Iman Nadhirah mengelap wajah yang kebasahan itu dengan tuala. Dia melihat pantulan dirinya pada cermin. Sikat dicapai lalu dia sisir rambutnya. Ragu-ragu dia ingin memakai baju singkat itu. Matanya meliar mencari baju bersih lain untuk dipakai. Akhirnya, baju Zafriel Adrian juga yang dicapai.
Dia senyum sendirian di hadapan cermin. Barulah rasa selesa! Kakinya melangkah keluar bilik mendekati Zafriel Adrian yang sedang menonton televisyen. Kedua-dua belah kaki diangkat ke atas sofa. Zafriel Adrian mengerling isterinya pelik. "Kenapa pakai baju aku?"
"Takde baju dah. Takkan nak pakai baju untuk balik esok?"
Zafriel Adrian hanya geleng kecil. Matanya kembali tertumpu pada cerita yang agak membosankan. Jalan ceritanya menarik sebenarnya, tapi bila dah tengok berulang kali, pasti akan rasa bosan juga, kan?
"Zafriel, bosanlah cerita ni!" luah Iman Nadhirah.
"Dah tu, mana ada cerita lain. Semua bosan!"
Iman Nadhirah senyum tiba-tiba. Kepalanya menoleh memandang wajah Zafriel Adrian. "Kita main game nak?"
Berkerut kening lelaki itu. Game?
Iman Nadhirah turun dari sofa. Dia masuk ke dalam bilik tetapi lima saat kemudian, kembali semula di sisi sang suami. Dia senyum lebar melihat permainan zaman kanak-kanak di hadapannya. Zafriel Adrian semakin mengerutkan kening. Dia belek barang mainan di atas meja kopi itu. Ada catur, kad Uno, dan beberapa lagi board games. "Mana kau dapat semua ni?"
"Aidin," jawab Iman Nadhirah sepatah.
"Takkan nak main semua malam ni? Bilanya nak tidur?"
"Ya tak ya juga eh?" Sudahlah si Iman Nadhirah tak boleh bawak kereta, kalau dia boleh, boleh juga mereka bergilir-gilir memandu pulang ke rumah.
Zafriel Adrian menggeleng kecil. Kurang cerdik juga isterinya ini. Matanya memandang jam pada lock screen telefon, sekaligus memaparkan gambar mereka pasangan suami isteri. Jam sudah menunjukkan pukul 10.30 malam. Tapi matanya masih lagi segar. Dia yakin isterinya itu juga sama.
Kalau tak, tak ada dia gila sangat ajak Zafriel Adrian main kan?
"Kita main tiga permainan aje. Setiap permainan mesti ada pemenangkan? So, pemenang tu akan decide main game apa selepas tu. Okay?" cadang Zafriel Adrian. Layankan ajelah perangai kebudak-budakan isterinya itu.
Iman Nadhirah senyum. "Okay! Kita o-som dulu, siapa menang, dia pilih game."
Maka, permainan pertama yang mereka main ialah dam haji yang dipilih oleh Iman Nadhirah. Kecoh suara pasangan suami isteri pada malam itu kerana berjaga untuk bermain permainan.
"Apa ni? Semua aku punya kena makan. Kau tak cukup lagi ke makan tadi, sampai nak makan orang punya ni?" rungut Iman Nadhirah.
"Apa kaitan makanan tadi? Aku main secara adil, dari kau tu main sorok aku punya," balas si suami pula.
Habis main dam haji, giliran Zafriel Adrian memilih permainan seterusnya. Dia memilih untuk bermain kad Uno. "Kau jangan intai aku punya kad eh? Main tipu aje kerja dia!" lelaki itu memberi amaran.
Iman Nadhirah mencebik. Relakslah, bukan selalu aku main tipu! "Kau tu jangan main ambik banyak-banyak kad, sikit je sudah!"
Iman Nadhirah menongkat dagu. Matanya kuyu memerhati Zafriel Adrian memilih kad untuk diletak di atas kad yang sebelumnya berwarna biru. Dia sudah beberapa kali menguap tadi.
"Mengantuk dah ke?" usik Zafriel Adrian dengan senyum meleret ke tepi.
"Mana ada. Kau lama sangat pilih kad, macam nak pilih baju aje!"
YOU ARE READING
Hero Troublemaker (edited)
Romance* also known as Cik Troublemaker Pencuri Hatiku! * Zafriel Adrian si ketua pengawas yang mengikut jejak langkah Badri dalam novel tingkatan 3, Merenang Gelora menjadi hero cerita ini seorang yang berdedikasi dan tegas dalam bab peraturan dan etika k...