hero troublemaker

8.8K 247 81
                                    

Sebelum mula menekan perkataan publish untuk bab 1, sang penulis penuh kerdil ini ada sedikit kata-kata buat kalian para pembaca. Take notes please dan tolong baca sampai habis. I know you all frust sebab tak mulakan terus bab 1 tapi suka hati akulah kan? Buku aku weh, kau nak mula bab 1, kau buatlah sendiri ye? Jangan scroll, hanya aku saja dibenarkan scroll. Ahahaha!

[READERS]
🐱 teman nak tahu ni, kome ni dah pernah baca atau first time baca? Rajin-rajinlah comment :)

Just in case kalau ada yang masih keliru nak baca Cik Troublemaker Pencuri Hatiku (CTPH) atau yang ini dulu, terpulang pada kau orang nak baca mana satu. Hero Troublemaker ni versi dah edit and penuh. CTPH pulak banyak typo and so on dan tak lengkap. Tapi kalau kau orang dah baca CTPH dan datang ke sini, you can continue baca terus bab 52.

[REASONS]

🐸 Setiap sesuatu yang dilakukan mesti ada sebab tersendiri kan? Jadi aku juga ada sebab publish semula CTPH dengan menukarkan tajuknya. Aku rasa benda yang aku dah mulakan tapi tak habis, dia rasa pelik and rasa macam kerja kau tak complete sepenuhnya. Ia akan buat kau teringat-ingat semula di kemudian hari.

🐸 Dulu aku pernah kata aku nak terbitkan jadi buku, tapi terbantut niat itu sebab aku rasa masih perlu mengasah lagi bakat penulisan aku. Bila baca balik aku dapati banyak sangat kekurangan dalam cerita ni dan aku memang kering idea nak tambah scene dalam cerita ni.

🐸 Aku dah hilang rasa nak publish buku macam ni. Tambah lagi bila aku sendiri dah bosan meluangkan masa membaca novel cinta yang dulu aku memang suka gila baca. I've lost my interest to read romance novels.

🐸 Aku pernah menghadapi beberapa hari atau mungkin mencecah minggu kehilangan minat untuk menulis cerita sehingga membuatkan aku terfikir untuk berhenti menulis cerita buat selama-lamanya. I don't know why, tapi itulah antara sebabnya.

🐸 Aku kecewa. Kecewa yang teramat-amat kecewa. Kerana terasa diri ni dilupakan. Rasa macam... kecewa lah. Sampai aku broken gila nak mati and rasa macam nak delete this account or just create new one and become silent readers. Okay kita beralih ke seterusnya...

[WARNING!]

🐯 Sekiranya ada di antara anda yang membaca buku ini di mana-mana selain Wattpad, diminta jangan baca kerana anda berkemungkinan akan diserang malware attack which is dangerous to you devices. Sila baca di Wattpad, lebih selamat, dan maklumkan kepada saya andai ada yang memplagiat mana-mana bahagian dalam buku ini kepada saya sendiri. You can contact me through Wattpad of course.

🐯 Dilarang memplagiat, mencuri sebarang idea dalam cerita ni walaupun aku tahu cerita ni dah memang cliche but do I care?

🐯 Dilarang mempromosikan cerita anda sebab mission saya di sini hanya ingin publish cerita ni sampai habis, kau nak minta promote pergi cerita lain . Maaf.

🐯 Segala comment mintak update, cepatlah update, bila nak update? anda sama sekali tidak akan dilayan. Kalau dah terlayan tu, bersyukurlah dan berterima kasih serta rasalah diri anda bertuah kerana dapat balasan daripada author yang sangat-sangat membosankan dan menjadi seorang author hanya untuk dilupakan.

🐯 Saya busy. Sangat-sangat busy, teramat-amat busy, did I mention I am really busy? Oh yeah, aku sangat busy.

[DEDICATION]

🐼 khas untuk naBoy- sebab dia ni yang bagi tajuk cerita ni waktu aku mintak tolong cadangkan untuk tukar tajuk dan mendapat undian terbanyak. Nasib baik dia tak tukar username lagi, kalau tak, habis dikatanya aku ciplak idea tajuk pulak kan... Hehe... Lagipun sebab aku dah janji kan? Eh betul kan? Sorry kalau tersalah orang, aku ada screenshot commentnya tapi rasa dah terdelete kot. yang ni pun aku screenshot yang aku tulis dalam CTPH punye dalam bab undian⬇️

Hero Troublemaker (edited)Where stories live. Discover now