#LBU - Bab 30

1.3K 34 16
                                    

Masuk hari ini, sudah hampir 2 minggu Harris bersikap dingin terhadap isterinya. Sofea sudah buntu untuk mencari jalan supaya Harris dengannya tetapi gagal.

"Harris, harini awak balik pukul berapa?" Soal Sofea lembut. Dia sedang menghidangkan sarapan buat suaminya.

Harris hanya diam membisu.

"Harris, saya tanya ni." Kata Sofea lagi.

Harris memandang tajam muka isterinya.

"Kau pahal?? Nak mampus?" Kata Harris kasar.

"Saya tanya je kan? Kenapa susah sangat nak jawab? Ada emas ke dalam mulut tu?" Soal Sofea kembali.

"Kau saja je kan nak bagi aku hilang mood pagi-pagi buta ni?! Dahla, menyampah aku tengok muka kau!" Kata Harris lalu keluar daripada rumah mereka dan terus ke pejabat.

"Penat betul laa kalau dapat suami yang manjang badmood ja haih."

SOFEA memulakan tugasnya seperti biasa di tempat kerja. Selepas selesai satu pelanggan, satu lagi datang.

Sofea memegang tekaknya. Aduh time ni jugak!

"Emm Aiman, awak tolong tengokkan customer ni jap. Saya nak ke toilet jap." Kata Sofea.

"Ok boss!" Jawab Aiman.

Sofea terus bergegas ke tandas dan memuntahkan isinya.

Amira menepuk-nepuk belakang badan Sofea perlahan.

"Wehh kau ok tak ni, Pia?" Soal Amira.

Sofea mencuci mulutnya.

"Oklaa, sikit je ni." Balas Sofea.

"Kau makan apa weh sampai muntah camni??"

"Entahlaa, ada laa kot salah makan."

Amira tersenyum.

"Wehh entah-entah kau pregnant tak wehh??" Soal Amira teruja.

Sofea memandang Amira. Aduh apa aku nak jawab ni!

"Hishh taklaa kau ni! Merapu je laa."

"Wehh betul laa Pia. Aku tengok kan dalam drama Melayu, kalau perempuan tu baru lepas kahwin, muntah-muntah camni, mesti mengandung punya. Nak-nak kau yang dah lama kahwin ni. Wehh entah-entah betul. Wehh kau nak jadi Mommy dahhh!"

"Woiwoii stop boleh tak? Kau ni merapu je kan? Dah jom sambung kerja."

"Yeay yeay! Sofea pregnant!" Jerit Amira teruja.

"Weii, aku ni kan gastrik. Kau dah lupa ke? Dari sebelum kahwin dengan Harris lagi memang dah selalu macamni. Dahtu, maknanya aku pregnant dari dulu la??" Soal Sofea lagi. Ada saja ideanya untuk menipu.

"Gastrik pun muntah ehh?? Kenapa abang aku tak muntah pun? Dia ada gastrik gak."

"Mana laa aku tahu. Aku muntah. Abang kau tak tahu laa." Bohong Sofea lagi.

"Hmm. Kau ni kan! Suka bagi fakehope kan? Aku baru ingat dapat pegang anak kau nanti. Haih! Dahlaa aku nak sambung kerja." Kata Amira lalu bergerak pergi dari situ.

Sofea menarik nafas lega.

"Aduhh nyaris k nyaris." Katanya perlahan lalu terus menuju ke luar.

SEDANG Sofea asyik meneliti permintaan pelanggan, Amira datang menyapa.

"Weii Pia, mak mertua kau datang." Kata Amira.

Sofea memandang wanita disebelah Amira yang sedang tersenyum manis.

Layakkah Bahagia Untukku?Where stories live. Discover now