"Ini kerja you? Patutlah dari semalam I call you tak dapat, jumpa jantan lain rupanya!"
Iman Nadhirah menelan liur melihat wajah berang jejaka itu. Habislah!
Iman Nadzir memandang lelaki itu curiga. Dah kenapa tiba-tiba datang dengan tak bagi salamnya! Wait... jangan cakap ni Hilman? Jejaka itu memerhati dari atas sampai bawah. Rambutnya digayakan mengikut trend terkini. Kemeja tidak bercorak berwarna kelabu yang berlengan panjang dipadankan dengan seluar slack hitam. Diintai pula kasut lelaki itu. Dari atas sampai bawah memang nampak branded. Dengan selamba, Iman Nadzir membawa air minumannya ke bawah dan tuangkan sedikit air kena pada kasut kulit Hilman.
Haisy, pembaziran sungguh!
Sikit je!
"Apa you merepek ni?"
Hilman mengerutkan kening. Dua tersenyum sinis. "Merepek? Habis tu, jantan ni siapa?" Jarinya ditunding pada Iman Nadzir.
Iman Nadzir pun berdiri. Tak tahan dia melihat lelaki itu dengan suka hati nak marah adik kesayangannya itu. Matanya sempat mengerling kasut kulit Hilman yang sudah kotor. Langsung mamat tu tak perasan. "Eh, kau jangan main tunjuk aje kalau kau sendiri tak kenal aku siapa!"
Hilman memandang Iman Nadzir tajam. "Kau tak payah nak tunjuk hebat, bro. D..."
"Hilman! He's my brother, okay? Jangan buat malu kat sini boleh tak?" marah Iman Nadhirah. Sudah banyak pasang mata yang memerhati drama pendek lagikan percuma oleh mereka bertiga. Kalau bukan disebabkan tindakan melulu Hilman, perkara ini tidak akan jadi sebegini.
"What?" Hilman memandang Iman Nadzir dan Iman Nadhirah silih berganti.
Iman Nadzir memberikan senyuman sinis. Tangan kanan dihulur, "Iman Nadzir bin Nazmi, the one and only Iman Nadhirah's brother."
Hilman menelan liur. Terasa malu kerana bertindak melulu. Huluran tangan Iman Nadzir disambut. "Syed Hilman bin Datuk Syed Halim."
Iman Nadzir kekal dengan senyuman sinis. Anak datuk baru, dah berlagak macam anak Agong. Tolonglah...
Iman Nadhirah kemudian menarik hujung lengan baju Hilman keluar dari kafe itu. Iman Nadzir mengintai dari jauh. Bila mamat tu nak perasan kasut dia tu?
"He's your brother? Kenapa you tak pernah beritahu I pun?" tanya Hilman.
Iman Nadhirah memeluk tubuhnya. "Kenapa I tak pernah beritahu you? Cuba you ingat balik, setiap kali kita berjumpa. Siapa yang bercerita dan siapa mendengar?" soalnya dengan kening sebelah terjungkit. Dah lama betul dia pendam pasal itu, akhirnya dapat juga dia luahkan.
Hilman mengerutkan kening. "Err..."
"You yang asyik bercerita kan? Banyak sangat cerita you sampai I tak berpeluang selit sikit pun untuk cerita tentang I. Semua pasal you, I tahu. Tapi semua tentang I, you tahu ke? You just know my name, my course, my uni. Kawan-kawan I pun you tak pernah jumpa apatah lagi keluarga I. Dah banyak kali I ajak you jumpa mama dan papa I, tapi you selalu sibuk dengan kerja you yang tak pernah habis tu! Boyfriend jenis apa you ni? So selfish! Lebih baik I jadi andartu dari dapat boyfriend or even suami macam you."
Iman Nadhirah meluahkan segala-gala yang terbuku di hati. Dari awal lagi, dia memang geram dengan Hilman yang lebih pentingkan diri sendiri. "Dahlah, I balik lagi bagus."
Gadis itu masuk ke dalam kafe semula. "Abang, jom balik," ajaknya.
Imna Nadzir terpinga-pinga. Apa jadi? Diorang dah putus ke? Aku nak buat sujud syukur ni. Saat mereka berdua melintasi depan Hilman yang frust sebab kena marah dengan awek, Iman Nadzir mencuit bahu lelaki itu.
YOU ARE READING
Hero Troublemaker (edited)
Romantizm* also known as Cik Troublemaker Pencuri Hatiku! * Zafriel Adrian si ketua pengawas yang mengikut jejak langkah Badri dalam novel tingkatan 3, Merenang Gelora menjadi hero cerita ini seorang yang berdedikasi dan tegas dalam bab peraturan dan etika k...