#LBU - Bab 41

1.1K 30 8
                                    

Harris mencelikkan matanya. Dia terasa sungguh pening seperti hendak meletup kepalanya. Harris menggosok matanya.

Dia memandang sekeliling.

"Zara! You buat apa ni??" Tengking Harris.

Terkejut Zara dibuatnya.

"Apa you ni? Terkejut I tau tak??" Soal Zara sambil mengikat rambutnya.

"Ya Allah, Zara sampai hati you kan?? I percaya dekat you, macam ni you balas dekat I?!"

"Ehh Sayang, you jangan merepek boleh tak?? You yang nak kot." Kata Zara sambil melentokkan kepalanya dibahu Harris.

Harris lantas menolak kasar badan Zara.

"You tu yang jangan merepek! Sejahil-jahil I, I takkan rosakkan anak orang tau tak?? Ni mesti you yang plan kan?!" Marah Harris sambil bangun mendapatkan pakaiannya.

Zara bangun menghampiri Harris.

"Sayang.. You ni kan, rileks la.. Bukannya ada orang tahu pun. Just you and me." Kata Zara tengah menggoda sambil memegang lembut dada bidang milik Harris.

Harris menolaknya kasar hingga jatuh keatas katil.

"Woww, jangan la ganas sangat. Gelojoh la you ni, Sayang." Kata Zara sambil ketawa kecil.

"You ni memang perempuan takde maruah kan?! Memang perempuan tak guna!" Kata Harris lalu mengambil barangnya lantas meninggalkan bilik Zara.

Zara ketawa kegembiraan.

"Harris, Harris.. Kalau aku takdapat kau, siapa pun takkan boleh dapat kau." Kata Zara sambil tersenyum puas.

HARRIS menarik kuat rambutnya. Dia menjerit sekuat hati. Airmata jantannya mengalir keluar.

"Apa aku nak cakap dekat Sofea ni?!" Rintihnya sekuat hati.

HARI ini sudah 2 minggu Harris berada di Melaka. Sofea menunggu suaminya pulang.

Setelah lama perjalanan, Harris tiba dirumah mereka.

Harris mengetuk pintu rumahnya.

Sofea menyambut suaminya dengan senyuman manis.

"Abang! Sofea rindu sangat dekat Abang!" Kata Sofea lalu memeluk Harris kuat. Rindu!

Harris senyum kelat.

"Abang pun rindu dekat Sofea." kata Harris perlahan.

Sofea terasa pelik. Kenapa Harris tidak membalas pelukannya?

"Abang, kenapa ni? Abang ok?" Kata Sofea lalu meleraikan pelukan.

"Abang ok. Mungkin penat sikit kot. Abang naik atas dulu la eh?" Kata Harris lalu naik keatas.

Sofea menghantarnya dengan pandangan.

"Kenapa dengan Harris ni?" Soalnya sendiri.

KEESOKAN harinya, Harris hanya berlalu dengan begitu sahaja. Dia terus menghiraukan Sofea.

Sofea menahan suaminya.

"Abang, kenapa ni? Sofea ada buat salah ke?? Cakap la, jangan la macam ni." Pujuk Sofea.

Harris menoleh.

"Mana ada Sayang buat salah la. Sayang tak salah apa pun dengan Abang." Jelas Harris.

"Habistu?? Abang macam nak mengelak dari Sofea je. Abang janganla macamni.. Abang tau tak Sofea rindu dekat Abang?" Kata Sofea sambil merangkul pinggang suaminya.

Layakkah Bahagia Untukku?Where stories live. Discover now