Iman Nadhirah membetulkan tudungnya di hadapan cermin. Kalau bukan kerana keluarga mertuanya datang ke mari, tak ada dia beria nak pakai tudung. Zafriel Adrian sudah menghilang entah ke mana selepas solat subuh pagi tadi. Mungkin pergi keluar joging kut. Langkahnya dibawa ke tingkat bawah. Kelihatan Hajah Aminah dan Puan Sri Ilyana sedang berbual sambil menonton televisyen. Eh, tak ada kerja ke?
Iman Nadhirah mengeluarkan kepalanya melalui pintu gelangsar apabila terasa seperti ada seseorang yang duduk di tepi kolam ikan koi itu. Dia senyum. "Zakwan?"
Zakwan menoleh. "Eh, hai Kak Iman!" Dia menayangkan giginya yang putih itu. Wajah Zakwan semakin kacak di usia remaja ini. Pernah sekali Zafriel Adrian cerita tentang adiknya itu sering menjadi bualan hangat SMTI.
Dah abangnya pun jejaka hangat sekolah, adiknya pun mengikut jejak langkahlah tu.
"Papa dengan abi mana? Tak nampak pun."
Zakwan jawab dengan wajah bertukar muram, "Pergi memancing."
"Laaa... Zakwan tak ikut?"
Geleng. "Abang Zaff tak bagi. Dia suruh study dulu."
Spontan terukir senyuman di bibir. Zafriel Adrian memang suami cukup pakej. Antara sebabnya adalah dia seorang abang yang bertanggungjawab dan mengambil berat hal pelajaran adik-adiknya. "Dah tu, ni dah study ke belum?"
Zakwan sengih. "Jap lagilah, kak. Ambik angin kejap."
Iman Nadhirah menggeleng kecil. Lantak dialah! Aku dulu pun macam tu juga. Dia melangkah masuk ke dalam rumah semula. Tak semena-mena, lengannya ditarik oleh seseorang. Dia memukul tangan Zafrina apabila mengetahui gadis itu yang membuatkannnya terkejut. "Rina, buat akak terkejut je! Nak apa ni, tarik-tarik tangan orang ni, hm?"
Zafrina senyum kecil. "Maaf, kak. Harini kita berdua kena masaklah, kak. Umi dengan aunty kata anak-anak perempuan kena masak harini, diorang nak rehat."
"Laa... Kenapa tak suruh Abang Zafriel masak?" soal Iman Nadhirah. Mentang-mentang suami kau tu tukang masak, suka hati kau aje nak suruh laki kau masakkan. Macamlah diri sendiri tak pandai masak!
Eh, laki aku, suka hatilah!
"Sebab Abang Zafriel bukan anak perempuan," jawab adik iparnya itu seraya tersenyum sinis.
Iman Nadhirah mencebik. Alaa... Baru nak mengelat tak nak masak.
Masuk saja ke dapur, bermulalah sesi memasak bersama Iman Nadhirah dan Zafrina. "Nak masak apa ni, kak?"
Iman Nadhirah laju membuka peti sejuk, mencari bahan masakan. Laju tangannya mengeluarkan daging dan ayam. Ini kalau buat daging masak kurma dengan ayam masak merah pun okey jugak! Bisik hatinya. Terus dia memberitahu Zafrina masakan yang akan mereka siapkan. Zafrina hanya menurut arahan dan mula mengambil tugas mengambil bahan lain untuk memasak.
"Abang Zafriel dengan Abang Nadzir mana?" soal wanita itu apabila menyedari kelibat abangnya juga tidak kelihatan.
"Ikut uncle dengan abi pergi memancing. Abang Zafriel tu kalau tahu abi nak pergi memancing, dia mesti nak ikut. Apa yang best entah, dahlah kena tunggu lama nak dapat ikan. Itupun kalau dapat, kalau tak, balik dengan tangan kosonglah jawabnya." Sempat gadis itu merungut.
Iman Nadhirah tergelak kecil mendengar luahan hati adik iparnya. "Bestlah. Memancing ni, dia mengajar kita untuk bersabar. Macam puasa jugak, bezanya puasa ialah ibadah, memancing tu lebih dekat hobi."
"Iyelah, kak."
Malas nak berdebatlah tu! Hehe...
Iman Nadhirah yang memotong bawang kecil menggeleng saja. Dia masih teringat saat pertama kali dia sertai Tan Sri Nazmi dan Iman Nadzir memancing. Sangat bosan terasa, waktu itu memang tak ada rezeki. Balik dengan tangan kosong. Tapi, kali kedua dia ikut, siap bawak buku, mp3 untuk hilangkan bosan. Akhirnya buku dan mp3 tu tak digunakan langsung, sebaliknya mendengar Tan Sri Nazmi menceritakan kisah Nabi dalam al-Quran. Waktu khusyuk dengar cerita tu jugaklah, umpan mengena. Balik dengan rezeki yang banyak. Mungkin sebab kali pertama ikut tu, dia banyak merungut dan tidak bersabar sebab itulah hasilnya kosong.
YOU ARE READING
Hero Troublemaker (edited)
Romance* also known as Cik Troublemaker Pencuri Hatiku! * Zafriel Adrian si ketua pengawas yang mengikut jejak langkah Badri dalam novel tingkatan 3, Merenang Gelora menjadi hero cerita ini seorang yang berdedikasi dan tegas dalam bab peraturan dan etika k...