#LBU - Bab 26

1.2K 27 3
                                    

Sofea mengetuk pintu bilik Harris.

"Harris, boleh saya masuk?" Soal Sofea lembut.

"Masuk laa." Balas Harris. Matanya masih tertumpu di skrin telefonnya sambil tersenyum.

Sofea mengambil tempat disebelah suaminya. Dia menyerahkan secawan air kepada Harris.

"Nah, hot chocolate yang awak suruh buat." Kata Sofea.

"Laa, kenapa tak letak je atas meja dapur?? Nanti aku minum laa. Aishh." Kata Harris lalu mengambil air tersebut lalu meletakkannya di sudut meja kecil disebelah katil.

Mata Harris kembali ke skrin telefon. Sofea memberanikan dirinya untuk bertanya.

"Harris, awak tengok apa tu?"

"Hishh sibuk laa kau ni. Keluar sana!" Kata Harris dengan nada yang sedikit meninggi.

Sofea terus bangun dari tempat itu sebelum singa jantan mengamuk.

"Sebelum dia penampar aku melekat kat lantai, baik aku blah." Ujarnya didalam hati.

SOFEA membaringkan dirinya diatas katil biliknya. Dia berfikir sejenak.

"Susah laa nak ramal Adam Harris ni. Kejap ok, kejap tak. Kejap caring, kejap garang nak mampus. Haishhh." Kata Sofea lalu melelapkan matanya.

PAGI sudah pun menjelma. Seperti biasa, tugas Sofea pastinya menyediakan sarapan buat suaminya. Jam menunjukkan pukul 5.50 pagi. Pada waktu begini, biasanya Harris masih lagi dibuai mimpi.

Sedang dia menyiapkan sarapan, bahu kanannya dicuit. Sofea menoleh. Tiada apa. Dia kembali menoleh ke depan.

"Bhaaa!!" Sergah Harris.

Terangkat bahu Sofea dibuatnya.

"Harris! Terkejut saya tau takk??" Kata Sofea.

"Alaa, janganlaa marah. Aku memain je." Balas Harris selamba.

"Awalnya awak bangun."

"Oii! Kau perli aku ke apa ni?!" Soal Harris kasar.

"Taklaa, tanya je."

"Aku cuti harini. Mesti kau tertanya-tanya kan kenapa aku asyik cuti je?? Biasalaa syarikat bapak aku. Cuti je bila-bila masa nak. Kalau nak kena marah dengan Ayah pun, 5 minit je." Kata Harris selamba.

"Untunglaa. Saya nak cuti pun susah kot. Nak kena kahwin dulu baru laa boleh dapat. Tu pun seminggu je. Ni nak bersalin pun, dapat 2 bulan je."

"Bersalin?? Kau pregnant ke, Sofea??!!" Soal Harris ingin kepastian.

Sofea terkedu.

"Taklaa, kalau mana-mana staff yang pregnant. Selalunya memang dapat 2 bulan je." Kata Sofea dengan hati-hati.

"Aku ingat kau pregnant tadi. Kau ni, terkejut aku tau tak?!"

"Takdelaa. Jangan risau." Kata Sofea. Dia sebenarnya ingin berterus-terang, tetapi bila melihat wajah bengis Harris, terus tak jadi.

"Oklaa. Ehh, harini kau boleh cuti tak?" Soal Harris.

"Kenapa??"

"Aku ingat nak pergi tengok sepupu aku.. Dia baru bersalin minggu lepas. Sekarang ni dia ada dekat rumah nenek. Elok la jugak kita pergi sana, sebab kau pun tak pernah jumpa nenek lagi."

"Alamak, Harris. Harini saya ada meeting dengan client. Tak boleh."

"Kau kan boss. Butik tu kau punya kan?? Nak cuti pun susah apabenda??!"

Layakkah Bahagia Untukku?Where stories live. Discover now