Kehidupan yang indah, sangat indah seperti syurga dunia. Bantal dan katil yang lembut lagi empuk membuatkan aku susah untuk bangun dari tidur. Tetapi, jam digital aku berbunyi disusuli dengan cahaya matahari yang menyinar tepat ke arah muka aku, memberikan aku satu sinar tenaga dan harapan untuk aku bangkit seperti manusia yang baru dilahirkan. Aku perlu bangun untuk berkerja demi diriku dan keluarga aku.
Aku menghirup udara yang segar di luar balkoni rumahku. Indahnya ciptaan Dia, tanpa udara yang segar lagi sejuk ini kita mungkin tidak akan dapat hidup. Terima kasih kepada Dia. Aku menyiapkan diriku dengan membersihkan diri di bilik mandi. Aku kembali ke bilik tidurku dan membuka almari pakaian.
Hari ini, aku memakai baju kemeja putih, tali leher warna hitam, jacket coat berwarna hitam dan seluar slack hitam. Aku menyikat rambut dengan kemas seperti rambut ejen Fox Mulder dari cerita The X-Files. Diakhiri dengan cermin mata berbentuk empat segi tepat, aku rabun jauh.
Aku mengambil kunci kereta dan kunci rumah yang di atas meja berdekatan dengan pintu keluar. Aku keluar dan mengunci pintu rumah banglo untuk memastikan keselamatan rumah aku. Aku bergerak ke tempat kerjaku dengan menaiki kereta Honda Civic.
Aku memandu melepasi setiap rumah jiran-jiranku yang peramah lagi permurah. Pemandangan yang cantik dengan tumbuh-tumbuhan dan bunga-bungaan yang cukup memukau. Anak-anak kecil bermain bola di padang dan pelajar menaiki basikal ke sekolah. Warga emas duduk di atas kerusi kayu, memerhatikan persekitaran indah di waktu pagi. Sungguh sejuk. Aku meninggalkan kawasan perumahan Bukit Damansara dan bergerak ke ibu kota Kuala Lumpur.
Oh, lupa aku nak perkenalkan diriku, buruk betul perangai aku. Nama aku Abu Bakar bin Razak, atau boleh saja panggil aku Inspektor Bakar. Aku berumur 40 tahun dan satu-satunya cahaya mata lelaki kepada Razak dan Sarimah. Ayah aku seorang bekas anggota polis berpangkat Inspektor di balai polis cawangan Ipoh. Tetapi tuhan lebih sayangkan dia, ayahku pergi dulu semasa aku masih berumur 18 tahun kerana mati ditembak oleh gangster Golden Chang semasa bertugas.
Selepas kematian ayahku, aku bertekad untuk mengikut jejak langkah seperti orang tuaku dengan menjadi seorang anggota polis. Dengan harapan supaya aku dapatkan runtuhkan organisasi gangster Golden Chang. Semasa di akademi polis, aku melakukan latihan dengan penuh semangat. Seperti Garuda cuba untuk melabuhkan sayapnya, aku belajar banyak benda-benda baru berkaitan kemahiran polis.
Aku tak pernah lupakan tugas aku sebagai anak. Selepas ayahku tiada, aku menjaga ibuku sejak itu. Aku membahagikan masaku di akademi dan rumah. Ibuku agak muram dan tidak banyak bercakap seperti dulu. Dia hanya termenung di dalam biliknya dan meratapi gambar-gambar lama ayah. Aku cuba memberikan semangat kepada ibuku agak dia boleh melupakan peristiwa hitam itu. Rumah juga menjadi muram dan suram selepas ketiadaan ayahku, tidak ceria dan terang seperti dulu. Cepat betul benda berubah, hanya disebabkan satu perkara saja, kematian. Boleh mengubah tingkah laku seseorang.
Disebabkan aku mendapat keputusan yang cemerlang, aku dilepaskan awal dari akademi polis dan ditugaskan terus di balai polis cawangan tempat sama ayah aku bertugas...dulu. Aku bekerjasama dengan kawan baik mendiang ayahku untuk membanteras gangster Golden Chang.
Ia mengambil masa selama empat tahun untuk kami semua memburu kuncu-kuncu Golden Chang sampai ke lubang cacing, sampai kepada ketua mereka iaitu Chang sendiri. Berakhirnya kematian Chang, bermaksud, runtuhnya organisasi Golden Chang. Sejak daripada itu, aku mula aktif membanteras jenayah-jenayah lain seperti sindiket pengedaran dadah, rompakan bersenjata dan banyak lagi..
Aku dianugerahkan banyak pingat kebanggaan di atas pencapaian aku yang terbaik. Setiap kali aku mengambil pingat, aku berharap ayah dapat melihat anak lelakinya ini telah berjaya, aku berharap ayah dapat duduk di sebelahku semasa majlis penganugerahan pingat. Aku menangis mengalirkan air mataku kerana di waktu aku kecil, aku selalu duduk di sebelahnya semasa dia mengambil pingat kebanggaannya. Aku menangis kerana sedih, tetapi aku cuba lupakannya dengan fokus terhadap kerja aku.
Selepas beberapa tahun, aku dinaikkan pangkat sebagai Inspektor. Namun, selepas itu, aku dikejutkan dengan berita kematian ibuku. Ibuku meninggal kerana sakit jantung. Ibuku ditanam di tanah perkuburan yang bersebelahan dengan kubur ayahku. Ironinya, hujan turun dengan amat lebat semasa pengebumian ibuku, sama seperti ayahku dulu.
Selepas pengebumian ibuku selesai, aku tinggalkan rumah yang aku telah tinggal sekian lama bersama arwah ibu bapaku. Aku dipindahkan ke tempat baru iaitu di IPK (Ibu Pejabat Polis Kontinjen) Kuala Lumpur. Aku membeli rumah di tempat aku tinggal sekarang kerana kawasannya yang jauh dari bandar dan masih banyak lagi tumbuh-tumbuhan hijau serta alam sekitarnya masih dijaga rapi.
Sepanjang aku bertugas di situ, aku mula berkenalan rapat dengan seorang anggota polis berpangkat sama seperti aku, Kamarul Musa namanya. Kami berdua banyak melakukan tugas bersama-sama dalam membanteras jenayah berat sehingga anggota-anggota polis yang lain mengelar kami berdua sebagai Double Unstoppable kerana penjahat tiada peluang untuk mematahkan semangat kami berdua, seperti Martin Riggs dan Roger Murtaugh.
"Selamat pagi Musa, apa cerita?" Aku meletakkan beg galas di atas meja kerjaku sambil memandang ke arah kawanku yang mana mejanya berhadapan dengan mejaku.
"Tak baik la pagi ni, isteri aku marah aku sebab balik lambat semalam. Dia memang tak faham kerja aku la Bakar. Runsing aku dibuatnya." Rungut Musa sambil menaip menyiapkan dokumen penting di komputernya.
"Kau turun padang ke semalam?" Tanya aku sambil membelek fail-fail.
"Ya, aku dengan anak-anak buah aku buat tinjauan kat tempat disyaki sebagai kawasan pengedaran dadah." Balas Musa.
"Hari ni kita kena turun padang lagi ke?"
"Tak. Kita buat kerja pejabat jer hari ni. Fuh...Lega sikit."
"Baguslah, hari ni hari jadi isteri aku. Waktu makan tengah hari nanti, aku nak buat kejutan untuk dia." Kata aku.
"Wah! Hebat kau Bakar. Ada buat surprise lagi. Kalau aku, takde masa nak buat benda-benda tu kat isteri aku."
"Hahaha. Kejam kau Musa." Aku tergelak melihat gelagat Musa.
YOU ARE READING
BAKAR
ActionInspektor Bakar merupakan seorang pegawai polis yang terkenal di bandar Kuala Lumpur. Isterinya merupakan sebuah permata kasih sayang buatnya. Namun, permatanya itu hancur dalam sekelip mata yang menyebabkan dirinya berubah menjadi seorang yang ga...