#LBU - Bab 10

660 24 3
                                    

Asyraf mengetuk meja kerja milik Sofea.

"Woii! Termenung je kerja kau." Kata Asyraf lalu menarik kerusi dihadapannya dan duduk.

"Hishh kau ni, Cap. Terkejut aku. Bila kau masuk??" Soal Sofea.

"Baru je. Beribu kali aku ketuk kau takde respon pon. Tu yang aku masuk terus tu."

"Sorry la aku tak perasan."

"So, cane permohonan aku nak jadi model kau? Lulus tak?? Ke nak kena hantar resume dulu? Heheehhh."

"Gedik ann kau ni??"

"Ahahahahhh. Ada laa sikit kan."

"Errmm, Cap. Kalau aku bagitahu kau satu rahsia ni..kau boleh simpan tak?"

"Rahsia?? Sejak bila kau mula berahsia dengan aku pulak ni?"

"Bukan rahsia pun sebenarnya. Tapi cam personal sikit laa. You know what I mean right?"

"Ok..cakap je laa."

"Ok. Sebenarnya kan..ada sorang kawan mak aku ni, nama dia Aunty Aleya. Dia ni bestie mak aku laa."

"Ok. Then?"

"Dia ada anak lelaki nama Harris. Muka tu oklaa, hensem sikit dari kau."

"Uishh, terselit sedikit kuangajo disitu. Oklaa, pastu?"

"So, Aunty Aleya ni dia lamar aku untuk anak dia. Apa aku nak buat ni, Cap??"

"Weh, oklaa wei. Kau pun takde boyfriend kan? Kau pun kata muka dia hensem kan? Tunggu apa lagi ni? Kahwin je laa. Nak jugak aku tengok muka anak kau camna. Hehehh."

"Hishh kau ni..aku serius laa."

"Aku pun serius apa. Oklaa weh. Kalau kau nak kata kau tak ready lagi, memang aku cepuk kepala kau. Sebab apa? Sebab 3 tahun lepas kau dah ready nak jadi isteri orang, takkan sekarang tak ready kot."

"Aku ready untuk Amirul. Bukannya Harris."

"Oklaa, kita cari dari sudut positif laa kan. Mungkin Allah tu nak gantikan Arwah Amirul dengan Harris?? mungkin dia lelaki terbaik untuk kau, Piya."

"Tu kalau sudut positif, kalau sudut negatif??"

"Sudut negatif?? Maksud kau??"

"Dia tu garang gila kot. Semalam dia sound aku kat dapur. Dia marah aku tetiba. Takut laa aku."

"Serius laa??"

"Serius la."

"Alaa, dia memain je tu. Mungkin dia saja je nak gertak kau. Nanti lepas dah kahwin?? Mana tahu dia berubah? entah-entah 10 kali lagi sweet dari arwah."

"So, kau rasa aku patut terima ke tak??"

"Pada aku. Ok je kot kalau kau terima. Sebab mungkin jodoh kau dah sampai. Tapi tulaa, kau yang nak kahwin. So, kau punya keputusan laa. Aku bagi nasihat je. Kalau kau rasa taknak, cakap je laa taknak. Kan senang."

"Hmmmm..nantilaa aku fikir. Semak laa."

HARRIS yang baru pulang dari bekerja terus menuju ke atas kerana malas untuk berbual dengan Ibunya.

"Harris!" Panggil Ibu.

"Apa??" Katanya seraya melihat ibunya.

"Ni kenapa buat perangai macam budak-budak ni?? Taknak cakap dengan Ibu pulak?"

"Harris akan cakap dengan Ibu kalau Ibu rasa Ibu dah boleh stop daripada mengongkong and tentukan masa depan Harris." Katanya lalu terus menuju ke bilik.

SEBULAN telah pun berlalu. Namun, keputusan masih belum dibuat. Dia buntu. Terlalu banyak pendapat yang dia peroleh. Disaat dia hendak membuat keputusan, pasti tertangguh kerana secara automatik fikirannya akan teringat akan Amirul.

"Maigaddd, aku masih cintakan arwah. Sumpah. Aduh.."

Pintu biliknya dikuak dari luar. Lantas Sofea mengelap airmatanya.

"Ehh? Papa. Kenapa tak ketuk dulu?" Soal Sofea.

"Boleh Papa duduk?"

"Bolehh.. Duduklaa."

Papa mengambil tempat disebelah anaknya.

"Sudah-sudah laa tu teringatkan arwah. Dah 3 tahun Sofea, takkan tak boleh lupa lagi?"

"Ma.. Mana ada teringat laa." Kata Sofea.

"I'm your father, Sayang. Sofea tak cakap pun Papa boleh rasa."

Sofea hanya menunduk. Airmatanya mengalir lagi. Entahla, bila berbual tentang Amirul, sudah pasti dia akan menangis.

"You know what, Sofea. I think that you should forget about the past. The past is past. Life must go on. You know what I mean right?"

"It's not easy as you think, Pa. It take many years or forever to forget about it. Sofea putus tunang sebab kematian, Pa. Bukan sebab lain. Susah untuk lupakan orang yang kita sayang. Amirul tu cinta pertama Sofea, Pa."

"Sofea dah ambik 3 tahun kan? Then, what are you waiting for?  Nak tunggu dah beruban baru nak move on?"

"Entahlaa, Sofea macam takboleh nak lupa. Sofea dapat rasa macam Amirul tu baru pergi semalam. Walaupun sebenarnya benda dah 3 tahun. Susah Pa, Susah.."

"Takpe, Papa faham. Ambik masa Sofea."

"Harris tu macam sombong and panas baran je Sofea tengok. Takut la Pa."

"How did you know that?"

"Its just my first impression."

"Come on laa Sayang. Takkan laa nak tuduh orang melulu macam tu je?"

"Itu apa yang Sofea nampak."

"Mungkin dia saja je nak uji Sofea ni boleh ke tak jadi isteri dia..Dia memain je tu."

"Papa ni serius ke nak Sofea kahwin dengan Harris?"

"Kalau Sofea tanya Papa, Papa memang setuju sangat sebab Papa memang dah kawan lama dengan makbapak Harris. Dari zaman universiti lagi. But at the end of the day, Keputusan tetap di tangan Sofea."

"Papa happy tak kalau Sofea setuju?"

"Happy sangat. Papa akan happy kalau Sofea happy. Faham?"

"Faham Pa." Kata Sofea lalu memeluk ayahnya.

SELEPAS selesai membersihkan diri, Sofea menarik selimut menutupi badan. Dia memikir sejenak.

"Sampai bila kau nak jadi macamni? Bukak laa hati kau tu Sofea untuk orang lain. Amirul tu bukannya boleh hidup balik pun. Kalau kau tak happy pun, at least bagi parents kau happy dengan keputusan kau. Buat keputusan yang betul!" Sofea kembali tersedar.

"Bahagia boleh dikecapi lepas kahwin mungkin? Aku just nak Mama dengan Papa happy dengan keputusan aku. Bahagia boleh cari. In shaa Allah, aku akan buat keputusan yang betul."

Dia terus menarik selimut menutupi muka. Penat dengan hal dunia.

____________________

Pikir Sopia pikir. 😭

Jangan lupa votes ye anak-anak 😂🌸

Layakkah Bahagia Untukku?Where stories live. Discover now