#LBU - Bab 14

596 18 12
                                    

Jurusolek sudahpun mengenakan solekan keatas muka Sofea. Solekan yang sungguh ringkas tapi tetap menampakkan seri pengantin baru.

Sofea hanya merenung mukanya dicermin dihadapannya.

"Kenapa kau sedih ni nyah? Kau nak kahwin kan. Apoo ni sedih-sedih?" Kata Jurusolek itu.

"Takde laa. Aku nervous sikit je..Kot."

"Kau tak happy ke ni? Jangan laa masam je muka. Penat laa aku nak touch up." Kata jurusolek itu.

"Happy laa. Kau je yang tak perasan."

"Ha ok. Dahlaa.. Kau pergi pakai baju pengantin cepat. Mesti letup!"

Sofea terus bangun dab bergegas ke bilik persalinan untuk menukar baju.

SEMUA sudah bersiap sedia. Kedua belah pihak telahpun tiba. Sofea telah pun berada diatas pelamin menanti ketibaan pengantin lelaki yang masih belum nampak kelibatnya.

"Mana Harris ni? Tak sampai-sampai pun lagi." Soal Datin Aleya kepada suaminya.

"Mintak maaf ehh semua. Bagi kitorang lagi 5 minit. Kita akan try untuk call dia." Kata Datuk Kamal kepada semua.

"Rasanya dah lama dah ni Datuk. Saya pun ada pengantin lain nak dinikahkan." Kata jurunikah tersebut.

"Kejap je lagi tok. Kejap lagi anak saya sampai la tu." Balas Datuk Kamal.

Selepas 5 minit menunggu, tok kadi mula bersuara.

"Datuk, anak Datuk ni betul-betul ke nak kahwin ni?? Saya betul-betul dah lewat ni." Kata Tok kadi.

"Kejap je lagi Tok. Kejap ehh?" Kata Datuk Kamal pula.

Sofea memegang tangan kawannya, Amira dengan erat.

"Aku tahu dia mesti tak datang punya, Mira." Bisik Sofea perlahan.

"Kau ni. Kau percaya cakap aku, kejap lagi dia mesti sampai punya." Balas Amira pula.

"Dia taknak kahwin dengan aku, Mira. Aku tahu dia tak sanggup." Kata Sofea lagi.

"Kau boleh tak berhenti merepek?? Dahlaa, tunggu je kejap lagi Harris sampai la tu."

Tok kadi sudah melirik kearah jam ditangannya dan berkira-kira untuk bangun.

"Datuk, saya rasa....."

Belum sempat tok kadi menghabiskan ayatnya, seseorang telah memotong.

"Sorry semua, sorry lambat."

Semua orang memandang kearah 'seseorang' itu.

"Ya Allah, Harris! Kenapa lambat sangat ni?!" Soal Datin Aleya.

"Sorry Ibu, tadi jem. Hehehehhehh." Kata Harris sambil duduk bersila hadapan tok kadi.

"Dah ready nak kahwin ke Harris?" Soal Tok kadi.

"In shaa Allah, Tok. Dah ready sangat ni. 'Tak sabar' nak kahwin. Hehheh." Kata Harris.

Sofea hanya tertunduk. Hanya dia yang faham akan maksud Harris tentang 'tak sabar' itu. 'Tak sabar' untuk mendera Sofea.

DENGAN sekali lafaz, Sofea telah sah menjadi milik Harris yang sah. Selepas selesai menyarungkan cincin, mereka menyertai sesi bergambar.

Harris sempat berbisik ditelinga Sofea.

"Siap kau nanti."

Meremang bulu roma Sofea mendengar bisikan Harris.

Sofea hanya mampu tersenyum pahit.

Layakkah Bahagia Untukku?Where stories live. Discover now