#LBU - Bab 21

1K 27 6
                                    

Sofea memegang tangannya. Terdapat kesan lebam akibat dipukul oleh Harris tempoh hari.

"Aduhh, macammana nak pergi kerja ni?? Kalau orang nampak ni macammana??" Kata Sofea gelisah.

Sofea terus menuju kearah almari bajunya. Dibelek satu per satu pakaian yang ada. Dia menarik sehelai baju.

"Ha! Yang ni ok kot. Takdela orang nak perasan sangat." Kata Sofea yang memilih baju yang mempunyai 'grip' ditangan.

Setelah selesai meletakkan pin di tudung, Sofea mengambil beg tangannya lalu keluar menuju ke bawah.

Harris memandang isterinya yang sedang menuruni tangga.

"Ohh, kau kerja ke harini??" Soal Harris.

"Ha'aa.. Kan dah isnin. Saya ada cakap kan haritu?"

"Ada.. So, kau pergi sendiri ke aku nak hantar ni??" Soal Harris lagi.

"Takpe laa. Saya pergi sendiri. Awak kan sibuk.. Nanti takdelaa susahkan awak kalau saya nak balik nanti."

"Eloklaa kalau macamtu. Takde laa sibuk nak kacau aku 'dating' dengan Zara nanti." Kata Harris selamba.

Harris terus bangun dan menuju ke sinki untuk membasuh tangan lalu kembali semula dan berdiri dihadapan isterinya.

"Wehh, kau tolong butangkan baju aku jap. Tangan aku basah." Kata Harris.

Sofea membutangkan baju suaminya dengan tenang. Taknak nampak macam kekok sangat.

Harris memandang isterinya dengan penuh makna sambil tersenyum.

"Dah... Errr,  Kenapa awak tengok saya macamtu?" Kata Sofea menahan malu.

"Takkan nak tengok pun takboleh?? Bukannya aku buat apa pun." Balas Harris lagi.

"Ermmm. Oklaa, takde apa-apa dah kan??"

"Ehh jap, ni ha.. Tolong aku butangkan lengan baju ni. Rilek laa, kalut nak pi mana?" Kata Harris tiba-tiba dengan loghat utara.

Sofea tergelak kecil sambil membutangkan lengan baju suaminya. Harris turut ketawa.

"Kelakar laa cakap macamtu." Kata Sofea sambil tersenyum.

"Aku kan pandai.. Setakat loghat utara tu, dalam poket laa wehh." Kata Harris sambil ketawa.

"Ouhh.. So bijaksana laa si Harris ni ye?"

"Of course."

"Oklaa dah siap. Ada apa-apa lagi ke nak tolong ni??"

"Tolong simpan hati awak untuk saya please." Kata Harris sambil memandang tepat kearah mata isterinya lalu tersenyum.

Sofea terkejut. Merah mukanya menahan malu.

Harris ketawa dengan kuatnya.

"Takdelaa, aku main-main jelaa. Dahlaa, Jom keluar sekali." Kata Harris lagi lalu mengambil beg laptopnya lalu menuju ke pintu untuk beredar.

Sofea menampar mukanya perlahan.

"Dah Sofea! Dia main-main je tu. Jangan cair sangat la!" Katanya lalu mengambil kunci kereta dan terus keluar.

AMIRA membuka pintu untuk bossnya.

"Welcome home, Ladyboss!" Jerit Amira.

"Over laa kau ni. Hahahahaha." Kata Sofea lalu memeluk kawan baiknya itu.

"Rindunyaa.. Seminggu tak jumpa. Last jumpa waktu kau sanding haritu. Sihat ke ni?? Camna kehidupan newly wed ni??"

"Ok, Alhamdulillah. Everything went well. Tak sangka dah jadi isteri orang." Kata Sofea lalu ketawa.

Layakkah Bahagia Untukku?Where stories live. Discover now