Aku membuka pintu berpagar di luar rumah, malam pada hari itu kian sepi, tiada kedengaran bunyi-bunyi serangga atau binatang menyanyi. Mungkin mereka sedang menyanyi di kawasan perumahan lain, menyampaikan aura gembira kepada manusia yang berbahagia sempurna, sementara aku ditinggalkan kesunyian di bawah lampu rumahku yang malap.
Aku mengeluarkan kunci rumah dari poket seluarku. Aku memasukkan kunci ke dalam lubang tombol pintu berkayu rumahku untuk membukanya. Tiba-tiba, pintu itu tidak berkunci, firasatku mengatakan ada tetamu asing sedang menceroboh rumahku. Lantas aku mengeluarkan pistolku. Aku membuka perlahan-lahan pintu dan mengharapkan pintu itu tidak membuat bunyi besi berkarat. Aku mengacukan pistolku dahulu sambil aku membuka pintu.
Seorang lelaki sedang duduk di atas sofa ruang tamu. Tanpa ragu-ragu aku mengarahkan dia untuk bangun dan mengangkat kedua belah tangannya. Lelaki itu sungguh tenang sekali. Dia mengikut arahanku dengan senang. Lelaki memakai suit berwarna hitam. Ironinya di sini tetamu asing itu memang orang asing. Aku melihat wajahnya bukan dari sini, tapi dari luar negara. Rambutnya putih apatah lagi warna kulitnya, mungkin umurnya dalam lingkungan 50-an.
"Who are you!?" Tanya aku kepada lelaki misteri itu dalam bahasa Inggeris.
"No need to speak English with me. I'm very fluent with Malay language. You should be proud with your own language. Just speak normal." Balas lelaki itu dengan senyuman.
"Ok... Siapa kau!?" Perasaan kaku mula terasa dalam diriku. Situasi yang aku sedang hadapi sekarang seperti seorang pelakon yang gagal untuk mengingati skripnya lalu disuruhnya melakonkan kembali scene tadi untuk kali kedua. Aku mula terfikir kembali, aku hidup di zaman globalisasi, jadi sepatutnya aku tidak patut rasa terkejut Mat Saleh cakap Bahasa Melayu. Aku kena luaskan pandangan dunia.
"Nama saya Tom White. FBI. Saya nak bantu kamu." Balas lelaki yang memperkenalkan diri sebagai Tom White sambil mengeluarkan lencana FBI miliknya.
Dalam fikiranku mula berkata. "Rambut putih, kulit putih. Nama pun putih."
"Kenapa kau nak bantu aku? Apa agenda kau?" Tanya aku lagi sambil mengacukan pistol ke arah Tom.
"Pertama sekali saya nak ucapkan takziah ke atas pemergian isteri kamu. Kedua, saya rasa saya tahu siapa dalang di sebalik serangan itu. Cuma saya tak pasti sama ada mereka yang lakukannya atau tidak." Ujar Tom White.
Mendengar kata-kata itu keluar dari mulut Tom membuatkan aku menurunkan pistolku dari wajah Tom. Aku memang perlukan jawapan siapa dalang di sebalik serangan itu. Aku perlukan jawapan, kebenaran demi mangsa-mangsa yang terkorban dan isteriku.
"Siapa dalangnya?"
"Encik Bakar, saya tidak boleh beritahu dengan lebih lanjut lanjut lagi jika kamu... Bersetuju untuk membantu saya mencari dalang dalam serangan itu." Jelas Tom.
"Baiklah, aku akan bantu kau." Aku bersetuju tanpa berfikir dua kali. Aku amat memerlukan jawapan itu.
"Sepuluh tahun lalu, New York. Satu serangan letupan yang hampir sama di sini, telah terjadi di sana. Aku menyiasat kes itu dan mangsa-mangsa yang terkorban juga mengalami perkara yang sama."
"Kau ada suspek?"
"Keluarga mafia Gunnitello. Kami tahu mereka dalang di sebalik serangan di New York tersebut. Kami di FBI cuba untuk menangkap mereka, malangnya kami tiada bukti kukuh untuk mendakwa mereka. Mereka terlepas dan nampaknya mereka telah berlari ke sini."
"Jadi, apa yang kau nak aku buat?"
"Undercover. Menyelinap masuk ke dalam keluarga Gunnitello. Dapatkan kepercayaan mereka dan cari bukti jika mereka ada menyimpan gas biologi itu. Aku sudah menyiasat kes ini agak lama, aku tidak mahu ia berakhir dengan sia-sia."
"Kau nampak bersemangat untuk jatuhkan mereka."
"Sebab letupan sepuluh tahun itulah telah meragut nyawa isteri dan anak saya." Jelas Tom White. Anak matanya mula memandang ke bawah. Seperti dia sedang teringatkan kenangan pahit.
Aku terdiam. Nasibnya sama seperti aku, cuma dia lebih tragis, dia kehilangan bukan satu tapi dua nyawa orang yang disayanginya. Aku kena bantu dia.
"Baiklah, aku akan bantu kau."
"Esok, selepas selesai pengebumian mendiang isteri Encik Bakar, jumpa saya di kafe Yuni. Kamu tahukan?"
"Ya."
"Jumpa esok." Tom beredar keluar dari rumahku. Aku terlalu penat, lalu aku tidur di atas sofa. Aku masih rasa sedih dengan kehilangan isteriku. Gunnitello....
YOU ARE READING
BAKAR
ActionInspektor Bakar merupakan seorang pegawai polis yang terkenal di bandar Kuala Lumpur. Isterinya merupakan sebuah permata kasih sayang buatnya. Namun, permatanya itu hancur dalam sekelip mata yang menyebabkan dirinya berubah menjadi seorang yang ga...