#LBU - Bab 42

998 30 6
                                    

Genap hari ini, sudah hampir 6 bulan Sofea menghilangkan diri. Juga, genap 6 bulanlah hidup Harris menjadi tidak tentu arah. Dia sudah menggunakan segala kudrat tenaganya untuk mencari isterinya tetapi tidak berjaya.

Keluarga Sofea juga sangat kecewa dengan Harris.

"Mama percaya Harris boleh jaga Sofea, tapi ni yang Harris bagi?! Mama kecewa la dengan Harris!"

"Ayah bagi tanggungjawab Papa dekat Harris untuk Harris jaga dan didik dia dengan lebih baik. Tapi apa yang kau dah buat?! Kau pukul dia, kau hina dia, kau buat dia macam hamba kau, kau buat dia macam pelacur, Harris!!" Marah Bapa mertua Harris.

"Papa, Mama.. Harris minta maaf. Harris dah kecewakan Mama dengan Papa. Tapi percayalah, yang Harris dah berubah. Harris ikhlas dengan Sofea. Percayalah." Rayu Harris.

Pangg!!

Pipi Harris ditumbuk kuat oleh Papa.

"Kau jangan nak cakap ikhlas kat sini! Jantan tak guna dan dayus macam kau, tak layak untuk perempuan sebaik Sofea!!"

"Sudah la Harris. Takpayah la susah-susah nak cari Sofea lagi. Kalau ye pun Harris ikhlas dengan Sofea dan dah taubat nak berubah, Mama takkan izinkan Sofea balik dekat Harris!!"

"Mama please.. Harris merayu dengan Mama. Percayala Ma, Harris dah berubah.." Rayu Harris sambil memegang tangan ibu mertuanya.

Papa merentap kuat tangan Harris. Dia mengheret Harris dan menolak keluar Harris ke pintu luar dengan kasar.

Harris rebah ke tanah.

"Kau berambus!! Aku dah taknak tengok muka kau dekat sini! Kalau kau munculkan lagi diri kau depan aku, aku pecahkan muka kau!!!" Jerit Papa.

Pintu rumah keluarga mertuanya ditutup kuat.

Airmata jantan Harris akhirnya mengalir jua. Dia tidak mampu menahan keperitan ini.

"Aarghhhhhh!!!" Jerit Harris.

HARRIS tersedar dari tidurnya.

"Astaghfirullahalazim.." Ucapnya.

Meskipun sudah hampir 6 bulan peristiwa itu berlaku, ia masih segar dalam ingatan Harris. Malah rasa tumbukan Papa juga masih terbayang.

Harris meraup mukanya.

"Sayang, awak kat mana? Awak tak kesian dekat saya ke? Awak tak kesian dekat anak kita ke?? Tolongla balik.." Rintihnya sendiri.

HARRIS berjalan menuju ke bilik kerjanya. Dia baru sahaja selesai menghadiri mesyuarat di luar.

"Ehh Mikha? Mikha buat apa kat sini?" Soal Harris yang kehairanan melihat Mikhail di pejabatnya.

Mikha menyalam tangan abang iparnya.

"Mikha datang ni bersebab. Lagipun Mikha baru habis kelas. Tu yang datang sini terus." Kata Mikha.

Harris mengangguk faham.

"Takpela meh la masuk dulu." Ajak Harris lalu masuk ke biliknya.

MIKHA mengambil barang didalam beg galasnya.

"Abang, Mikha datang sini nak sampaikan amanah Kak Sofea." Kata Mikha serius.

"Kak Sofea?? Mana dia sekarang Mikha??" Soal Harris ingin kepastian.

"Abang takpayah la nak cari Kak Sofea lagi. Buang masa je. Baik Abang teruskan hidup Abang macam biasa. Cari je la orang lain yang boleh jaga Abang."

Layakkah Bahagia Untukku?Where stories live. Discover now