Taufik senyum membaca surat yang baru diterimanya. Iman Nadzir yang baru masuk ke dalam kelas sedar Taufik kelihatan gembira. Dia berasa pelik. "Ha, surat apa tu, Fik?" sergahnya.
Taufik terperanjat. Laju dia menyimpan surat itu. "Tak ada apa-apalah. Just a paper."
Iman Nadzir menjungkitkan kening sebelah. Kertas saja? "Kalau sekadar kertas saja, takkanlah kau sampai senyum. Bukan setakat senyum biasa. Dah nak sampai cuping telinga tu," ujarnya dalam gurauan.
Taufik tergelak. "Ada-ada je kau ni! Betullah kertas aje."
Tanpa mereka sedari ada sepasang mata memerhati setiap gerak-geri mereka. Zafriel Adrian mencuri lihat Taufik dan perbualan di antara Taufik dengan Iman Nadzir di sebalik pintu kelas. Dia mengukir senyuman di bibir. Buku nota kecil dibawa keluar dari poket. Dia mencatat,
Day First : success!
Kemudian, Zafriel Adrian berlalu menuju ke kelasnya.
Sementara itu, di kelas 3 Teratai, Intan mengerutkan kening. Lama-lama bibirnya tersenyum lebar. Ainnur sendiri pelik dengan Intan yang senyum hanya kerana membaca sehelai kertas. Dia berbisik pada Darmia dan Iman Nadhirah, "Weh, Intan senyum seorang diri lagi!"
Iman Nadhirah yang sedang menyelesaikan masalah Matematik itu mengerling Intan yang duduk di hadapan Darmia. Dia tersenyum kecil. Misi berjaya buat hari pertama. Buku catatan yang terpapar gambar teddy bear di hadapannya dibawa keluar. Dia mencatat,
Pemerhatian: Intan senyum membaca surat pada hari pertama.
Buku itu segera disimpan semula setelah habis mencatat. Mujur Darmia dan Ainnur tidak nampak buku itu. Jikalau tidak pasti ada sahaja yang mereka mahu melihat.
Petang itu, di rumah Iman Nadhirah. Gadis itu tidak berhenti melorek senyuman di bibir. Hati berasa tidak sabar mahu memberitahu Zafriel Adrian tentang perancangan mereka.
Zafriel Adrian yang baru tiba meletakkan begnya sebelum melabuhkan punggung di atas kerusi bertentangan dengan Iman Nadhirah "So?"
Iman Nadhirah menaikkan ibu jarinya. "Berjaya dengan gembiranya! Kau?"
Zafriel Adrian senyum. "Samalah kita. Nak teruskan?"
Iman Nadhirah mengangguk. "Dah tentu!"
🤦🤦🤦
HARI demi hari, semakin banyak surat yang Taufik dan Intan terima. Mereka masih tidak tahu bahawa surat-surat itu ditulis oleh Zafriel Adrian dan Iman Nadhirah. Suatu hari, Intan membaca surat yang baru diterimanya. Dia menjerit teruja.
Laju sahaja Ainnur menekup mulut Intan. "Kau ni nak menjerit pun beringatlah! Even cikgu tak ada pun, pengawas ada jaga kat depan tu." Jarinya menunding seorang pengawas lelaki yang duduk di meja guru. Kelihatan dia sedang khusyuk menelaah buku.
Darmia yang sudah menutup telinga menjatuhkan tangan. "Kau ni dah kenapa, Intan? Sawan apa? Setahu aku, kita baru aje dapat suntikan imunisasi, takkan effectnya terus jadi sawan?"
Intan menjeling Darmia. Suka hati dia aje cakap aku ni sawan! Getus hatinya.
Iman Nadhirah masih diam menulis nota Sains. Hanya Ainnur dan Darmia memfokuskan diri mendengar cerita Intan.
Usai sahaja Intan bercerita, Darmia berkata dengan teruja. "Wow, serius ke? Eeee... bestnya! Untunglah kau. Aku ni, harap saja ada crush tapi langsung tak dipandang." Mulutnya memuncung.
YOU ARE READING
Hero Troublemaker (edited)
Romance* also known as Cik Troublemaker Pencuri Hatiku! * Zafriel Adrian si ketua pengawas yang mengikut jejak langkah Badri dalam novel tingkatan 3, Merenang Gelora menjadi hero cerita ini seorang yang berdedikasi dan tegas dalam bab peraturan dan etika k...