Bab 9

1.2K 30 0
                                    

Bunyi batuk berpanjangan dari luar buat lena Hani terganggu. Matanya digesek perlahan sebelum fit band di pergelangan tangannya ditenung lama dalam keadaan dirinya masih mamai. Tiga pagi? Takkan dia kut! Bukan katanya tak balik malam ni?

Perlahan-lahan, bimbang mengganggu Hana yang lena tidur di sebelahnya Hani bangun dan atur langkah menuju ke pintu bilik. Dari celah pintu yang terbuka sedikit jelas nampak gerangan tuan badan yang masih lagi terbatuk-batuk sambil mata terpejam rapat.

"Adam..." panggil Hani perlahan.

"Adam..."

Adam masih diam tak berkutik. Perlahan Hani mengeluh. Boleh pula bila kita ada depan dia dah tak batuk, kan? Lena aje tidur. Langsung punggung dilabuh di sisi Adam yang tidur duduk di atas sofa.

"Adam, kenapa tidur dekat sini?"

"Hah, Hani?" soal Adam yang nampak sedikit terpinga-pinga.

"Ya. Hani ni. Awak balik dengan siapa tadi? Awak drive ke? Kalau tak larat drive, kenapa tak bagi tahu saya? Saya boleh ambil awak dekat hospital," jelas Hani. Wajah letih Adam dengan eye bag yang ketara dek tak cukup tidur buat hati Hani jadi sayu. Menyesal pula semalam angin satu badan suka hati gitu aje. Dahlah pasal hal yang belum tentu jadinya.

"Dah pukul berapa sekarang?" soal Adam. Langsung tak menjawab soalan.

"Pukul tiga pagi. Awak dah makan? Nak saya panaskan lauk?"

Pantas sahaja Adam menggeleng sebelum dia bingkas bangun.

"Saya balik cuma nak jenguk awak dengan Hana. Lepas mandi dan segarkan badan saya kena balik hospital semula," jelas Adam pantas. Masih lagi dengan mode tak menjawab soalan yang diberi. Kalau dalam temu duga memang dijamin gagal.

Balik tengah malam cuma nak jenguk dia dan Hana tidur? Hati Hani rasa tersayat. Terasa kejam benar reaksinya semalam. Lagi kejam bila dia teringatkan Hawari. Apa jenis isteri kau ni, Hani? Bukan nak selesaikan masalah tapi cari lagi masalah dengan nak babitkan orang lain?

"Adam!" panggil Hani sambil tarik lengan kemeja Adam yang masih belum bertukar. Seingatnya pagi semalam baju ini yang dia siapkan untuk Adam pakai dan pada masa ini dia masih pakai baju yang sama.

"Ya? Hani okey? Hana? Oh ya. Aaa... Okey tak brownies tu?" soal Adam tergagap-gagap.

Hani menggeleng perlahan.

"Tak okey, ya? Tak apa nanti saya belikan dekat kafe lain, ya! Saya kena mandi..."

"Nope. Brownies okey. Saya yang tak okey dan awak sangat tak okey, Adam," balas Hani perlahan. Tubuh Adam didekati sebelum dipeluk erat. Adam hela nafas panjang sambil mata kuyunya memandang sayu ke wajah muram Hani usai pelukan dilepaskan.

"Duduk kejap. Boleh? Lima minit?" ajak Hani. Lengan Adam masih kejap dipegang. Adam geleng perlahan.

"Why? Lima minit aje..." pinta Hani sambil merenung wajah Adam dengan separuh mengharap. Sejujurnya dia rindu masa senggang bersama Adam. Nak keluar minum sama-sama macam dulu. Masak sama-sama. Dah tiga bulan, semua dia buat sendiri.

"Baby Syikin... Syana. Dia..."

Syikin lagi? Satu rasa panas terus menyerbu ke muka Hani. Tubuhnya dijarakkan sedikit menjauhi Adam. Dahi terasa tegang. Bibir menggeletar menahan rasa nak menghambur amarah. Lagi cuba dia tahan nak bersabar lagi rasa nak pecah hati dia dibuatnya. Macam tak ada nama lain nak disebut. Waktu macam ni pula tu!

"Dia lagi? Dalam Malaysia ni memang hospital tu aje ke yang ada? Pakar kanak-kanak awak seorang aje, ya? Hah?" tempelak Hani sepuas hati.

"Syhhh, sayang. Perlahankan suara. Hana tengah tidur. Dengar dulu..."

"Tak. Saya tak nak dengar. Apa lagi kali ni? Hari tu dia ajak awak teman checkup dia mengandung. Dah bersalin, anak dia refer awak pula. Come on. Semaklah! Kenapa dengan dia tu? Tengah cari lobang nak jadi bini nombor dua awak ke? Cinta makin berputik? Macam tu?" gesa Hani bertalu-talu. Kalau ikut rasa hatinya waktu itu memang hampir terkeluar segala maki hamun dari mulutnya. Like seriously? Kenapa dia? Tak boleh ke dia lari daripada nightmarenya yang satu ini?

"Hani... Apa ni? Tak baik tuduh dia macam tu..."

"Tak baik? Apa yang tak baik, hah? Sekarang awak cakap macam ni. Apa yang saya cakapkan tak baik. Esok-esok dah dia jadi madu saya, itu yang terbaik? Macam tu?" marah Hani sungguh-sungguh.

"Allahuakbar, Hani! Apa ni? Kenapa saya nak madukan awak dengan dia kalau dari awal pun, saya memang tak ada hati dengan dia."

Hani tersenyum mengejek. Tak ada hati konon! Pigidah! Kalau dah lembut hati nak teman pergi checkup segala, bermakna hati tetap ada, kan?

"Manusia berubah Adam. Kalau hati manusia..."

Jeda sebentar. Mata Hani memandang tepat ke arah anak mata bundar Adam yang kuyu.

"Hati awak ni kalaulah saya boleh pegang... Lain cerita. Masalahnya..."

"Hati saya untuk awak. Dari dulu. Tak pernah berubah. Saya cuma jalankan tugas saya. Itu aje. Saya tak paksa awak untuk faham tapi saya harap sangat awak boleh faham kesulitan saya sekarang. Tak lama dah Hani. Kejap aje lagi," pujuk Adam.

"Ala, boraklah..." balas Hani acuh tak acuh.

"Syana kena dera dengan suami Syikin. Dia kritikal. Tak banyak yang saya boleh bantu selain pantau perkembangan dia sambil tunggu Syikin buat keputusan. Organ dalaman semua dah tak berfungsi. Kalau ikutkan, dia dah 'mati' sebab hanya bantuan pernafasan aje yang buat dia masih ada. Kalau awak di tempat saya, awak sampai hati ke nak buat tak tahu aje? Wajar ke saya transfer aje Syana ke tempat lain? Atau suruh aje doktor lain yang handle kes dia semata-mata nak puaskan hati awak?"

Hani terdiam seketika. Dera? Mati? Biar betul!

"Bukan dia orang dah..."

"Syikin berbaik semula sebelum dia bersalin hari tu. Tapi mana nak tahu sampai macam ni kan? Macam awak kata, hati manusia berubah. Mana mungkin kita dapat teka agenda sebenar dia," jelas Adam sebelum Hani sempat terus menyoal.

"Banyak info awak tahu pasal dia, kan? Sharing is caring nampak?"

Adam tarik senyum walaupun tampak hambar. Perlahan-lahan tubuh kecil Hani ditarik ke dalam pelukannya semula. Erat.

"Enough talking about other. Buat sementara kita tak banyak masa nak jumpa selalu macam dulu. Kenapa tiap kali jumpa kita nak bergaduh? Tak berbaloi, kan?"

Hani longgarkan pelukan sebelum dia mendongak memandang wajah Adam seraya angguk perlahan.

"Macam inilah kesayangan saya. Hopefully kita sempat nak pergi bercuti dengan Hana. Maybe, bulan depan ke?"

"Haah. Bulan depan pun awak busy. Bulan depan-depan pun sama. Bulan tulat tonggeng pun sama. Busy sepanjang tahun," bebel Hani.

Adam gelak kecil.

"Saya ni manusia, Hani. Bukan robot macam yang awak cakap semalam. Saya pun letih. Penat. Kalau boleh rasa nak tidur, tak nak bangun-bangun."

"Isy, apa cakap macam tu!" marah Hani sambil tampar manja lengan Adam.

Adam senyum. Tangan Hani di lengannya ditarik perlahan dan digenggam erat tak mahu lepas. Wajah Hani yang nampak sedikit tenang berbanding tadi direnung tanpa kerdip.

"Kalau saya tak bangun, awak kena kejut saya, ya? Macam tadi..." bisiknya perlahan.

"Jangan risau. Kalau tak bangun, saya jirus air!" balas Hani, seloroh. Adam cuma membalas dengan senyum yang bagai dipaksa.

"Kalau saya tak bangun juga lepas tu. Awak kena jaga Hana untuk saya. Boleh?"

"Adam!" jerit Hani, marah.

Dan untuk kesekian kalinya, Adam hanya tersenyum tipis.

"Adam Yussuf... Sayang Naurah Tihani. Sangat-sangat," bisiknya lagi sebelum tubuh tinggi lampainya hilang di balik daun pintu bilik tidur mereka yang sedikit terbuka membiarkan Hani kaku di ruang tamu. Keliru. 

MAMAT DINGIN HATI RINDUWhere stories live. Discover now