lapan belas

2.6K 146 28
                                    

Tiga tahun yang lalu,

Iman Nadzir masuk ke dalam bilik adiknya. "Adik! Adik!" laungnya.

Iman Nadhirah yang sedang membuat latih tubi subjek Sains itu mendengus. "Abang, janganlah jerit macam tu! Adik kat sini je kut. Gaya macam adik kat hujung taman perumahan ni je," rungutnya. Jelingan tajam dihadiahkan kepada abangnya.

Iman Nadzir tersengih membuat muka tidak bersalah.

Iman Nadhirah menggeleng kecil. Dia sambung kembali membuat latih tubi. "Abang nak apa?" Dia menyoal tujuan abangnya datang ke biliknya.

Iman Nadzir yang tadi duduk di tengah-tengah bahagian katil adiknya, berubah ke depan sedikit. "Abang rasakan, dik. Abang dah jatuh cinta." Serentak itu dia merebahkan diri di atas katil adiknya.

Iman Nadhirah berpaling memandang abangnya. Dia mengerutkan kening. "Jatuh cinta? Abang tu baru 16 tahun, ada hati nak jatuh cinta. Bawah umur, okey?"

Iman Nadzir menggeleng menafikan pernyataan adiknya, "Mana ada bawah umur. At least abang lagi tua daripada adik."

Iman Nadhirah menjulingkan mata ke atas. "Whatever," ujarnya malas.

"By the way, siapa dia? Kelas mana? Sama umur dengan abang ke? Cantik tak? Antara adik dengan dia mana lagi cantik?" soalnya bertubi-tubi.

Iman Nadzir membuat muka tidak percaya dengan soalan terakhir adiknya. Sempat lagi tanya siapa lagi cantik! Dia hanya mampu menggeleng kecil.

Nasib badanlah dapat adik sengal macam Iman Nadhirah!

"Abang tak tau lagi siapa nama dia. Yang abang tau, dia sama umur dengan abang. Dan dia cantik, tapi of course lah adik kesayangan abang ni lagi cantik," ujarnya.

Iman Nadhirah sengih dipuji.

Tetapi sengihan itu tidak lama apabila abangnya berkata, "Eh kejap! Dia lagi cantik. Adik abang tak cantik."

Iman Nadhirah memuncungkan mulut. Mukanya terus mencuka.

"Tapi adik abang ni comel." Lantas pipi adiknya dicubit. Terus tersenyum gadis itu. Pandai betul Iman Nadzir memujuk adik kesayangannya.

❤️💔❤️

IMAN Nadhirah menggigit burger berisi daging, sayur salad, dan sos tomato. Dia memang tak minat nak makan sos cili dan mayonis. Tak tahu kenapa, rasa tak kena dengan lidahnya. Sesekali matanya melirik pada Puan Sri Ilyana yang sedang menggoreng daging burger.

Tak lama kemudian, Iman Nadzir turun dari tingkat atas. Dia mengambil tempat di sebelah adiknya. Dia makan makanan yang sama dengan adiknya. Dia menyiku adiknya yang sedang enak makan.

Iman Nadhirah menggumam marah. Dahinya berkerut-kerut. Aku tengah sedap makan disikunya. Tak guna punya abang! "Apa?" soalnya dengan mulut yang penuh.

Iman Nadzir baru saja mahu menyuap makanan ke dalam mulut terhenti. Dia menggeleng kecil. Hailaa.. apalah tak senonoh adik aku ni? Nasib budak kecik lagi! "Abang dah tau siapa dia." Kening diangkat dua kali.

Iman Nadhirah membulatkan mata. "Iya? Ceritalah!" arahnya dengan penuh teruja. Tidak sabar rasanya mahu tahu tentang orang yang abangnya suka.

"Sabarlah, lepas makan."

❤️💔❤️

IMAN Nadzir sedang sibuk menonton perlawanan bola di antara Manchester United dengan Liverpool. Iman Nadhirah di sebelah asyik menguap. Bosannya tengok bola. Dahlah bulat, warna hitam putih. Membosankan! Hmm... apalah agaknya terjadi kalau bola tu boleh bercakap? Mesti dia sedih kena sepak ke sana ke mari. Kesian, kau bola.

Hero Troublemaker (edited)Where stories live. Discover now