#LBU - Bab 44

1.3K 35 7
                                    

Sebulan telah pun berlalu, kini Sofea hanya menunggu masa untuk melahirkan zuriatnya. Sofea tinggal berasingan di apartment sendiri dan tidak tinggal bersama keluarga kerana bimbang Harris akan tahu akan lokasinya.

Disebabkan Sofea hanya menghitung hari untuk bersalin, adiknya datang untuk menolong Sofea melakukan persiapan terakhir sebelum ke hospital.

Mikha tengah menyusun barangan bayi dibilik kakaknya. Dia tersenyum.

"Haih tak sabarnya nak jadi uncle." ujarnya sendiri.

Tiba-tiba dia terdengar bunyi gelas pecah di dapur.

"Akak?? Ok ke tu?!" Soal Mikha kehairanan.

Selepas tiada sahutan diterima, Mikha lantas bangun dan berlari kearah dapur. Dia terkejut.

"Ya Allah, akak?! Akak ok ke tak ni?!!" Soal Mikha panik.

Mikha bergegas kearah kakaknya yang terduduk di bawah lantai lemah.

"Mikha! Mikha cepat Mikha tolong akak. Sakit, Mikha!!" Sofea memegang bawah perutnya yang terasa sangat sakit.

Mikha terlihat air yang keluar dari peha kakaknya.

"Ni air apa ni, Kak?! Mikha nak buat apa ni???" Soalnya panik.

"Mikha, akak nak beranak dah ni. Bawak-- akak pergi hospital." Rintih Sofea kesakitan.

Seusai mendengar kata-kata kakaknya, Mikha terus mencempung kakaknya lalu bergegas ke kereta dibawah.

"Mikha cepat, Mikha--- sakit sangat ni, Ya Allah..." Kata Sofea separuh tangis.

MIKHAIL telah memberitahu ibubapanya tentang keadaan Sofea yang hendak bersalin.

Ibubapa mereka telah sampai dihospital. Mereka hanya sabar menanti diluar.

HARRIS membasuh mukanya. Kebelakangan ini, dia asyik tidak sedap badan. Dia merehatkan badannya diatas katil.

"Sayang.. Kalau awak ada, mesti awak risau dengan saya kan?" Ngomelnya sendiri. Harris mengambil telefonnya lalu mendail nombor Mikhail untuk bertanyakan tentang isterinya.

"Aikk? Kenapa Mikha tak angkat ni? Jarang la dia tak angkat phone." Katanya lalu mendail semula.

"Hmm, sibuk kot. Ada kelas maybe?" Katanya lalu merehatkan diri.

SELEPAS lama menunggu, akhirnya seorang bayi kecil keluar dari bilik bersalin itu bersama misi-misi yang menjaganya. Mikha juga sertai mereka.

"Ni la cucu Mama dengan Papa." Kata Mikha sambil tersenyum.

"Alhamdulillah! Allahu, comelnya.." Kata Mama.

Papa tersenyum kegembiraan.

Selepas selesai melihat bayi, misi-misi tersebut membawanya pergi untuk prosedur seterusnya.

"Papa taktahu pulak Mikha kuat nak tengok Kak Sofea bersalin." Kata Papa.

"Hehe, tadi Mikha panik gila taktahu nak buat apa. Mikha setuju jelaa masuk sekali dengan Kak Sofea."

"Bagus anak Papa, takpe Mikha berlatih dulu nanti takdela takut nak tengok isteri bersalin."

Mikha tersenyum. Dia memandang lalu memeluk ibunya.

"Ni kenapa ni?" Soal Mama kehairanan.

"Thankyou Mama sebab dah susah payah lahirkan Mikha. Lepas Mikha tengok Kak Sofea bersalin tadi, barulah Mikha tahu betapa kuatnya perempuan ni." Kata Mikha sambil mengeratkan pelukan.

"Sama-sama, Sayang." Kata Mama sambil tersenyum.

"Nanti Mikha dah kahwin, Mikha kena sentiasa hormat dan sayang isteri Mikha ok? Jangan jadi macam Abang Harris kamu tu." Kata Papa.

Layakkah Bahagia Untukku?Where stories live. Discover now