Untuk kesekian kalinya, puntung rokok yang kedua pula dia nyalakan. Tak cukup dengan itu, Ian mundar-mandir di balkoni biliknya sambil berfikir dengan kening berkerut panjang. Ternyata pertemuan dengan Adam siang hari tadi buat dia berfikir panjang sampaikan nak lelapkan mata pun masih terngiang-ngiang di telinga butir perbualan antara mereka.
Apa pun, ingat pesan aku. Jangan gerak terlalu laju. Mungkin suatu hari nanti, aku perlukan kau. Kalau laju sangat, mungkin tak terkejar.
"Suatu hari nanti? Apa maksud Adam? Dia orang bergaduh ke? Ada masalah? Nak berpisah? Ah, Ian. Yang kau sibuk dah kenapa? Asal bukan kau puncanya. Sudah!" bebel Ian sendirian sebelum labuhkan punggung di atas kerusi. Seketika dia bangun semula sambil mundar-mandir.
"Entah-entah sebab itu minah tu contact aku hari tu tak? Nak mintak pendapat? Bukan aku dari dulu penasihat 25 persen dia ke? Tapi, ah! Apa kau fikir ni, Ian? Tak payah fikirlah! Bukan masalah kau pun!" marahnya sendiri. Puntung rokok disedut sedalam-dalamnya sebelum asap berkepul dilepas bebas ke udara.
"Tapi kan, kalau betul ada masalah pun, dijamin tanpa waswas minah tu la punya angkara. Sebab dia memang suka cari pasal."
"Minah mana pula ni? Tak cukup ke dengan minah K-pop tadi tu hah? Player juga kau ni kan, bro?" tegur Ammar yang tersengih di hadapan pintu biliknya yang sedikit terbuka.
"Minah K-pop?" soal Ian, pelik.
"Ala buat-buat lupa pula. Minah yang hantar mama kau tu la. Dahsyat sey. Jauh kau rembat. Import dari Korea tu. Apa namanya? Aku segan nak tanya tadi."
Ian gelak besar. Hampir-hampir puntung rokok di jarinya terlepas jatuh ke bawah.
"Korea apanya. Orang nogori tu!"
Ammar cebir bibir.
"Nogori kau! Speaking hangeul berhabuk kut. Dressing perghhh... Cenggini," balas Ammar teruja. Kedua-dua ibu jari tangannya beria-ia diangkat dengan memek muka separa gatal.
"Hangeul tu apa?" soal Ian, polos.
"Bahasa Korea dipangil hangeul."
"Ooo... Alah kau ni pun. Percaya sangat dengan minah sayur tu. Propa semata aje tu. Ni, telinga capang aku ni jadi saksi. Aku sendiri dengar dia cakap nogori dalam telefon."
Ammar melopong. Tak percaya.
"Betul ke ni, Ian?"
Ian mengeluh panjang.
"Malas nak caghe la. Apa pun semuanya terletak dekat hati. Tau? Hati. Kau pun boleh buat macam dia. Kut tetiba nak berangan jadi Shah Rukh Khan ke, kan? Muka tu dah ada dah tu. Hidung terletak. Kulit pun tak berapa nak ceghah. Kau ubah aje loghat perlih kau tu bagi nama Bolly. Achaaa heiii," usik Ian sambil tertawa sendiri.
"Banyak kau punya Acha Septriasa. Serius la, wei? Orang Melayu ke dia tu?"
"Kalau kau nak percaya aku, percayalah. Kalau tak, kau joinlah mama aku layan si sayur tu," balas Ian, acuh tak acuh. Tak kuasa nak bertekak sebab minah tu.
"Kenapa sayur?" soal Ammar diiringi tawa. Suka hati Si Ian ni aje panggil orang. Hari tu ada pelajar dia yang suka pakai baju warna-warni pergi kelas dipanggilnya minah apam polka dot.
"Dah tu... asal cakap aje... Saiyooo... Saiyooo... Minah sayurlah, kan?"
"Itu lenggok bahasa Korea la, oi. Kau ni pun."
"Ah tak kesahlah. Yang penting dia orang Malaysia yang kononnya lahir dekat sana, dah besar baru balik sini. Nama dia apa, eh? Dara... Apa entah."
"Dara? Wahhhh... Dara tu!".
"Hentikan," sanggah Ian, laju. Makin galak Ammar tertawa.
"Tak kesahlah apa nama dia. Dara ke, teruna ke yang penting mama kau dah berkenan aje nampaknya. Dia panggil mama kau omma tau!"
YOU ARE READING
MAMAT DINGIN HATI RINDU
General FictionTajuk: Mamat Dingin Hati Rindu Penulis: Aifa Batrisya Penerbit: Karyaseni ISBN: 978-967-2102-29-8 Muka Surat : 640 Harga: RM26.00 (Semenanjung) // RM29.00 (Sabah & Sarawak) Terbitan : Januari 2018 Selepas dikecewakan NAURAH TIHANI a.k.a HANI yang be...