Aku mengunci dahulu rumahku sebelum aku bergerak ke rumah Vodka. Aku ucapkan selamat tinggal kepada rumahku untuk semua kenangan-kenangan bersama aku dan mendiang isteriku. Perjalanan ke rumah Vodka agak jauh, jadi aku bercadang untuk menaiki perkhidmatan bas awam. Aku menunggu bas di tempat perhentian bas.
Tidak lama kemudian, sebuah bas berwarna kuning dengan jalur berwarna hitam di sisi badan bas mula kelihatan. Bas itu berhenti dan membenarkan aku masuk. Aku membayar tambang kepada pemandu. Selain aku, ada seorang sahaja yang menaiki bas itu. Tom White.
Aku sudah jangkakan dia akan berada di dalam bas itu. Aku datang mendekatinya. Aku memandang dia. Dia memandang aku.
"Kamu sudah tumbuh janggut." Tom melihat perubahan pada wajah aku.
"Kau pun apa kurang. Misai putih."
"Duduk." Aku duduk di sebelahnya.
"Mereka semua macam rahsiakannya daripada aku. Aku rasa penyamaran aku dah terbongkar." Kata aku
"Kalau penyamaran kamu sudah terbongkar, kamu takkan bercakap dengan saya di sini."
"Ya. Betul. Tapi aku susah nak jumpa Gunnitello. Kalau berjumpa pun, melalui Skype."
"Melalui siasatan yang saya sudah buat. Mereka ada simpan bahan senjata kimia tu. Macam mana kamu tidak dapat jumpa? Saya hendak kamu cari sampai dapat. Faham?"
"Faham."
"Nampaknya, kamu semakin rapat dengan Vodka. Jangan lupa siapa diri kamu yang sebenar."
"Aku takkan. Kalau dia acukan pistol dekat aku, aku takkan teragak-agak untuk tembak dia. Misi tetap misi."
"Bagus."
Bas mula berhenti di perhentian bas, aku bangun dan ucapkan selamat tinggal kepada Tom. Tom melihat aku keluar dengan tenang, dia sentiasa senyum dengan pakaian baju korporatnya. Setelah aku keluar dari bas, bas itu pun meninggalkan aku.
Lalu aku pun berjalan ke rumah Vodka. Apabila tiba di rumah banglonya, satu cahaya lampu pun tidak bernyala. Aku berasa hairan. Dia sudah tidur ke? Kenapa rumahnya gelap? Aku membuka pintu rumahnya yang tidak berkunci, membuatkan diriku lebih berwaspada. Lantas aku mengeluarkan pistolku. Mana Vodka?
Di ruang tamu dan dapur, semuanya gelap-gelita. Nak kata ada orang jahat merompak rumah Vodka tidak ada kerana ke semua perabot dan barangnya tidak diusik dan tidak dicuri. Maka aku naik ke tingkat atas untuk memeriksa bilik yang terakhir, bilik Vodka.
Aku membuka pintu biliknya dan melihat Vodka sedang duduk di atas kerusi besi dengan badan dan mukanya berlumuran darah. Di badannya terdapat baju kalis peluru, tetapi setelah aku mendekatinya, ianya adalah bom. Menunggu masa untuk meletup.
"Vodka!"
"Yu...Yu...Yusuf." Jawab Vodka dengan suara tergagap-gagap.
"Siapa yang buat kau ni!?"
"Yusuf. Aku tahu siapa kau."
"Hah?"
"Aku pun sama macam kau. Orang yang sama. Mangsa yang sama. Dalam situasi yang sama."
"Apa kau cakap ni?"
"Ke... Ke... Keluar dari sini."
"Aku boleh bantu kau."
"Jangan sentuh atau cuba nak keluarkan aku dari baju ni. Kalau kau buat, dia akan meletup."
"Jangan risaukan aku. Keluar dari sini."
Aku tidak ada pilihan, aku terpaksa tinggalkan dia. Walaupun berat hati aku, tapi tinggal lagi lima belas saat sebelum bom itu meletup. Aku kena keluar dari rumah itu.
YOU ARE READING
BAKAR
ActionInspektor Bakar merupakan seorang pegawai polis yang terkenal di bandar Kuala Lumpur. Isterinya merupakan sebuah permata kasih sayang buatnya. Namun, permatanya itu hancur dalam sekelip mata yang menyebabkan dirinya berubah menjadi seorang yang ga...