BAB 8 - PERLAHANKAN MASA

381 3 0
                                    

"Yes! Dia dah datang." Dari pandangan mataku, keadaan di sekeliling aku menjadi perlahan. Seperti masa sedang diperlahankan. Sedang aku berlindung dari tembakan di belakang meja makan. Aku dapat melihat dengan mata kasarku setiap butir-butir peluru yang melepasi aku. Setiap partikel-partikel yang musnah akibat kesan dari tembakan juga aku dapat lihat.

Selain ketagihan aku terhadap kacang hijau. Ada lagi satu perkara yang luar biasa telah terjadi ke atas diriku, aku boleh perlahankan masa macam dalam filem The Matrix dan permainan video Max Payne. Kuasa luar biasa itu aku dapat tahu masa aku berada di dalam penjara selama empat bulan. Aku dapat kalahkan dua puluh orang banduan disebabkan oleh kuasa itu, aku dapat membaca pergerakan mereka semua sebelum mereka dapat melakukannya.

Pada mulanya aku tidak dapat mengawal kuasa itu. Tapi lama-kelamaan aku dapat mengawalnya, kuasa aku itu akan aktif dan berfungsi apabila fikiran aku mula cemas dan jantung aku mula berdegup dengan pantas. Aku tidak tahu macam mana dan dari mana aku dapat kuasa itu. Tapi, kuasa itu banyak membantu aku.

Aku mula bangun dari tempat berlindung dan mula menembak ke arah empat orang rakan Tan Lock. Setiap butir peluru aku dapat melihatnya. Kelongsong peluru yang keluar dari pistolku juga aku dapat melihatnya. Darah mula terpercik perlahan-lahan di udara dan keempat-empat mereka rebah ke lantai dengan pergerakan perlahan melalui pandangan mataku. Aku rasa Vodka tidak dapat melihat seperti apa yang aku lihat. Malangnya, lima orang lagi ahli kami terkorban. Aku tidak mahu jadi seperti mereka.

Aku tidak nampak Tan Lock. Vodka mula bersuara kepada aku.

"Yusuf! Dia dah lari ke bawah. Cepat kejar dia!"

Aku melihat di luar tingkap restoran di hadapan aku. Kuncu-kuncu Tan Lock sedang melindunginya sedang dia masuk ke dalam kereta Mercedes Benz untuk melarikan diri. Kalau aku turun dengan menggunakan tangga, Tan Lock akan hilang dengan pantas meninggalkan debu-debu kotor ke muka aku.

Aku melihat di bawah tingkap tersebut, ada sebuah atap aluminium. Jadi, aku mengambil risiko dengan menggunakan atap tersebut untuk aku mengelongsor turun ke bawah. Aku keluar dari tingkap dan mengelongsor.

Pistol di tangan kananku sudah bersedia untuk membidik sasaran. Jantungku mula berdegup dengan pantas. Masa mula diperlahankan. Terlalu banyak orang awam, aku tidak mahu melepaskan tembakan ke arah orang yang tidak bersalah. Tapi nasib baik kuasa itu membantu aku.

Dari pandangan mataku, kuncu-kuncu Tan Lock telah ditandakan dengan warna hijau supaya senang untuk aku membidik sasaran. Supaya aku tahu mana musuh dan mana orang awam. Habis semua kuncu-kuncu Tan Lock makan peluru aku. Tan Lock menghidupkan enjin keretanya, dia mula bergerak.

Aku jatuh ke dalam sebuah lori sayur. Dengan pantas aku keluar tempat simpanan lori sayur itu. Tan Lock semakin jauh, aku kena membenarkan peluru aku memotongnya. Dengan menggunakan sebelah tangan sahaja, aku mula menembak dengan satu tembakan ke arah tayar kereta Tan Lock.

Satu lagi perubahan pada diri aku adalah aku boleh menembak dengan menggunakan sebelah tangan sahaja. Apa yang pelik, ketepatan menembak aku meningkat dua kali ganda dari yang dulu. Walaupun aku menembak sambil berlari, tembakan aku masih lagi boleh mengenai musuh. Aku masih lagi tertanya-tanya, kenapa dan mengapa aku dapat kuasa itu? Mungkin ada hikmah disebaliknya.

Peluru aku tepat kena di tayar Tan Lock, menyebabkan keretanya terbabas melanggar tiang lampu jalan. Sedang orang ramai lari bertempiaran kerana terdengar kejadian tembak-menembak tadi. Aku mula berjalan menghampiri kereta Tan Lock. Dia sudah mati.

Vodka memegang bahu kananku dari belakang sambil tersenyum dan berkata. "Kau lakukan kerja yang bagus, aku dah dapat duit dia. Sekarang, kita kena lari dari sini sebelum polis sampai." 

BAKARWhere stories live. Discover now