sepuluh

3.2K 165 14
                                    

Intan berlari anak menghampiri Darmia dan Ainnur. "Kau orang, tengok ni!" Intan menghamparkan majalah mingguan sekolah yang baru dibelinya. Sebenarnya dia bukan jenis yang suka beli majalah mingguan. Tetapi apabila mendapat tahu ada satu artikel yang menarik perhatiannya, laju sahaja dia membayar.

Darmia dan Ainnur melihat majalah yang terpampang di hadapan mereka. Mata mereka terbuntang.

Di muka surat itu, terdapat gambar Iman Nadhirah dan Zafriel Adrian sedang makan bersama di sebuah restoran. Ada juga gambar mereka berjalan beriringan. Tajuk besar artikel itu adalah:

CIK TROUBLEMAKER DAN HEADBOY BERDATING DI SUNWAY PIRAMID?!

"Macam mana Zafriel dengan Iman boleh berdating ni?" soal Ainnur.

Intan menafikan, "Tak, mereka tak pergi dating. Zafriel temankan Taufik jumpa aku. Iman pula, dia kan temankan aku? Then, salah aku jugak, ajak Taufik tinggalkan mereka berdua."

Darmia mengusap dagunya. "Siapa punya angkara ni? Pelik betullah! Kalau Iman tau, mengamuk dia. Takkan semudah ABC dia lepaskan orang tu."

Ainnur dan Intan mengangguk setuju.

"Tapi aku musykil. Nak kata musuh Iman, Iman tak pernah kacau sesiapa. Dia kan selalu buat hal tapi hanya Zafriel yang selalu kena. Nak kata Zafriel punya angkara, tak logik. Sebab benda ni boleh menjatuhkan reputasi Zafriel sebagai seorang ketua pengawas. Dan dia juga bukannya bodoh nak perangkap Iman dengan dirinya sendiri," tambah Darmia.

"Tapi kan, aku tengok sweet pulak diorang ni kan?" kata Ainnur.

Intan menyokong, "Macam pinang dibelah dua. Padan sangat dia orang ni!"

Darmia senyum. Tak dinafikan Iman Nadhirah dan ketua pengawas itu tampak serasi bersama. "Shh... jangan sampai Iman dengar. Mengamuk dia nanti!"

Intan dan Ainnur mengangguk. "Aku rasa, baik kita mintak pendapat Zafriel apa patut dibuat untuk elak daripada si Iman mengamuk?" cadang Ainnur.

Darmia memuji, "Brilliant!"

Intan memuncungkan mulut pada Zafriel Adrian yang tak jauh dari situ. "Tu dia! Panjang umur!"

"Zafriel!" panggil Darmia.

Zafriel Adrian yang sedang membelek buku catatan pengawasnya menoleh. Kelihatan Darmia menggamit agar lelaki itu menghampirinya. Laju kakinya melangkah mendekati kawan-kawan Iman Nadhirah. "Ada apa?"

"Nah, cuba kau baca ni!" arah Intan.

Zafriel Adrian mengerutkan kening. Pelik memang pelik, tapi dibaca juga artikel yang ditunjukkan Intan. Sedikit terkejut apabila membaca artikel itu. "Siapa tulis ni?"

Ainnur menunjukkan nama penulis artikel itu.

-Anonymous-

Bagus betul penulisnya! Saja mahu merahsiakan identiti diri. Muka Zafriel Adrian tegang. Nampak sangat dia marah.

Ainnur menerangkan tujuan mereka menyuruh Zafriel Adrian membaca artikel itu. "Kami sebenarnya tak pasti mahu memberitahu Iman atau tidak. Tapi kalau dia tahu sendiri pasti dia akan mengamuk."

Zafriel Adrian mengangguk. "Kauorang cerita saja pada Iman. Let her know. Nanti mesti dia akan jumpa aku tanya hal ni. The rest, just leave it to me. Pasal penulis artikel ni pulak, nanti aku cari siapa orangnya."

Ainnur, Intan dan Darmia mengangguk.




📓📓📓



Hero Troublemaker (edited)Where stories live. Discover now