#LBU - Bab 35

1.2K 20 5
                                    

Harris menuju ke kondominium milik Zara. Dia hendak membuat kejutan hari lahir untuk kekasihnya. Dia mengambil kunci pendua yang diberi Zara untuk masuk kedalam kondo tersebut.

Harris membuka pintu kondo milik Zara dan mencari-cari kelibat wanita itu.

"Sayang?? sayang? You kat mana?" Panggil Harris sambil berjalan menuju kedalam bilik milik wanita itu.

"I bukak tau." Kata Harris. Dia menunggu jawapan.

"Haishh, Zara ni takde kat rumah ke?" Soalnya sendiri.

"Yang, I masuk tau." Kata Harris lagi. Dia membuka pintu bilik Zara

Harris tergamam. Hatinya retak.

"Zara!! Apa benda yang you buat ni?!" Soal Harris dengan nada yang tinggi.

"Sayang, I boleh explain." Kata Zara.

Hati Harris ibarat dikoyak berkali-kali. Dia tidak menyangka, wanita yang disanjungnya itu sanggup melakukan hal yang terkutuk itu. Ya, Zara tidur dengan lelaki lain tanpa sebarang ikatan.

"You nak explain apa??! Kau boleh pergi mampus laa pompuan!!" Kata Harris lalu melempar jambangan bunga dan hadiah ke arah mereka yang masih mencari baju itu.

"Harris!!" Panggil Zara.

Harris memekakkan telinganya. Dia terus pergi dengan hati yang retak.

HARRIS menumbuk stereng keretanya dengan kuat. Rasa geram yang menyelubungi diri. Dia tidak menyangka, wanita yang dicintainya sanggup berlaku curang dengannya.

"Aku nak buat suprise dekat kau, aku yang kena suprise. Cantik laa!" Kata Harris.

"Kenapa aku takpernah sedar hah?? Dah sah perempuan macam tu, perangai macam setan. Lagi kau nak ke, Harris?? Apa bodoh sangat kau ni?!" Marahnya lagi.

"Cantik laa. Kau dah buat Sofea macam-macam untuk perempuan murah macam Zara tu?? Wuhh pandai gila kau ni!!"

"Kalau kau tak buta, kau dah boleh ada family sendiri. Kau dah ada isteri yang baik, kau dah ada anak, kau dah ada semua! Tapi sebab kau bodoh, kau hilang semua!!"

Harris memejamkan matanya untuk berfikir. Setelah 5 minit memejamkan mata, Harris membuka mata.

"Sofea!! Sofea.. Sekarang ni aku kena minta maaf dekat Sofea. Perempuan sebaik tu kau boleh buang untuk perempuan semurah Zara??! Bodoh!!" Kata Harris lalu memulakan pemanduan. Dalam fikirannya kini hanya ada Sofea. Ya, dia mahu meminta maaf atas segala kesilapan dan kesalahan yang dibuat.

ZARA memarahi teman lelakinya.

"You tau tak susah laa I kalau Harris dah taknak dekat I!! I famous pun sebab dia and kalau dia dah tak cintakan I, macammana kita nak dapat duit??" Kata Zara.

"Mana laa I tahu dia nak datang. Yang you pun, macammana dia boleh masuk??" Soal lelaki itu.

"I lupa yang I pernah bagi kunci pendua dekat dia. Aduhh, sekarang ni macammana??"

"Ok macamni. You buat laa apa pun yang bagi dia terima you balik. You kena buat, sayang. Kalau tak, tak makan kita."

"Hishh!! You laa ni! I dah cakap dah semalam kan. Kalau you tak datang semalam, semua ni tak jadi tau tak??"

"Ehh salahkan I pulak. Dia yang ajak." Kata Lelaki itu.

"Dahlaa, you pergi balik. Stress I tau tak?" Kata Zara.

Dia memikirkan cara untuk memujuk kembali Harris supaya percaya dengannya.

HARRIS sampai dirumahnya.Dia berjalan menuju ke biliknya untuk berjumpa isterinya dan menjelaskan semuanya.

Layakkah Bahagia Untukku?Where stories live. Discover now