BAB 4 - TERJAGA DENGAN KESEDIHAN

844 3 0
                                    

Mataku terbuka sedikit demi sedikit, objek pertama yang aku lihat adalah kipas yang sedang berputar dengan kelajuan perlahan. Lampu pendaflour menyegarkan wajahku untuk berjaga. Badanku terbaring di atas katil, aku melihat ke kiri, pemandangan gelap dari tingkap menandakan hari sudah malam. Tangan kiriku disuntik dengan jarum kecil, air jernih mengalir dari jarum itu terus masuk ke dalam badanku.

Aku menoleh pula ke kanan, kawanku Musa sedang tidur berduduk di atas kerusi dengan kepalanya menunduk ke bawah. Dia menemani aku di hospital. Aku cuba mengejutkan dia. Kepalanya naik sedikit demi sedikit.

"Bakar, kau dah bangun. Baguslah, kau rasa macam mana sekarang?" Musa bertanyakan kepadaku tentang keadaan aku.

"Aku ok. Tapi, apa dah terjadi sampai aku masuk hospital ni?" Tanya aku kepada Musa yang sedang menggosok matanya.

"Kau tak ingat ke Bakar? Satu letupan besar dekat firma guaman isteri kau dah ragut banyak nyawa tak bersalah hari ni." Balas kawanku.

"Asap hijau... Asap hijau tu masih ada kat tempat kejadian tu lagi ke?" Tanyaku.

"Asap hijau? Apa yang kau cakap ni? Masa aku dengan anggota polis yang lain lakukan siasatan kat sana, aku tak nampak asap hijau pun." Jelas Musa.

"Aku nampak, aku nampak apa yang asap hijau tu buat kat orang ramai masa tu." Aku cuba untuk menyakinkan Musa supaya dia mempercayai aku.

"Bakar, kau ada kat tempat kejadian. Cerita kat aku apa yang dah jadi sebenarnya." Musa mahukan penjelasan yang lebih terperinci. Aku harap dia akan percaya kepada aku selepas aku ceritakan kepada dia apa yang sudah terjadi.

"Sebenar ada dua letupan, letupan kedua yang meletupkan bangunan tu. Tapi letupan pertama amat pelik."

"Pelik macam mana tu?"

"Letupan pertama tu lepaskan asap hijau dari dalam bangunan firma guaman. Lepas tu semua pekerja dalam bangunan tu keluar dan mula bunuh orang awam."

"Bunuh?"

"Ya! Bunuh. Seolah-olah asap hijau tu mengubah mereka menjadi ganas. Tak ada belas kasihan."

"Hmm, entah macam mana aku nak cakap. Kalau aku tulis apa yang kau cakap ni dalam laporan aku, orang atasan mesti tak percaya. Lagipun, kita tak tahu siapa dalangnya dan apa motifnya." Dari riak wajah Musa, aku tahu mesti dia tengah bingung sekejap selepas dia mendengar penjelasan yang tidak masuk akal dari aku. Musa tidak percaya asap hijau boleh mengubah tingkah laku manusia, ini bukan filem Hollywood.

"Kejap, mana isteri aku Musa?" Aku mula teringatkan tentang isteriku.

"Dia...Dia ada dalam bilik mayat."

"Bawa aku ke sana. Aku nak lihat wajahnya buat kali terakhir."

Musa membawa aku ke bilik mayat. Kesedihan mula terasa dalam badanku. Ingatanku mula memutarkan semula memori gelap itu. Aku melepaskan tembakan ke arah isteriku. Aku rasa bersalah. Aku tak dapat lupakan kenangan neraka itu. Tak guna!

Aku melihat wajah isteriku untuk kali terakhir sebelum dikebumikan pada esok hari. Cinta pertamaku berakhir dengan penuh tragik. Rancangan kami berdua untuk memulakan kehidupan dengan melahirkan zuriat berakhir tanpa ada waris untuk aku mendukung di atas tanganku. Hari jadi isteriku berakhir dengan tembakan dari pistol milik aku. Aku tidak sangka akan berakhir seperti begini. Amat hitam. Aku akan mencari celaka mana yang lakukan perbuatan keji tu. Aku akan cari dia sampai ke lubang cacing!

"Musa, aku nak balik rumah."

"Tapi keadaan kau..."

"Aku dah ok."

"Ok, jom, aku hantar kau balik." Selepas menyelesaikan beberapa dokumen untuk keluar dari hospital. Aku menaiki kereta Musa, dia hantarkan aku balik ke rumahku. Aku tidak bersuara sepanjang perjalanan itu, Musa juga tidak bersuara. Mungkin dia tidak mahu menggangu aku atau dia tidak ada topik yang mahu disembangkan atau dia sedang memikirkan kes letupan yang telah berlaku pada tengah hari tadi.

"Bakar, dah sampai dah." Katanya kepadaku.

"Terima kasih Musa sebab hantarkan aku balik."

"Alah, perkara kecil jer. Kau tu, banyakkan berehat."

Musa membawa kereta jauh dari pandangan mataku, meninggalkan aku seorang. Sekarang, aku kembali pulang. Rumah banglo, rumah impian kami berdua. Keadaan pasti tidak akan sama selepas ini, suasana rumah aku akan menjadi suram, sunyi, sepi dan gelap. Aku tidak akan dapat mendengar suara isteriku lagi. Aku tidak akan dapat merasa masakannya yang lazat. Semuanya itu sudah hilang. Kami berpisah di dua alam berbeza.

BAKARWhere stories live. Discover now