Zafriel Adrian datang ke sekolah dengan penuh rasa semangat. Ada sesuatu yang dinanti-nantikan untuk muncul pada hari itu. Dia tersenyum sendiri mengenangkan sesuatu itu.
Ke... seseorang?
Tiba-tiba seseorang meluru ke arahnya dari belakang memeluk bahunya. "Hei, Zaff! Happy birthday, bro. Haha... tua dah kawan aku ni," ucap Fahmi dengan rasa girang.
Zafriel Adrian tersenyum mendengar ungkapan selamat hari lahir itu. "Thanks, bro! Hadiah tak ada ke?" tanya lelaki itu dengan kening dijungkit dua kali disertai dengan senyuman meleret ke tepi.
"Nak hadiah jugak? Jom ikut aku!" Fahmi menarik tangan Zafriel Adrian.
"Ha, nak ke mana?"
Soalan Zafriel Adrian langsung tidak dijawab oleh Fahmi. Dia menarik lengan kawannya sehingga ke tingkat 2 blok A yang menempatkan kelas mereka. Fahmi membawa kawannya itu masuk ke dalam kelas 5 Teratai. Tolak sahaja pintu depan kelas itu...
"Happy birthday, Zafriel!" Jerit semua orang yang berada di dalam kelas 5 Teratai itu. Iman Nadzir dan Taufik turut berada di kelas itu.
Zafriel Adrian tidak mampu menahan senyuman lebarnya. "Thank you semua. Susah-susah aje korang buat semua ni."
"Eh, kalau kau nak tahu ni semua idea Nadzir dengan Fahmi. Aku tak tahu pun bila birthday kau," terang Fattah, rakan sekelas Zafriel Adrian. Jujur sungguh!
"Lagi satu, kita tak celebrate sekarang tau. Tapi kita celebrate kat luar lepas habis sekolah nanti," terang Iman Nadzir pula.
"Dan kau wajib datang," beritahu Fahmi.
Zafriel Adrian menggaru kepalanya. Serba salah dia ingin menolak permintaan kawan-kawannya itu. "Err... aku tak bolehlah. Tak ada siapa nak jaga adik-adik aku."
"Umi dengan abi kau mana?" soal Iman Nadzir pelik.
"Pergi melawat saudara yang sakit dekat Pulau Pinang. Awal pagi tadi lagi mereka dah pergi."
"Apa susah? Adik aku boleh tolong. Lagipun, dia kan rapat dengan Rina?"
Adik? Nadhirah? Mahu ke dia selepas apa yang telah berlaku? Bertubi-tubi soalan muncul di minda Zafriel Adrian.
"Dia kalau orang mintak tolong, dia okey aje. Tapi kau kena cakap sendirilah. Takut nanti jadi apa pulak kalau aku jadi orang tengah," tambah Iman Nadzir.
Zafriel Adrian tersenyum kelat. Cakap sendiri?
Pada waktu rehat, Hakimi mencari-cari kelibat seseorang. Tak juga dia jumpa. Dia mengeluh kecil. Macam mana ni? Kalau benda ni tak sampai ke tangan dia, habislah aku! Hakimi bermonolog di dalam hati. Sedang dia resah mencari orang, tiba-tiba dia terserempak dengan Fahmi. "Abang Fahmi!"
Fahmi menoleh. "Errmm.. ya?"
"Saya nak mintak tolong abang bagi benda ni dekat Abang Zafriel boleh? Cakap saja nama saya, Hakimi. Dia kenal saya," beritahu Hakimi. Dia terus menghulurkan kotak yang dibalut dengan pembalut hadiah kepada Fahmi.
"Sampaikan terus pada dia, tau? Saya pergi dulu." Laju sahaja Hakimi meninggalkan Fahmi.
Fahmi tercengang. Kotak di tangan dipandang pelik. Apa benda ni?
🎁🎁🎁🎁
"NAH, ni hadiah untuk awak!" Zaara menghulurkan sebuah kotak berupa kotak kasut kepada Zafriel Adrian.
Zafriel Adrian ragu-ragu untuk menerima. Mana tahu kalau ada jampi buat dia jatuh cinta pada Zaara? Naya habis!
Uish, jauh betul kau fikir, Zaff!
YOU ARE READING
Hero Troublemaker (edited)
Storie d'amore* also known as Cik Troublemaker Pencuri Hatiku! * Zafriel Adrian si ketua pengawas yang mengikut jejak langkah Badri dalam novel tingkatan 3, Merenang Gelora menjadi hero cerita ini seorang yang berdedikasi dan tegas dalam bab peraturan dan etika k...