Part 1 : Hero Troublemaker
Iman Nadhirah berlari-lari anak menuju ke sekolah. Semakin laju langkah kakinya menapak. Kena cepat ni. Habislah aku tak dapat masuk sekolah kalau lambat! Itulah kau, Iman! Beria-ia sangat nak datang lambat, last-last keluar rumah lima minit lagi dah nak tutup pagar. Serves you right, Iman! Sempat lagi Iman Nadhirah mengomel marah pada diri sendiri. Bak kata mama, sendiri salah, sendiri tanggung!
Nampak sahaja pagar sekolah yang hampir mahu ditutup, Iman Nadhirah terus berlari pecut masuk ke dalam. Harap-harap dapatlah dia menyusup masuk! Mujur dia merupakan salah seorang atlet di sekolahnya. Jadi, sangatlah tidak mustahil jika dia dapat menyusup masuk ke dalam sekolah meskipun pagar sekolah hampir mahu ditutup.
Dalam masa yang sama, seorang pengawas yang belum rasmi lagi menjadi ketua pelajar iaitu Zafriel Adrian yang baru sahaja ingin bergerak ke tapak perhimpunan setelah menyuruh Pak Ali menutup pagar, mematikan langkahnya. Huh, asal aku jaga pintu pagar aje, ada muka dia. Asal aku jaga sini aje, dia datang lambat. Ya Rabbi, kenapalah hamba-Mu yang seorang itu suka sangat merosakkan suasana pagiku? keluhnya dalam hati.
Iman Nadhirah berjalan menonong ke tapak perhimpunan. Wajah Zafriel Adrian yang menunjukkan riak marah itu langsung tidak dipandang. Bukan dia tidak tahu jejaka itu ada di situ, tapi memang dia sengaja ingin melarikan diri. Sengaja ingin menyakitkan hati sang pengawas itu.
Menyakitkan hati hamba Allah yang bernama Zafriel Adrian itu sememangnya rutin harian Iman Nadhirah!
Zafriel Adrian yang melihat Iman Nadhirah, terasa bengang. Sudahlah merosakkan suasana pagi aku, buat-buat tak nampak pulak aku berdiri macam tiang bendera kat sini! Lelaki itu mencekak kedua-dua belah pinggang.
"Woi, minah! Kau tak nampak ke aku tercegat kat sini?! Jangan kau sengaja naikkan darah aku di pagi yang mulia ni! Lebih baik kau datang sini. Kalau tak, aku bagi lagi teruk denda pada kau!" herdiknya.
Iman Nadhirah hanya menghentikan langkah. Dia masih tidak berpusing menghadap lelaki itu. Ish, mamat ni tak habis-habis nak ugut aku! Tak mainlah ugut-mengugut. Suka hati kepala tengkorak dia aje nak denda aku teruk-teruk! Ni Iman Nadhirah binti Tan Sri Nazmilah, adik Iman Nadzir, bekas ketua pengawas lagi! Siapa saja yang berani kacau?
Oh lupa, lelaki tulah yang berani kacau!
Zafriel Adrian menyekak pinggang. "Minah ni memang sengaja nak naikkan darah aku!" gumamnya menahan geram.
"Iman Nadhirah binti Tan Sri Nazmi! Kau jangan buat-buat tak dengar ya? Aku suruh kau datang sini. Tapi kalau kau tak nak datang sini pun tak apa, aku boleh saja tuliskan nama kau. Macamlah aku tak tahu nama kau." Dia berpura-pura mencatat nama gadis itu di dalam buku kedatangan murid lewat yang berada di tangannya.
Iman Nadhirah merengus. Mamat ni kan, sehari tak buat hidup aku tak senang tak boleh ke?!
Iman Nadhirah memusingkan badannya lalu melangkah menghampiri Zafriel Adrian. Mulutnya terkumat-kamit berkata sesuatu yang tidak sesiapa dengar. Agaknya dia merungut tak puas hati kut.
Zafriel Adrian mengukir senyuman kemenangan di dalam hati. Dia menyerahkan buku kedatangan lewat kepada Iman Nadhirah berserta sebatang pen berdakwat hitam.
Iman Nadhirah mengerutkan kening. Pen yang sudah berada di tangan itu diangkat tinggi separas wajah lelaki yang tinggi lebih kurang 20 cm daripadanya. "Pen hitam?" soalnya tidak percaya.
"Pen biru takde? Ni lagi satu, ballpoint pen je? Tak best langsung. Cubalah bagi pen dakwat cair jenama M&G ke Faber-Castell ke... Ataupun jenama Pilot. Barulah sedap sikit aku nak menulis nama aku."
YOU ARE READING
Hero Troublemaker (edited)
Любовные романы* also known as Cik Troublemaker Pencuri Hatiku! * Zafriel Adrian si ketua pengawas yang mengikut jejak langkah Badri dalam novel tingkatan 3, Merenang Gelora menjadi hero cerita ini seorang yang berdedikasi dan tegas dalam bab peraturan dan etika k...