Bab 4

2K 39 0
                                    

Ian senyum. Perlahan-lahan jemarinya bermain di atas skrin telefon bimbitnya dengan senyum tak lepas. Mata masih tekun menilik wajah comel di hadapannya.

"Dah besar sayang papa ni. Dah boleh jalan-jalan jatuh dah," bisiknya perlahan.

"Hoi!" sergah satu suara dari belakang sebelum telefon di tangannya dirampas.

"Oiii, apa ni? Main kasar, bro! Bak balik," marah Ian seraya berdiri tapi Ammar yang lebih tinggi daripadanya berjaya juga tilik gambar yang dipandang sejak tadi.

"Anak sedara kau ke ni?" soal Ammar. Ian laju saja menggeleng. Berubah langsung muka Ammar melihatkan respons Ian tadi.

"Kau biar benar, Ian? Kau bukan ped..."

"Nauzubilahiminzalik! Kau ni agak-agaklah! Ini anak angkat akulah!"

Ammar masih dengan muka tak berapa nak percaya.

"Anak angkat? Siapa mak dia? Bapak dia?"

"Adalah," balas Ian sambil tersengih. Dalam Ammar masih kebingungan dicampur rasa percaya tak percaya, sempat telefon bimbitnya Ian sambar dari tangannya.

"Apa pasal aku tak tahu, eh?" soal Ammar sambil angkat segala perkakas yang dibawa balik dari rumah Ian tadi ke atas meja. Tangan ligat sahaja menarik keluar kain lap dari laci di kanannya.

"Pernah dengar perkataan privacy?"

Ammar mencebik.

"Berlagak... Belum jadi celebrity bakers dah tunjuk sombong dah," sahutnya dengan muka menyampah. Ian gelak besar.

"Senyaplah kau! Sesedap rasa aje nak menganjing aku, kan?" balas Ian dengan gelak masih bersisa. Tanpa dipinta, dia turut sama membantu Ammar mengeringkan segala perkakas yang siap dibasuh tadi.

"Bukan anak minah tu, kan?"

"Minah mana pula ni? Kau pun tahu kan, sejak kau kenal aku sembilan bulan lepas, aku dah siap sedia dikenenkan dek mama aku kepada 12 orang perempuan. Kau rasa?"

"Yang tu semua bujang lagi. Yang ni ada anak. Setahu aku yang ada anak cuma..."

"Ammar..."

Tak jadi Ammar nak habiskan ayat bila wajah Ian tampak serius.

"Kau kawan aku, kan?"

Ammar angguk.

"Cut it off. Boleh? Aku tak nak cakap lagi pasal ni."

Ammar buang keluhan panjang. Seketika telefon di tangan Ian pula dicapai sebelum skrin telefon disua padanya.

"Ni. Kau patut delete semua ni. Kalau seribu sim card pun kau tukar, tapi dok buat benda yang sama. Kau rasa ada kesan ke hah?"

Ian mendengus. Kotak rokok dari poket seluarnya dikeluarkan tapi belum sempat api dinyalakan, pemetik apinya dirampas pula.

"Sorry. Smoking is prohibited in this area. Tuuuu... Tak nampak ke?" perli Ammar. Pemetik api dipulangkan semula sebelum dia bangun dan atur perkakas ke tempat asalnya.

"Itu kalau masa tengah baking. Sekarang kan..."

"Nope. During baking or not, the rules is still the same. Cleanliness is a priority. Ngertik kamu?"

Wajah tegang Ian langsung kendur bilamana entah dari mana Si Ammar yang yoyo ooo mat salih celup tetiba bertukar jadi mas-mas pula.

"Kau tersampuk ke apa, Mar?"

"Awek akulah. Dok suruh aku layan filem Indonesia. Ketika Cinta Bertasbih, kau! Bilangnya mau ngajak aku berkasih sayang secara yang benar. Gitu! Menyesal doh aku dok sibuk dengan baking aje selama ni. Kesudahannya dia dok layan sinetron segala. Sekarang aku ajak keluar pun dah tak nak. Katanya nak bercinta lepas nikah," adu Ammar bersungguh-sungguh.

Ian gelak langsung tak sorok-sorok.

"Bila nak menikahnya tu?"

"Tunggulah kafe kita maintain dulu. Duit nak kahwin dah terguna kut! Haaa... Kau jangan main-main tau. Sian dekat aku nanti. Kafe ke mana, kahwin ke mana."

"Yalah... Yalah... Kau ni membebel macam mak neneklah, Mar. Aku janji, aku akan cuba sehabis baik. Okey?"

Ammar angguk, tayang muka bajet-bajet yakin.

"Bagus. Itu yang aku nak dengar. So, apa kata kita mulakan cuba sehabis baik tu dengan percubaan yang pertama?"

Percubaan yang pertama? Ian garu kepala sambil pandang pelik ke arah Ammar.

"Pencerahan?

Ammar senyum penuh makna.

"Ni... Cuba berhenti. Boleh, kan?"

Ian sengih.

"Insya-Allah, aku cuba kurangkan. Okey?"

Ammar jongket bahu sebelum buka peti ais dan capai cheese tart yang masih berbaki dari majlis tadi. Saja dia buat lebih. Kononnya nak bagi pada Umairah tapi boleh pula minah tu kata dia tengah on diet.

"Bolehlah. Dari tak ada usaha langsung," komennya perlahan.

Ian sengih lagi. Dalam hati, rasa lega sangat sebab majlis hari jadi mama tadi berlangsung dengan lancar. Mama pun nampaknya macam yakin dengan kebolehan dia dan Ammar. Alhamdulillah.

"Kau dah jumpa rumah sewa ke belum?"

Ian geleng.

"Susah nak cari rumah dekat area kafe tu. Tempat tu crowded kut. Bangsar, bhai! Rumah teres makan juta."

"Memang tak dapatlah rumah teres. Itu Bangsar, bukan macam dekat sini."

"Itu masalah mama aku tu. Rumah dekat Bangi hari tu dia pergi jual pula. Kononnya nak menetap terus dekat sini. Rumah nak kena ada taman. Senang dia nak tanam pokok, cucu-cucu dia nanti nak main kejar-kejar pun mudah. Katanya..."

"Berpandangan jauh betul mama kau, kan? Cucu yang difikirnya. Anak dia ni hah dok menganga mundar-mandir cari jodoh tak kunjung tiba. Kaaasihannn..." sahut Ammar dengan gaya menyindir.

"Boleh tak kalau kita masuk highway, jalan terus aje. Tak payah tukar-tukar lane. Stay lorong tengah boleh tak?" marah Ian.

Ammar garu kepala. Highway? Stay lorong tengah? Salah sahut ke dia tadi? Lain channel barangkali?

"Dah tak payah nak buat muka suci murni bajet blur kau tu. Back to our main topic. Rumah. Kita bercakap soal rumah. Faham? Nak aku eja?"

Ammar tarik sengih. Laju saja kepalanya digeleng bila maksud perlian halus terlalu mendalam jauh ke dalam tujuh kaki ke bawah Ian tadi baru dapat dia hadam.

"Hmmm... If that the case, kau duduk dengan aku aje dulu, bro. Aku pun dok sorang aje dekat kondo tu."

"Haah. Mama aku tu aku nak letak mana? Dekat receptionist?" balas Ian.

Ammar gelak gila-gila tak sorok langsung. Tanggang sangatlah pula rasanya kalau dia dengan Ian elok-elok dok tingkat atas, mama Ian pula suruh receptionist tolong uruskan.

"Mama kau pun sekalilah. Kondo tu muatlah haih untuk kita bertiga."

"Masalahnya mama aku tu. Dia gayat. Naik lif pun takut. Tapi ada hati nak naik kapal terbang," bebel Ian.

Ammar gelak lagi.

"Macam-macam hal la mama kau ni. Tak pun macam ni. Buat sementara waktu, kau datang seorang. Sekali-sekala kau baliklah jenguk dia dekat sini. Nanti bila dah dapat rumah idaman mama kau, baru kau pindah. Amacam?"

Ian mengeluh perlahan sebelum kepala diangguk berkali-kali.

"Aku cuba pujuk mama aku..." 

MAMAT DINGIN HATI RINDUWhere stories live. Discover now