#LBU - Bab 15

721 21 5
                                    

Setelah seharian sibuk dengan perkahwinan, Sofea dan Harris telah selamat sampai di rumah.

"Alhamdulillah settle pun semua." Kata Puan Aisyah, Ibu kepada Sofea.

"Alhamdulillah, Ma." Balas Sofea.

"Oklaa, korang pergila naik bilik dulu. Mandi pastu buat laa apa yang patut ehh?"

"Tulaa, Hariss pun nak mandi ni. Jom, Sayang." Kata Harris lalu menarik tangan isterinya naik ke atas.

HARRIS menutup pintu bilik mereka. Dia terus mengeluarkan telefon bimbitnya dan duduk di birai katil.

"Kau pergi mandi dulu."

"Kenapa awak taknak mandi dulu?"

"Apahal?? Nak aku mandi sekali ngan kau ke??"

"Ehh, tak tak. Saya tanya je."

"Kalau kau nak, aku ok je. Tapi, aku takut jadi benda lain je.."

"Takpe lah, saya mandi dulu. Bye."

"Jap, Sofea."

Sofea menoleh. Harris datang mendekatinya.

"Aku rasa kau kena 'ready' kot."

Sofea terus menolak Harris dari mendekatinya.

"Dahlaa, saya nak mandi."

Harris hanya tertawa kecil lalu dia terus mengambil semula telefon bimbitnya.

SELEPAS selesai membersihkan diri, Sofea terus turun ke bawah untuk mengambil angin.

"Sofea, kenapa tak tidur lagi ni? Dah pukul berapa dah ni."

"Sofea ingat nak ambil angin luar jap, Ma. Kenapa?" Balasnya.

"Pengantin baru patutnya tak payah buat apa-apa pun. Pergi naik atas balik."

"Harris mandi laa, Mama. Takpe laa Sofea turun jap."

"Pergi naik atas tu. Kamu tu dah kahwin laa, bukannya anak dara lagi."

"Aduh Maa.. Sofea takut laa. Dahlaa tak kenal, tak tahu perangai dia.. Pastu nak tidur ngan dia pulak. Takut laa Mama."

"Kalau tak ready nak jadi isteri orang, buat apa pergi setuju aritu??" Soal Mama.

"Bukannya tak ready.. Tapi.."

"Dah.. Ready ke tak ready ke, pergi masuk bilik cepat. Kesian Harris lama tunggu."

"Ma,Sofea takut laa.."

"Takde benda laa..mula-mula mesti laa tak biasa lagi. Nanti lama-lama oklaa tu." Kata Mama sambil menolak anaknya naik ke atas.

HARRIS memakai baju tidurnya sambil menyikat rambut. Segak.

Sofea membuka pintu bilik dengan perlahan.

"Masuk je laa! Ingat aku tak dengar ke?" Soal Harris.

"Ehh tak, saya ingatkan awak dah tidur.. Mana laa saya tahu awak tak tidur lagi." Jelas Sofea.

"Gila nak tidor, first night ni." Kata Harris selamba.

Sofea menelan air liur.

"Kau jangan nak mengelat ehh." Kata Harris.

"Tapi kan.. Awak kata yang awak takkan anggap saya sebagai isteri awak?"

Harris terus menuju kearah Sofea sambil tersenyum manja. Dia memandang tepat kedalam mata milik Sofea.

"Memang laa. Tapi tu tak bermaksud kau boleh terlepas."

"Ha?? Tak faham?"

"Aku rasa kita dah pergi kursus kahwin kan haritu? Dan kau tak boleh derhaka dekat aku. Kalau tak, kau tak bau syurga kan??" Soal Harris.

Layakkah Bahagia Untukku?Where stories live. Discover now