Iman Nadhirah mengeringkan rambutnya yang basah dengan tuala. Dia baru lepas membersihkan diri pagi itu. Dia duduk di atas kerusi menghadap cermin yang terdapat pada meja solek. Sikat rambut dicapai. Dia menyisir rambutnya dengan rapi.
Tak semena-mena dua biji matanya tertancap pada telefon pintar yang ada di atas meja itu. Keningnya berkerut. Telefon siapa?
Setahu Iman Nadhirah, Zafriel Adrian menggunakan telefon pintar jenama Samsung Galaxy Note yang keberapa, dia tidak pasti. Yang berada di atas meja itu tampak seperti telefon yang pernah dia miliki tetapi sudah dirampas oleh papanya sendiri.
Kepala yang tidak terasa gatal digaru. Takkan aku punya kut?
Dalam rasa teragak-agak, Iman Nadhirah mengambil telefon itu. Dia menekan punat on. Terpampang gambarnya dan Zafriel Adrian yang pernah diambil oleh Zafrina sewaktu mereka pergi bercuti di pantai beberapa tahun yang lalu. Zafriel Adrian membuat muka seriusnya menjeling Iman Nadhirah yang membuat gaya mengembungkan pipi sambil menjulingkan mata.
Iman Nadhirah tersenyum kecil mengingat kembali bagaimana Zafrina memaksa mereka bergambar berdua. Dia tersentak apabila sedar sesuatu. Bukan ke dia yang letak gambar itu sebagai lock screen? Jadi, telefon itu memang telefonnya?
Iman Nadhirah cuba membuka telefon itu dengan password yang telah dia tetapkan selama bertahun-tahun.
IAN♡
Terpapar gambar wallpaper yang pernah dia tetapkan beberapa bulan yang lalu. Memang betul telefon itu ialah telefonnya. Tapi kenapa ada dekat sini?
Iman Nadhirah menutup telefon itu lalu diletakkan kembali di atas meja solek. Dia kemudiannya berlalu ke katil. Sempat dia mencapai novel bahasa inggerisnya sebelum duduk di atas katil. Kalau diikutkan rasa hati, mahu saja dia ambil telefonnya, main game Diner Dash ataupun telefon kawan seuniversitinya, Najwa. Tetapi akalnya melarang. Bimbang sekiranya telefon itu sebenarnya diguna untuk menguji Iman Nadhirah. Papanya memang tak boleh nak diagak apa yang ada di fikiran.
Baru satu muka surat Iman Nadhirah membaca, pintu biliknya dibuka dari luar. Zafriel Adrian melangkah masuk. Keningnya berkerut melihat Iman Nadhirah khusyuk membaca novel. Telefon isterinya yang diletakkan di atas meja solek dipandang. "Kenapa tak ambik telefon kau tu?"
Iman Nadhirah mengangkat wajah. "Ha? Telefon aku, papa dah rampaslah!" Dia berkata seolah-olah tidak tahu kewujudan telefonnya di atas meja solek.
Zafriel Adrian mengambil telefon itu lalu dihulur pada Iman Nadhirah. Gadis itu pelik.
"Ni telefon kau kan?"
Iman Nadhirah mengangguk. "Memanglah, tapi..."
"Aku yang ambik daripada papa. Kau sekarang ni dah jadi tanggungjawab aku. Papa sendiri cakap pada aku hukuman untuk kau dibatal sepenuhnya," potong Zafriel Adrian.
Mata Iman Nadhirah bercahaya. Laju sahaja telefonnya diambil. "Maknanya, papa bagi elaun bulanan balik macam biasa?"
Zafriel Adrian menggeleng. "Tak. Aku yang bagi."
Iman Nadhirah mengerutkan kening. "Kenapa pulak?" Dia membuka telefonnya kembali. Dan tak semena-mena dia baru teringat, nombornya sudah mati akibat sudah lama tidak ditop up. Segera dihulurkan semua telefon itu.
"Aku kan suami kau. So akulah kena bagi. Kau lupa ke apa? Ni kenapa bagi balik? Telefon kau kan?"
"Nombor dah matilah!" Iman Nadhirah menjeling Zafriel Adrian.
"Tulah kau. Kedekut sangat tak nak top up. Ambik ajelah. Aku dah beli nombor baru. Dah masukkan sim card baru dalam tu."
Mata Iman Nadhirah yang tadi suram kembali bercahaya. "Hah? Betul ke ni? Dah top up?"
YOU ARE READING
Hero Troublemaker (edited)
Любовные романы* also known as Cik Troublemaker Pencuri Hatiku! * Zafriel Adrian si ketua pengawas yang mengikut jejak langkah Badri dalam novel tingkatan 3, Merenang Gelora menjadi hero cerita ini seorang yang berdedikasi dan tegas dalam bab peraturan dan etika k...