lima puluh

3K 178 16
                                    

Zafriel Adrian masuk ke bilik yang telah mereka huni dari awal perkahwinan. Balkoni bilik itu dituju. Tangan menggenggam besi yang menjadi penghadang balkoni itu. Crush... Sampai ke sudah, Zafriel Adrian tidak tahu siapa lelaki itu. Puas dicari, tak juga dia jumpa. Masih adakah perasaan Iman Nadhirah pada crush nya itu? Habis aku macam mana?

Ah, tak payah fikirlah Zafriel! Buat sakit hati aje!

Zafriel Adrian melangkah ke katil. Dia menghempas tubuhnya ke atas tilam empuk itu. Sebelah lengan diletakkan di atas dahi. Sebelah lagi di perut. Mata asyik memandang siling. Membiarkan diri melayan perasaan.

Sementara itu, Iman Nadhirah pulang ke rumah Hajah Aminah. Rasa pelik melihat motor Ninja milik suaminya tiada di halaman rumah. Dia masuk ke bilik untuk mengambil telefon.

"Eh, Irah! Zafriel tadi lagi cari kamu. Entah ke mana perginya dia. Nampak risau benar dia tu."

Risau? Iman Nadhirah hanya senyum. "Irah pergi rumah sana, umi." Dia mencium tangan ibu mertuanya itu. Kemudian, dia keluar dari rumah.

"Hati-hati jalan tu!" pesan Hajah Aminah. Dia menggeleng kecil memikirkan pasangan suami isteri itu. Nampak sayang sama sayang tapi dua-dua tak nak mengaku.

Ego!


💘💘💘💘


ZAFRIEL Adrian mengikat tali lehernya. Sementara Iman Nadhirah membetulkan shawl di kepala. Mereka sedang bersiap-siap hendak pergi ke Sekolah Menengah Tunku Ibrahim, sekolah lama mereka. Iman Nadzir turut bersiap di biliknya.

"Woi, korang! Aku pergi dulu. Nak ambik Mia." Iman Nadzir memunculkan kepala di pintu. Sebelah tangan memaut bahagian tepi pintu. Kemudian, berdesup lelaki itu hilang dari pandangan.

Biarlah... orang dah ada kekasih hati kan?

Iman Nadhirah membantu suaminya mengikat tali leher pulak. Alamak, taulah kerja cef tak pakai necktie tapi takkanlah tak ingat langsung cara ikat.

Eh, bukan tak ingat, si Iman Nadhirah yang offer minta tolong!

Hubungan mereka kembali seperti biasa selepas hari Zafriel Adrian marah-marah pasal crush tu. Iman Nadhirah kata jejaka itu akan tahu siapa crushnya waktu reunion nanti. In shaa Allah. Berdebar-debar Zafriel Adrian ingin melihat rupa crush zaman sekolah isterinya. Entah-entah muka cap ayam je. Manalah tahu kan?

Usai bersiap, mereka turun ke bawah. Tan Sri Nazmi dan isterinya berada di ruang tamu. Hai, dah berbulan-bulan tak dengar cerita, baru muncul? Dia orang ni kan pergi travel satu dunia selepas ada Zafriel Adrian untuk menjaga anak bongsu mereka yang nakal itu.

"Mama, papa, kitaorang pergi dulu." Kedua-dua orang tua itu disalam pasangan suami isteri itu.

Kemudian, mereka keluar dan masuk ke dalam kereta. Iman Nadhirah terkocoh-kocoh mengekori Zafriel Adrian dengan kasut but berwarna birunya. Mereka berdua berpakaian sedondon. Zafriel Adrian memakai baju berwarna biru lembut dipadankan dengan tali leher berwarna biru kehitaman manakala isterinya memakai blaus labuh berwarna biru sama dengan kemeja Zafriel Adrian dan skirt berwarna perang dipadankan dengan tudung sama warna dengan skirt.

Baru nampak macam pinang dibelah dua!

Masuk ke dalam dewan besar SMTI, Iman Nadhirah kagum melihat dewan besar yang tidak banyak berubah. Dekorasi saja yang ubah tambah lebih menarik. Tiba-tiba dia ternampak satu benda. Lengan Zafriel Adrian digoncang. "Zafriel! Zafriel! Tengok tu, ada gambar kita!"

Zafriel Adrian ikut melihat arah yang ditunjukkan isterinya. Dia nampak gambar berbingkai yang tergantung pada dinding. Gambar itu diambil hari terakhir Zafriel Adrian sekolah di SMTI. Iman Nadhirah ditarik pengetua dan Cikgu Watie untuk bergambar bersama dengan pengetua. Katanya biarlah jadi kenangan sekolah, Encik Pengawas Terbaik dan Cik Troublemaker SMTI.

Hero Troublemaker (edited)Where stories live. Discover now