BAB 3 - ASAP HIJAU YANG MEMBENAM MANUSIA

1K 4 0
                                    


Asap hijau itu mula merebak ke semua tempat seperti tsunami membadai Phuket. Orang ramai cuba berlari jauh dari bangunan firma itu, aku pula berlari ke arah bangunan firma guaman tersebut, demi isteriku. Aku terhidu sedikit asap hijau itu, aku terbatuk sedikit, hidungku rasa seperti terbakar, tetapi aku tetap teruskan larianku.

Tiba-tiba, segerombolan pekerja di dalam bangunan firma isteriku itu keluar dalam keadaan kelam-kabut. Tetapi, aku melihat ada sesuatu yang pelik berlaku ke atas mereka. Mereka mula menyerang orang ramai tanpa sebab. Memukul, memijak, menghentak dan menendang orang-orang tidak bersalah. Seperti diri mereka semua telah dirasuk oleh sesuatu, mungkin kesan dari asap hijau itu.

Aku bersedia dengan dari sarung di dalam kot bajuku. Hidungku masih terasa sakit, aku menutup hidungku dengan tangan. Amat mengejutkan apa yang sedang berlaku di depan mataku, aku tidak tahu sama ada mahu melepaskan tembakan atau tidak. Tetapi, mereka semua ini orang awam, tidak ada apa-apa kesalahan. Aku buntu.

Aku mendail 999 di telefonku, tetapi tidak ada respon. Aku terus buntu. Aku berlindung di balik sebuah van. Beberapa orang cuba menyerang ke arahku. Aku tiada pilihan selain menembak mereka semua. Aku terpaksa kalau tidak aku akan menjadi seperti yang lain, mati.

"Sarah?" Isteriku. Dia berdiri di hadapanku. Matanya merah menyala, tangannya berlumuran dengan darah. Wajahnya bukan seperti Sarah, seperti orang lain. Tidak memberikan senyuman kepadaku, sebaliknya kemarahan akan mula dilepaskan kepadaku. Dia mara kepadaku. Aku, berundur ke belakang.

"Sarah, ini abang." Tiada tindak balas darinya.

"Sayang! Tolonglah sedar!" Dia terus menerkam ke arahku seperti seekor harimau yang sedang dalam kelaparan. Aku pula melepaskan tembakan seperti seorang pemburu binatang. Entah mengapa aku berbuat begitu, tangan aku secara automatik bergerak dengan sendirinya, mungkin naluri manusia untuk melindungi dirinya.

Isteriku rebah, aku merasa kesal. Aku tidak berdaya untuk membantu dia selain menamatkan riwayatnya. Aku duduk di atas jalan, aku menangis sambil memeluk isteriku yang sudah tiada dengan penuh erat. Aku berasa amat sedih dan geram, aku tidak tahu siapa yang lepaskan asap hijau itu. Aku harap mereka yang lakukan perbuatan keji itu akan mati dalam keadaan yang amat sakit.

Mereka dah banyak membunuh orang tidak bersalah. Aku terus duduk lemah dengan isteriku yang sudah menjadi mayat. Aku seperti patung, tidak dapat berbuat apa-apa selain meratap wajah isteriku. Dalam keadaan yang kacau bilau itu, satu letupan di bangunan firma guaman itu meletupkan semua orang yang berdekatan, termasuk aku. Aku tidak kisah. Aku harap, aku mati dalam letupan itu... Bersama dengan isteriku.

BAKARWhere stories live. Discover now