empat

3.6K 174 20
                                    

"Spell intelligence," suruh Puan Siew Ling, guru yang mengajar kelas 3 Teratai mata pelajaran Bahasa Inggeris.

Iman Nadhirah dengan penuh yakin mengeja, "I-N-T-E-L-I-G-E-N-T"

Puan Siew Ling menggeleng. Dia memicit dahi. Perkataan itu sudah masuk kali kelima dia bertanya. Tak juga masuk otak! "Iman, how many times do I have to tell you? Double L dan sebutan 'gence'? You supposed to spell it like this, I-N-T-E-L-L-I-G-E-N-C-E atau maksudnya kepandaian. If the spelling is, I-N-T-E-L-L-I-G-E-N-T, that means pandai in Bahasa Melayu." Habis rosak bahasa kebangsaan sebab cikgu ini mencampuradukkan bahasa. Nasib sajalah cikgu Cina. Kalau Melayu dan seorang pelajar, mahu kena hempuk dengan cikgu Bahasa Melayu tu.

Iman Nadhirah menunduk. Meskipun dia pelajar kelas pertama, namun dia tetap ada kelemahan tersendiri. Waktu itu, dia dan Puan Siew Ling berada di bilik guru. Puan Siew Ling menggeleng kecil. Apa nak jadilah dengan anak muridnya yang seorang ni? "Spell technology."

Iman Nadhirah senyum bangga. Oh, ini kacang je! Dia mula mengeja dengan yakin, "T-E-K-N-O-L-O-G-I."

Puan Siew Ling menepuk meja kuat sehingga mengakibatkan pelajar perempuan itu terperanjat. Bahu gadis itu terhinjut ke atas. "Iman Nadhirah, itu malay punya spelling! Not in english!" marahnya.

Iman Nadhirah menghela nafas perlahan. Sedih betul!

"Inference."

Iman Nadhirah menjawab dengan berhati-hati, "I-N-F... Err... Boleh ulang tak?"

Puan Siew Ling menepuk dahi perlahan. Dia melepaskan keluhan berat. Time for plan B! "Okay, since you memang susah sangat nak belajar. I akan cari one student who will tutor you this subject. Ataupun I akan ambil abang you sebagai tutor. I think that is more easy."

Iman Nadhirah terkejut apabila Puan Siew Ling ingin meminta bantuan Iman Nadzir untuk mentutornya. "No! No! Sesiapa saja asalkan bukan abang saya," pintanya. Matinya kalau Iman Nadzir yang mengajarnya. Bukan dia tidak tahu, kalau abangnya yang mengajar bukan setakat mengajar elok-elok, malah dah serupa komander mengajar tentera berkawad. Salah aje, push up. Memang taklah! Mahu patah tulang tangannya kalau hari-hari nak kena denda.

"Fine then."

"Ermm... Teacher, kenapa ya teacher nak ambil pelajar lain untuk mengajar saya? Saya boleh belajar dengan kawan sayalah, teacher."

Puan Siew Ling menggeleng. "Sebab I bagi you belajar dengan kawan youlah, you jadi macam ni. Belajar sambil lewa. And I will take Zafriel as your tutor."

Iman Nadhirah mengeluh. At least aku belajar apa? Rungutnya tak puas hati. Dia memandang Puan Siew Ling. Kejap, tadi aku dengar macam ada nama Pengawas Bajet Alim. "Err... Teacher. Teacher ada sebut nama Zafriel ke tadi?" soalnya inginkan kepastian.

Puan Siew Ling mengangguk. "Yup, he will be your tutor by this week. I will tell him. And nanti you jumpa dia, ask him bila dia nak tutor you."

Mata Iman Nadhirah membuntang. "Zafriel? Zafriel Adrian bin Umar Amran? The head boy? Kelas 5 Teratai?!" soalnya bertubi-tubi.

Puan Siew Ling mengangguk.

Iman Nadhirah memandang guru cina itu tidak percaya. "You got to be kidding me!"

Oh... Kenapa dunia ini sungguh kejam?!

Petang itu, Iman Nadhirah mencelupkan kaki ke dalam air swimming pool. Dia mengeluh berat. "Dalam ramai-ramai pelajar dalam Sekolah Menengah Tunku Ibrahim, kenapa mesti Zafriel Adrian bin Umar Amran yang menjadi tutor aku?!"

Hero Troublemaker (edited)Where stories live. Discover now