#LBU - Bab 19

1K 23 6
                                    

Jam loceng didalam telefon Sofea berbunyi. Tandanya sudah pukul 6 pagi. Hujan masih lebat diluar. Sofea terjaga tetapi pergerakannya agak terbatas. Dia memegang pinggangnya. Tangan??

Sofea memandang sebelah. Harris sedang kemas memeluknya. Tetapi berbeza dengan semalam, badan Harris pula yang terasa panas.

"Panasnya badan Harris ni. Aduhh, jangkit demam kat aku laa ni." Rungutnya.

Dia cuba sedaya upaya untuk meleraikan pelukan suaminya tanpa mengejutkan Harris.

"Sofea, kau nak pergi mana?" Soal Harris lemah.

"Nak bangun laa. Buat sarapan. Awak tidur dulu ehh? Nanti saya panggil."

"Takpayah laa. Duduk laa sini dengan aku. Takpayah buat sarapan."

"Takboleh laa. Awak jugak yang cakap kan suruh saya buat sarapan tetiap hari. Tidur laa dulu, awak tak sihat tu."

"Kalau macamtu, aku teman kau je laa." Kata Harris lalu mengalihkan selimutnya dan bersedia untuk bangun.

"Ehh, takpayah. Awak duduk laa sini. Kejap je, saya buat sarapan lepastu saya terus datang sini k?"

"Jangan lama-lama tau. Aku tunggu ni." Ucapnya lemah.

Sofea hanya mengangguk sambil tersenyum. Dia terus keluar dari bilik itu.

"Demam-demam ni manja pulak kenapa? Selalunya panas baran. Haishh, susah nak ramal Harris ni." Ujar hati kecil Sofea.

ZARA membuka pintu bilik pejabat Harris. Tiada kelibat lelaki itu. Selalunya, pada waktu sebegini, Harris sudah terpacak di pejabat. Dia terus keluar menuju kearah meja pembantu peribadi Harris.

"Aisya, mana Harris??" Soalnya selamba.

"Encik Harris tak masuk kerja harini. Dia demam. MC 2 hari kot tak silap saya." Kata Aisya.

"Siapa bagitahu kau?"

"Tadi isteri Encik Harris yang bagitahu. Dia cakap Encik Harris demam panas, tu yang Encik Harris suruh dia yang telefon bagitahu. Tak larat la tu rasanya."

"Sofea yang telefon tadi?? Harris suruh?!"

"Ye Cik Zara."

"Haishh, tak boleh jadi ni. Takpela, thanks." Kata Zara lalu berjalan keluar dari situ.

SETELAH siap menyediakan sarapan, Sofea membawa sedulang makanan dan ubatan untuk suaminya yang sakit. Dia meletakkan dulang itu ditepi meja kecil disisi katil biliknya.

"Harris, Harris.. Bangun jom. Makan ubat." Panggil Sofea lembut.

Harris membuka matanya perlahan. Terasa berat untuk membuka matanya. Dia memegang kepalanya. Aduhh! Sakitnya!

"Aduhh, sakitnya kepala aku.." Rungutnya perlahan.

"Sakit sangat ke? Nak saya urut ke?"

"Takpayah laa. Sikit je ni."

"Oklaa kalau macamtu. Ermm, awak bangun, pergi basuh muka dengan gosok gigi dulu, lepastu kita makan tau. Boleh?" Soal Sofea lembut.

Harris mengangguk lemah. Dia terus bangun dan menuju ke tandas.

Setelah selesai melakukan semuanya, Harris keluar dari bilik air dan duduk diatas katil.

"Harris, awak ok tak ni?? Kalau sakit and tak larat sangat, kita pergi klinik ehh?" Soal Sofea kerisauan melihat keadaan suaminya.

"Takpe.. Aku boleh tahan lagi ni. Nanti kalau dah melarat, aku pergi klinik. Kau takyah risau."

"Hmmm, yelaa. Jom makan, saya buatkan awak bubur ni. Awak makan dulu k? Kalau awak nak makan benda lain, saya boleh masakkan ok? Cakap je nak makan apa."

"Nak makan kau." Kata Harris sambil memandang tajam kearah isterinya dengan matanya yang redup itu.

Sofea memandang Harris kehairanan dan ketakutan. Pandangan Harris tu Ya Allah!! Lemah iman.

"Aku gurau je laa. Kau ni, gurau pun tak boleh. Dok pandang aku teruk-teruk apahal? Tau laa hensem."

"Tak, saya....... "

"Takpe laa, aku tak rasa nak makan benda lain pun. Tengok bubur pun nak termuntah ni." Balas Harris.

"Errmm, makan sikit ehh? At least ada laa jugak nak lapik perut tu. Sebab awak tak boleh makan ubat dengan perut kosong tau. So, kita makan sikit ehh?"

"Ye, 'Doktor' Adryana Sofea." Perli Harris.

Sofea hanya tergelak kecil. Dia mengambil sesudu bubur lalu disuapkan kedalam mulut suaminya.

Harris tidak lepas memandang isterinya sambil tersenyum. Entahlaa, cantik pula bila dipandang.

Sofea terpandang mata suaminya yang tajam itu. Mata mereka bersatu.

Dingg!! Dong!!

Bunyi loceng rumah mematikan pandangan masing-masing. Mereka masing masing-masing terus memandang kearah lain.

"Ermm, saya pergi tengok siapa yang datang dulu ehh?" Kata Sofea lalu meletakkan semangkuk bubur itu diatas dulang dan terus berlalu keluar.

"Kacau daun betul laa!" Kata Harris geram.

SEBAIK sahaja Sofea membuka pintu, Zara terus meluru masuk ke dalam rumah tersebut.

"Minta maaflaa, Awak ni siapa ehh? Tetiba dengan takde adabnya masuk rumah orang macam tu. Tak belajar sivik ke apa? Ke waktu sivik awak ni selalu ponteng??" Soal Sofea padu.

"Shut your mouth up! I datang sini sebab nak jumpa baby I, Harris. Dia demam kan harini?? So, I datang sini sebab I nak jaga dia. So, mana dia??"

"I rasa you ni dah tau kot yang Harris ni dah ada isteri. Isteri dia boleh jaga rasanya. So, takpayah sibuk laa."

"Suka hati I laa! Dah, I nak naik atas." Kata Zara lalu terus menuju keatas dengan selambanya.

Harris yang ternampak kelibat Zara mula menarik muka.

"Aduhh, ni yang buat semak kepala aku lagi ada laa.." Rungutnya didalam hati.

"Sayanggg!! You ok tak ni? Like oh my god macammana you boleh sakit?? Kesiannya dekat you." Kata Zara lalu mengambil tempat disebelah Harris.

"I ok je. Biasalaa demam sikit. Besok-besok oklaa ni." Balas Harris.

"Ni bilik you ke? Kenapa macam bilik perempuan??" Soal Zara.

"Ni bukan bilik I laa, ni bilik Sofea."

"What?! Dahtu macammana you boleh ada dalam bilik perempuan ni?? You cakap dengan I, you buat apa dengan dia malam tadi??!"

"I tak buat apa-apa laa. I kan fobia dengan guruh. So, I mintak laa dia teman I. You jangan risau laa. Ok??"

"Ok, I percaya cakap you. Dah, meh I suapkan ehh??  Lepastu kita makan ubat, baru cepat sembuh. Lepastu baru boleh keluar dengan I, boleh jumpa I. Ha, kena cepat sihat k?"

"Ok Sayang. Thanks tau datang."

"Of course laa, I kan sayang you. I love you so much ok?"

"I love you too, Sayang." Balas Harris sambil tersenyum ikhlas.

Sofea hanya mampu menitiskan airmatanya diluar bilik apabila mendengar perbualan mereka.

"Kau buat laa apa pun, Sofea. Dia tak pernah hargai pun. Perempuan tu datang sekali je, terus dia hargai. Kau kena sedar diri and ruang, Sofea. Kau tu takde makna pun dalam hidup dia. Takde makna!!" Jerit hati kecil Sofea.

Dia terus turun kebawah dan membuat kerjanya sendiri untuk mengelakkan diri daripada terus disakiti oleh suaminya sendiri.

________________________

Nak ke taknak Sofea ngan Harris ni bahagia? Hmm.
.
Sorry for the late! Busy teroks kebelakangan ni. As a gift utk chuolss yang sabar menunggu, chewah! Author hadiahkan satu chapter lagi. But make sure, vote dua2 chapter ok? Janganla vote satu chapter je. Huhuhuhu.
.
Slide!

Layakkah Bahagia Untukku?Where stories live. Discover now