#LBU - Bab 29

1.1K 24 8
                                    

Hari-hari Sofea dan Harris berjalan seperti biasa. Masuk hari ini, sudah 6 bulan usia perkahwinan mereka, manakala usia kandungan Sofea sudah memasuki 4 bulan.

HARRIS berangkat ke tempat kerja seperti biasa. Membuat kerjanya yang terbengkalai dan menghadirkan diri di setiap mesyuarat yang dijalankan.

Harris berjalan kearah bilik kerjanya sambil memegang fail mesyuarat sebentar tadi.

"Aduhh makin banyak pulak outstation aku nanti. Haihh." Katanya perlahan sambil membuka pintu.

Harris menarik nafas penat.

"Bala apa pulak nak datang ni.." Katanya didalam hati.

"Zara, you buat apa kat sini? Takde photoshoot ke?" Soal Harris.

"Yang, I nak cakap sikit dengan you ni." Kata Zara sambil menyilangkan tangannya di dada.

"Nak tanya apa?"

"Kenapa you balik jumpa Nenek tak bagitau I? And yang paling I geram, kenapa you bawak perempuan tu?!" Marah Zara.

"Macammana you tahu I pergi jumpa Nenek haritu?? Siapa bagitahu you ni?"

"Siapa bagitahu tu tak penting laa. Yang penting sekarang ni, kenapa you bawak perempuan tu??!!"

"Dah I kahwin dengan dia, Sayang. Takkan I nak bawak balik you pulak..nanti apa Nenek cakap." Tutur Harris lembut.

"Ehh, perempuan tu dah jampi apa ehh kat you sampai you jadi macamni?! You dah berubah laa Harris!! You bukan macam Harris yang dulu!"

"Maksud you?"

"You tak fikir ke Harris?? Dulu you punya laa benci dekat Sofea, sampai you pukul-pukul dia semua. Tapi sekarang, you tak sedar ke yang you dah stop buat semua benda tu?? And kenapa?? You tak sayang I dah ke?!"

"No Sayang, of course I love you. I.. I pun tak perasan. Betul cakap you, kenapa I start layan dia elok-elok ni??" Kata Harris sambil memikirkan keadaannya.

"Dulu tetiap hari tau I dengar you kata benci Sofea, benci Sofea. Tapi sekarang, you nak jumpa I pun tak nak dah!!"

"No, no.. I tak bermaksud pun nak lukakan hati you. Mungkin I yang buta pergi layan dia baik-baik. I'm sorry I didn't mean it." Kata Harris lalu memegang tangan Zara.

"Harris, you dah tak sayang I ke?" Soal Zara sayu.

"Sayang, janganla cakap macamtu. I mintak maaf ok? I janji lepas ni I tak layan Sofea baik dah ok? Sorrylaa. Takmo laa nangis-nangis macamni, tak cantik laa bidadari I nanti." Pujuk Harris sambil mengusap rambut Zara.

"Make sure you did, baby." Kata Zara lalu menggenggam tangan Harris.

SOFEA memandang suaminya. Tak bercakap langsung dari balik tadi. Suasana makan malam mereka sunyi tanpa sebarang suara.

"Harris, awak ok ke?" Soal Sofea lembut.

Harris memandang mata isterinya tajam.

"Diam." Tuturnya sepatah.

"Dari tadi awak tak bercakap pun. Saya risau.." Kata Sofea lagi.

Panggg!

Meja makan dihentak kuat dengan tangan Harris.

"Aku kata diam kan?! Pekak ke apa?!!" Tengking Harris.

Terkejut Sofea dibuatnya.

"Sorry. Sorry." Kata Sofea lalu memandang nasi didalam pinggannya. Tekaknya dipegang.

Dia sebenarnya ingin memberitahu Harris akan sakit kepalanya yang menjadi-jadi kebelakangan ini. Tetapi disebabkan mood Harris yang agak tidak ok, dia tangguhkan hasrat itu.

Layakkah Bahagia Untukku?Where stories live. Discover now