dua puluh dua

2.6K 147 4
                                    

Iman Nadzir menekan-nekan alat kawalan jauh astro mencari siaran menarik. Matanya kuyu terasa bosan menonton televisyen. Keluhan dilepaskan. "Bosannya!"

"Kalau bosan, pergilah baca al-Quran ke... tenangkan hati," kata seseorang dari arah belakang.

Zapp! Sentap hati lelaki Iman Nadzir mendengar kata-kata itu. Dia menoleh memandang sekujur tubuh yang terlindung dengan telekung putih. Dia mendengus. "Ish, adik ni! Buat abang terkejut aje," marahnya.

Sudahlah bertelekung putih. Nasib baik aku kuat semangat, kalau tidak... lu fikirlah sendiri!

Iman Nadhirah sengih. Dia mengangkat kain yang labuh itu sebelum melabuhkan punggung di sebelah abangnya. Dia baru sahaja selesai menunaikan solat maghrib dan ingin menunggu waktu solat isyak.

"Abang tau tak, walaupun kita baca al-Quran gagap sekalipun, kita akan dapat pahala?" tanya Iman Nadhirah kepada abangnya.

Iman Nadzir menggaru pipi. Sejujurnya dia memang lemah kalau bab al-Quran. Susah betul lidahnya ingin mengalunkan ayat al-Quran. Dia tak pernah menghabiskan bacaan al-Quran. Sudah banyak kali dia lari dari kelas al-Quran yang didaftar Puan Sri Ilyana. Alasannya cuma kerana dia malu. Dia malu kerana dia masih tidak dapat mencapai tahap yang memuaskan.

Berbanding Iman Nadhirah yang amat suka membaca al-Quran dan mendengar kisah-kisah dalam al-Quran yang seringkali disampaikan oleh Hajah Aminah, ibu Zafriel. Hajah Aminah suka berkongsi cerita dengan anak-anak muridnya. Dulu, dia selalu mengajar budak kecil membaca al-Quran tetapi apabila lahirnya Zafrina, dia berhenti kerana ingin meluangkan lebih masa bersama dengan keluarga.

Iman Nadhirah senyum nipis melihat reaksi abangnya. "Ada satu hadis yang bermaksud, orang yang membaca al-Quran sedangkan dia mahir melakukannya, kelak mendapat tempat di dalam syurga bersama-sama dengan rasul-rasul yang mulia lagi baik. Sedangkan orang yang membaca al-Quran, dalam keadaan tergagap-gagap, dalam keadaan tertegun, dia akan mendapat dua pahala."

Gadis itu menghela nafas panjang sebelum menambah, "So, orang yang gagap tu mungkin tak sehebat orang yang membaca al-Quran secara lancar, tapi still dia dapat pahala. Sebab apa? Sebab dia berusaha untuk buka al-Quran dan baca, walaupun dia tak mahir. Allah itu Maha Adil. Dia tetap beri pahala kepada orang yang tak mahir membaca. Tak ada apa yang nak dimalukan sebab tak mahir membaca. Yang penting kesungguhan seseorang itu untuk melancarkan bacaan dia, kenal isi dalam al-Quran."

Iman Nadzir menunduk. Alat kawalan jauh di tangan dimain-main. Tiba-tiba terasa lengan sasanya disentuh lembut. Dia menoleh.

Iman Nadhirah senyum ikhlas. "Kalau abang nak, adik boleh tolong ajar. Manalah tau bila abang menghadap bakal bapa mertua nanti dia suruh baca surah-surah dalam al-Quran. Ha, nanti tergagap-gagap kat depan dia, jangan salahkan adik pulak!" Sempat lagi gadis itu bergurau.

Gurauan Iman Nadhirah membuatkan Iman Nadzir ketawa kecil. "Ada ke bapa mertua yang macam tu?" soalnya dengan kening terjungkit.

Iman Nadhirah menjungkitkan bahu. Dia senyum kecil. Serta merta teringatkan perbualan kecil di antaranya dengan Darmia tempoh hari.

"Aku... aku dah lama sukakan Iman Nadzir."

Pengakuan Darmia berjaya membuatkan Iman Nadhirah terlongo buat seketika. Dia berdeham. "Sejak bila? Kenapa kau tak pernah beritahu? Jadi crush yang dulu kau pernah cakap masa kita main Truth or Dare tu, abang aku?" Bertubi-tubi soalan diberikan.

Darmia mengangguk untuk soalan yang terakhir. "Sejak dua tahun lepas. Aku admire dia start dari aku nampak betapa akrabnya kau dengan abang kau. Aku nampak sifat penyayang dalam diri abang kau. Lagi satu, aku suka suara dia azan waktu dia masuk pertandingan azan dua tahun lepas," terangnya.

Hero Troublemaker (edited)Where stories live. Discover now