap nasi. Kalau ikut hati, memang tak lalu nak makan. Tapi sebab ikutkan perut yang berbunyi, telan ajelah!
"Macam tak biasa kena? Kena apa?" soal Lina, polos. Malas nak menjawab, matanya dibuntangkan pada Lina sebesar mungkin.
"Hmmm. Kisahnya. Nangislah ni, ya? Banyakkan bersabar. Inilah namanya asam garam rempah ratus berumah tangga. Apa pun yang jadi, kena give and take. Dia sibuk, penat. Kau jangan tambah serabut dia."
"Look whose talking here," bidas Hani, tajam. Langsung terhenti suapan nasi Lina dibuatnya. Keluhan dia lepaskan sebelum senyum tipis ditarik. Mujurlah dah sedikit faham dengan fiil menjengkelkan Hani yang bersangkut paut dengan penyakitnya. Kalau tidak, mahu sentap 10 hari.
"Ya. Aku tau. Aku bukan orang yang sesuai nak bagi nasihat pada kau. But still, kau boleh ambil pengajaran daripada apa yang berlaku pada aku, babe. Aku tak kata yang aku ni isteri yang sempurna, tapi sekurang-kurangnya aku dah buat sehabis baik untuk selamatkan syurga kami. Jadi apa yang berlaku pun, aku tak rasa menyesal sebab aku dah all out selama lima tahun ni."
"Aku pun dah cuba sehabis baik, Lina. Aku tak pernah merungut nak kena hantar ambil Hana. Tidur berdua aje dengan Hana malam-malam. Pergi beli barang rumah berdua dengan Hana. Aku buat sendiri semua, Lina. Tapi dia? Selfish! Apa yang dia cakap semalam aku tak boleh hadam lagi sampai sekarang. Dia buat macam aku dengan Hana ni tak ada makna dalam hidup dia," adu Hani.
"Relakslah. Semua ni sementara aje. Bukan selamanya, kan? Sabarlah sikit."
"Kau tak fahamlah, Lina. Ini bukan masalah..."
"Puan Naurah?" soal seorang lelaki di hadapan pintu biliknya. Langsung terhenti perbualan antara dia dan Lina. Nasi ayam penyet pun masih tak luak.
"Ya, saya."
"Special delivery," balasnya sambil melangkah masuk. Lina dan Hani saling berpandangan bila sejambak besar jambangan penuh bunga berserta kotak empat segi kecil diletakkan di atas meja. Selesai saja tandatangan, lelaki itu pantas sahaja minta izin beredar.
"Sweet bak hang! Untunglahhh..." komen Lina sambil tergelak kecik melihat muka Hani yang masih ternganga tak percaya.
"Buang tabiat ke apa mamat ni? Dia pun tahu aku tak suka bunga. Bukannya boleh makan pun bunga mawar ni. Siap ada duri lagi. Dah kenapa bagi? Dahlah bagi campur-campur. Merah ada, putih ada. Pink ada. Oren pun ada. Tak berseni langsung!" bebel Hani sendirian.
Jambangan bunga diletakkan di tepi komputer ribanya sebelum kotak putih kecil yg siap bereben dibuka.
"Itulah kau. Nampak yang hakiki. Yang tersurat. Yang tersirat kau tak nampak!"
Hani cebir bibir.
"Yang aku nampak, pembaziran besar dah berlaku dengan bunga-bunga yang tak boleh dimakan lagi tak cantik ditayang pun!" tempelak Hani. Lina menyahut dengan gelak besar.
"Merah tandanya dia ikhlas sayangkan kau. Pink maknanya dia gembira sebab kau ada. Putih tu bawa maksud, kesucian niat dia dan oren pula menunjukkan dia nak terus hidup dengan kau sampai bila-bila. Perghhh... Sangat the other me!" puji Lina beria-ia.
The other me? Hani telan liur. Malas nak melayan teori bunga Lina, kotak sederhana besar di hadapannya pula dibuka.
"Haaa yang ini boleh makan!" jerit Lina, gembira. Baru saja tangannya mahu mencapai sepotong brownies langsung ditepis laju dek Hani.
"Kedekut, eh... Tak apa... Tak apa..." rajuk Lina. Mengekek Hani seketika. Pasal makan, gigih tu nak merajuk! Satu potongan brownies disua ke mulut Lina. Hilang terus memek muka rajuk. Senyum dah sampai ke telinga.
"Perghhh sedap siottt! Tempting! Nak lagi!"
Pantas sahaja kotak kecil itu ditutup rapat-rapat sambil kepala digelengkan.
"Nak, oder. Boleh gitu? Aku nak bawa balik bagi umi dengan walid aku rasa."
Lina cebir bibir.
"Kut ya umi dengan walid. Sekali dok ngappp sendiri."
"Kamu nampak nama tertulis ejaannya apa? Naurah Tihani. Eja betul-betul. N. A..."
"Yalahhh... Yalah... Wa cau dululah. Nak pergi lab analytical. Ambil result GC. Bye," balas Lina sambil berlalu. Sempat juga dikebasnya sepotong lagi brownies dari dalam kotak kecil di hadapannya.
Sekilas logo pada kotak itu dipandang dengan kening berkerut. H&H Cafe? Hani & Hawari? Ahhh... Kau ni, Hani. Ke situ pula perginya!
YOU ARE READING
MAMAT DINGIN HATI RINDU
Ficção GeralTajuk: Mamat Dingin Hati Rindu Penulis: Aifa Batrisya Penerbit: Karyaseni ISBN: 978-967-2102-29-8 Muka Surat : 640 Harga: RM26.00 (Semenanjung) // RM29.00 (Sabah & Sarawak) Terbitan : Januari 2018 Selepas dikecewakan NAURAH TIHANI a.k.a HANI yang be...