#LBU - Bab 31

1.3K 27 6
                                    

Waktu seperti lambat berjalan pada masa itu. Harris berulang-alik didepan pintu wad. Dia buntu. Fikirannya penuh dengan kekesalan.

Dia mengambil tempat dikerusi yang disediakan disebelah wad untuk menenangkan diri. Dia meraup kasar rambutnya dengan sedikit dengusan.

"Apa benda yang kau buat ni, Harris?" Katanya dengan nada kesal.

Kringg!! Kringg!!

Telefon miliknya berdering.

'Zara 💕'

Terus dimatikan telefonnya lalu menyimpan semula didalam poket.

"Pergi mampus laa pompuan!" Katanya geram. Dengan waktu begini Zara menelefonnya, memang mencari nahas!

Harris kembali meraup mukanya.

"Harris, Harris!" Panggil seseorang.

Harris menoleh.

"Aduhh mati aku, mati aku.." Katanya apabila ternampak kelibat keluarga mertuanya menuju kearahnya.

"Harris, kenapa ni?? Jadi apa ni? Macammana Sofea boleh masuk hospital malam-malam macamni??" Soal Mama bertalu-talu.

"Mama, relaks ok. Bagi Harris explain pelan-pelan dulu." Kata Papa.

Harris menggaru kepalanya.

"Harris pun tak sure, Ma. Harris pun tengah tunggu doktor keluar je ni." Balasnya gugup.

"Lama dah ke doktor check Sofea??" Soal Mama lagi.

"Lama jugak laa. Tu yang Harris risau tu."

"Ma, relaks laa. Suami dia pun tak gelabah sangat. Mama pulak yang over." Kata Mikhail.

"Mama ni mak dia, Mikha. Sofea ni jarang sakit tau tak?? Ni tiba-tiba je masuk hospital.. Memang Mama risau laa." Balas Mama.

"Apa dah jadi dengan Sofea??" Soal Papa.

Baru Harris hendak menjawab, doktor yang merawat Sofea keluar dari bilik rawatan.

Harris terus bergegas mendapatkannya.

"Doktor, isteri saya macammana?" Soal Harris cemas. Semua yang berada disitu memasang telinga.

"Isteri Encik dah semakin stabil. Tapi mungkin belum dapat sedarkan diri lagi. Sebab, Puan Sofea mengalami tumpahan darah yang agak banyak. So, kami dah rehatkan dia sehingga esok." Terang Doktor.

"Baby saya macammana, Doktor? Anak saya ok je kan??" Soal Harris ingin kepastian.

Doktor itu menunduk.

"Doktor cakaplaa! Anak saya ok je kan??" Soal Harris lagi.

"Kami mintak maaf, Encik. Kami dah cuba sedaya upaya dah untuk selamatkan kandungan isteri Encik. Tapi, tumpahan darah dia terlalu banyak. Mungkin baby masih boleh diselamatkan lagi kalau lebih cepat ke hospital. Kami mintak maaf, Encik." Terang Doktor dengan nada sayu.

Harris meraup rambutnya kasar. Dia mengeluh kesal. Sungguh dia tak sanggup untuk memberitahu Sofea.

"Harris, kena tabah ok. Anggap je korang takde rezeki. Papa tahu kamu tengah rasa bersalah sekarang ni." Pujuk Papa sambil mengusap belakang badan menantunya itu.

"Doktor, saya boleh tengok isteri saya tak??" Soal Harris.

"Boleh. Tapi Encik sorang je laa. Sebab pesakit baru sangat stabil. Kami takut apa-apa jadi." Terang Doktor itu lagi.

Harris terus menuju masuk kedalam wad itu selepas mengucapkan terima kasih kepada doktor yang merawat Sofea.

WAJAH Sofea dipandang lama. Airmata Harris jatuh membasahi pipi. Dia menggenggam erat tangan isterinya.

Layakkah Bahagia Untukku?Where stories live. Discover now