Iman Nadhirah keluar dari kereta milik Zafriel Adrian. Rumah papan yang masih kukuh di hadapan mata itu dipandang lama. Lama sehingga Zafriel Adrian terpaksa bersuara, "Tak nak masuk ke, Nadhirah?"
Mata Iman Nadhirah berkedip beberapa kali. "Nek Wan ingat lagi tak aku?"
Kening lelaki itu berkerut. Laa... pasal tu aje ke dia tak nak masuk? Dia senyum. Tangan dilingkar pada bahu isterinya. "Mestilah ingat. Kau kan rapat jugak dengan dia dulu? Lagipun, dia selalu tanya aku pasal kau setiap kali aku balik ke sini."
"Ya ke? Kau cakap apa aje pasal aku dekat Nek Wan ha?" Mata Iman Nadhirah dikecilkan.
Zafriel Adrian senyum. Senyuman yang pasti sukar untuk ditafsirkan. Dia berjalan meninggalkan isterinya di belakang tanpa berkata apa-apa.
Ternganga Iman Nadhirah melihat suaminya membiarkan soalannya tidak dijawab. Dua kaki dihentak protes. "Zafriel! Kau tak jawab lagi soalan aku!"
Zafriel Adrian ketawa kecil lalu masuk ke dalam rumah kampung itu. "Assalamualaikum, Nek Wan!"
"Waalaikumussalam." Nampak bayangan seorang wanita tua keluar dari bilik. "Ya Allah, Zafriel!" laju kakinya melangkah mendekati cucu sulungnya.
Zafriel Adrian menghulurkan tangan untuk bersalam dengan neneknya, tetapi Nek Wan tidak menyambut malah dia mendakap tubuh cucunya. "Ya Allah, Zafriel. Lama betul kamu tak balik?"
"Maaf, nek. Zaff sibuk sampai tak sempat nak balik sini." Jejaka itu menggosok belakang lehernya.
"Tak apalah, nenek faham. Umi dengan abi kamu pun selalu maklumkan pada nek wan. Rina dan Zakwan pun..."
"Assalamualaikum." Teragak-agak Iman Nadhirah menunjukkan diri.
Muka Nek Wan berkerut. Siapa pulak ni?
Zafriel Adrian senyum saja. "Nek Wan tak ingat ke?"
"Ini ke isteri kamu yang umi kamu kata tu?"
Pasangan suami isteri itu memandang antara satu sama lain. Nek Wan keliru. Salah ke apa yang dia katakan itu? Setahunya memang cucu sulungnya itu datang bersama dengan isterinya. Dia sendiri pun tak pernah jumpa dengan dengan cucu menantunya.
"Iman Nadhirah anak Uncle Nazmi, Nek Wan tak ingat?" tanya Zafriel Adrian lembut. Yalah, takkan nak marah neneknya kerana tidak dapat cam isterinya itu pernah datang ke kampung ini waktu kecil.
"Irah?" Wajah Nek Wan tidak percaya dengan apa yang diberitahu oleh jejaka itu.
Iman Nadhirah angguk sambil senyum. Dalam keadaan tak sedia, tubuhnya didakap Nek Wan seperti apa yang dilakukan pada cucunya. Zafriel Adrian tersenyum lebar melihat kasih sayang Nek Wan pada Iman Nadhirah masih tidak pudar meskipun sudah bertahun mereka tidak bertemu.
Petang itu, Zafriel Adrian mencari kelibat adiknya, Zakwan. Keluarganya pulang awal dari yang sepatutnya. Tak ada masalah pun balik awal, lagi bagus boleh tolong Nek Wan kemas rumah. Dia nak minta tolong si Zakwan potong rumput di halaman rumah. Makin panjang rumput tu, dah macam semak dah.
Tak semena-mena dia terdengar suara di halaman rumah papan itu.
"Kau boleh tak jangan kacau aku? Sibuk menyendeng kat orang dari kecik. Dahlah, lupakan sajalah perasaan kau tu, aku tak ada masa nak bercinta-cinta ni. Banyak lagi benda aku boleh buat daripada buang masa fikir benda ni."
Ain menunduk. Rasa malu bertingkat-tingkat. Bukan dia tidak tahu Zakwan memang sudah banyak kali menolaknya, menyuruhnya melupakan hasrat hatinya. Tapi entah kenapa sukar untuk dia menurut permintaan lelaki itu. Asal Zakwan balik kampung, dia tidak melepaskan peluang untuk bertemu dengan lelaki itu. Cuma malangnya lelaki itu langsung tidak menghargai Ain.
YOU ARE READING
Hero Troublemaker (edited)
Romance* also known as Cik Troublemaker Pencuri Hatiku! * Zafriel Adrian si ketua pengawas yang mengikut jejak langkah Badri dalam novel tingkatan 3, Merenang Gelora menjadi hero cerita ini seorang yang berdedikasi dan tegas dalam bab peraturan dan etika k...