"Hah, minah sayur?!" jerit Ammar di corong telefon.
"Tak payahlah nak jerit kut ya pun. Aku memang on the phone pun ni. Bukannya tengah potong rumput depan rumah," marah Ian sambil jarinya laju menunjuk ke arah menu waktu ditanya dek pelayan tentang pesanannya.
"Hahaha... Okey... Okey... So, apa citer sebenarnya ni? Kat mana kau jumpa minah sayur dan kenapa perlu dia yang hantar mama kau? Kau dekat mana sekarang ni?" soal Ammar bersungguh.
"Nanti aku story. The thing is, nanti dah sampai mama aku contact kau. Kau kena tolong jemput mama aku dekat lobi. Boleh, eh? Minah sayur tu kalau tak ajak naik pun tak apa. Suruh dia balik aje. Faham?"
"Okey. Faham. Faham."
"Bagus. Chiow!" balas Ian pantas langsung panggilan dimatikan.
"Minah sayur?"
Ian senyum langsung angguk.
"Ooo... Minah tadi tu, kenalan mama aku. Ah, abaikanlah dia tu. So, what's up? Aku tengok kau nampak makin cengkung sekarang. Teruk sangat ke kerja?" soal Ian, prihatin.
"Kerja memang tak pernah habis dan sebab kerja tak tentu masa, inilah kesannya. So, kau pula apa cerita? Mana menghilang selama ni? Dah lama aku cari kau, Wari," jelas Adam, serius.
Ian senyum. White coffee yang tiba dihirup perlahan.
"Ada aje. Masih dalam Malaysia."
"Aku ada cuba call kau, tak dapat... Aku try contact company kau, katanya kau dah resign. Nak cuba mintak alamat terkini kau, confirmlah tak dapat, kan?"
Ian gelak seraya angguk.
"Ada apa yang penting sangat sampai nak cari alamat rumah aku ni hah? Semua sihat, kan?" soal Ian, berbasa-basi walhal sebelum ini memang segala perkembangan Adam sekeluarga dipantau dari jauh.
Adam angguk.
"Alhamdulillah sihat. Eh, Pentinglah, bro. Kau tu sebahagian daripada hidup Ha..."
"Aku dah move on, Adam. Kalau boleh, aku tak nak ada kaitan lagi dengan kau. Family kau," tegas Ian sebelum Adam sempat menghabiskan ayatnya.
Adam kelihatan terkedu seketika. Barangkali tak sangka yang sahabat lama dia dan Hani akan bagi jawapan sebegitu. Move on? Tak mahu ada kaitan lagi? Serius dan berat bunyinya. Sekilas wajah serius di hadapannya dipandang. Tak nampak candanya di situ. Dia berdehem perlahan. Cincau soya di hadapannya disedut perlahan, membasahkan tekak yang terasa kering tiba-tiba.
"Apa cer ni? Tiba-tiba tak mahu ada kaitan dengan kami? Hari tu okey aje, kan? Waktu Hana lahir, Hana membesar. Lagipun kita sama-sama tahu yang selain aku, kau aje yang boleh handle Hani."
"Sekarang dah tak okey Adam, tak okey." balas Ian.
"Maksud kau?"
Ian gelak kecil kemudiannya menggeleng.
"Come on, Adam. Kalau kau dekat tempat aku, kau boleh rasa okey ke hah? Kau tak rasa nak ada life sendiri? Keluarga sendiri? Aku pun manusia biasa, Adam."
Wajah Adam berubah serta-merta. Nafas dihela panjang sebelum dia tunduk.
"Aku boleh faham dengan nak ada life sendiri, keluarga sendiri. Yang aku tak faham sekarang ni sebab tak nak ada kaitan langsung tu. Kenapa? Berkait dengan aku, Hana dan Hani ni buat kau rasa teruk sangat ke? Bukan sebelum ni..."
"People do change, Adam. Dulu mungkin aku sayang Hani sepenuh hati aku. Tapi sekarang aku sedar, ketidakwajaran aku untuk terus sayang pada isteri orang. Isteri kau sendiri. Dan juga Hana."
Adam mendesah perlahan tapi wajahnya nampak seperti kurang puas hati.
"Tapi Wari, kita dah janji kan yang Hana akan punya dua orang..."
"Aku tarik balik janji aku dulu tentang Hana. Tolong bagi aku peluang. Aku nak bina keluarga aku sendiri."
Sekali lagi Adam buang keluhan. Walaupun berat hendak dia terima, tapi kata-kata lelaki di hadapannya ini ternyata benar belaka. Sebagai lelaki normal, mana mungkin dia boleh bina keluarga sendiri kalau masih terkait pada memori lama. Lagi pula bukan setahun dua kenal dan rasa sayang. Ah, Adam. Betul ke kau terlalu pentingkan diri seperti yang Hani cakapkan? Untuk Hani dan Hana, perasaan Hawari kau cuba menidakkan?
"Aku minta maaf, Wari. Aku lupa yang perasaan manusia tak boleh dipaksa. Aku masih harap yang kau selalu ada untuk Hani dengan Hana kalaulah suatu hari nanti aku tak ada. Aku lupa yang kau berhak untuk pilih bahagia kau sendiri."
Ian mengeluh perlahan. Melihat wajah tak bersalah Adam, dia pula yang diserbu rasa serba salah kerana tak berkata jujur. Eh, jujur apa?! Betullah, kan? Memang dia nak move on pun.
"Hani dah tahu nombor telefon aku. Dia pernah mesej aku berkali-kali. Hampir juga call aku. Itu puncanya aku terus matikan nombor lama aku," jelas Ian lambat-lambat. Adam angkat muka dengan wajah separuh terkejut.
"Serius?"
Ian angguk.
"Silap aku. Aku simpan nombor kau sebagai papa Hana," luah Adam, kesal.
Papa Hana? Bibir Ian tersenyum nipis. Papa Hana. Sedap pula dengar panggilan tu. Tapi sesedap mana pun dah tak bawa apa makna sekarang. Semua itu pun demi kebaikan semua pihak. Dia perlu move on. Begitu juga Adam dan Hani.
"Tak apalah. Benda dah settle. Aku dah tukar nombor dah pun. Dah tukar kerja. Jadi aku rasa, mungkin sebaiknya ini kali pertama dan terakhir kita jumpa."
"Maksud kau? Kau memang betul-betul..."
Ian angguk, yakin.
"Macam mana kalau aku nak mintak tolong kau, suatu hari nanti. Aku nak contact siapa?"
"Tak ada apa yang aku boleh tolong sangat pun, Adam. Dengan adanya aku, akan tambah kusut life kau dengan Hani yang dah sedia bahagia dengan adanya Hana."
Bahagia dengan adanya Hana? Adam senyum tipis, angguk sedikit mengiakan tapi responsnya lambat. Nampak teragak-agak. Tak perlu ada Hawari nak kusutkan life mereka, tuntutan kerja pun mampu jadi bahan gaduh dah sekarang.
Hesy. Kalau ikut hati, mahu saja dia bercerita apa yang terbuku dalam hati selama ini. Asbab utama dia mencarinya sebelum ini tapi tak apalah. Mungkin ada peluang lagi sekali nanti untuk dia bercerita dengan Hawari.
"Move on tu boleh tapi janganlah move laju sangat. Slow-slow," sahut Adam dalam nada bercanda. Ian tersenyum kecil.
"Serius ke ni? Phone number kau, memang kau tak nak bagi akulah ni?" soal Adam, mohon kepastian dengan harapan Ian akan berfikir dua kali tentang permintaannya.
Ian jongket bahu. Yakin dalam samar.
"Biar masa menentukan. Insya-Allah, bila masa sesuai Allah pasti akan temukan kita. Macam sekarang ni. Siapa sangka kita akan jumpa dekat sini, kan?"
Adam angguk.
"Apa pun, ingat pesan aku. Jangan gerak terlalu laju. Mungkin suatu hari nanti, aku perlukan kau. Kalau laju sangat, mungkin aku tak terkejar," pesan Adam.
Ian senyum tipis.
"You'll be okay. You, Hani and Hana make perfect family. Trust me. Tak perlu ada aku antara kau dengan Hani atau pun Hana. Macam dulu-dulu," luah Ian. Yakin. Dan sekali lagi wajah Adam berubah. Mendung. Sebelum dia terusan termenung sambil mereka menunggu makanan tiba.
YOU ARE READING
MAMAT DINGIN HATI RINDU
General FictionTajuk: Mamat Dingin Hati Rindu Penulis: Aifa Batrisya Penerbit: Karyaseni ISBN: 978-967-2102-29-8 Muka Surat : 640 Harga: RM26.00 (Semenanjung) // RM29.00 (Sabah & Sarawak) Terbitan : Januari 2018 Selepas dikecewakan NAURAH TIHANI a.k.a HANI yang be...