INTAN 1

2.8K 54 3
                                    

Mata Intan tertutup rapat. Bibirnya muncung ke depan. Bermain-main jari runcing dengan bibirnya. Tangan masih lagi menopang dagu. Menanti dan terus menanti. Dalam pengiraan Intan dalam lima saat lagi lelaki itu pasti tegur.

Satu... dua... tiga...

"May I seat here?"

Tingg!! Lagi cepat dari jangkaan Intan. Dia tidak menjawab. Sekadar memberi isyarat mata untuk memberi kebenaran. Mulut tersenyum mengoda.

"So... you seorang saja ke?"

"Seorang je. Kenapa you nak temankan I ke? Girl tadi tak marah ke?"

Dang! Satu tembakan dari Intan mengena. Berubah wajah lelaki itu buat seketika. Tahu Intan perasaan lelaki ini bersama wanita lain tadi.

"Bodohlah I kalau lepaskan perempuan secantik you demi perempuan tadi... oh by the way, I Adif. Adif Luqman."

Lain pula jawabnya! Balas hati Intan. Kalau ya nak mengurat pun yang tangan tu gatal nak raba paha aku ni dah kenapa? Berguni-guni makian Intan dalam hati. Haish! Nasiblah kau sasaran aku malam ni. Dimaniskan muka yang tersedia manis.

Intan berdiri. Tapi Intan bukannya berlalu pergi. Sebaliknya dia terus duduk atas paha Adif.

"You nak ni ke?" Lunak suara romantis Intan membisik ke telinga Adif. Jemari Intan mula bertugas. Baru aku ayat sikit terus kaku si buaya ni. Nampaknya tidaklah terror mana pun! Dia pandang wajah Adif. Dalam renungan lelaki itu dibalas.

"Tak payahlah nak buat terkejut. I ni jenis yang terus terang je. Kalau you tak nak... It's okay. Lagipun I nak balik dah pun. Parti ni boring..." Intan main tarik tali pula. Bahunya diangkat sedikit.

Lagaknya hendak berdiri. Laju tangan Adif menarik tangan Intan agar duduk semula atas pahanya.

"Orang gila saja yang tak nak perempuan secantik you ni..." Tangannya kembali gatal memegang paha dan pinggang Intan.

Intan pun naik sama layan lelaki gatal itu. Tanpa tunggu Adif bertindak, dia terlebih awal mencium lelaki itu.

Tidak sampai beberapa saat. Telefon Intan tiba-tiba berdering, tangannya menolak lembut dada Adif untuk memberi ruang kepada sedikit. Bibir Intan mencebik. Siapa pula yang kacau daun waktu-waktu genting begini. Kacau feel betul.

Telefon dikeluarkan dari tas tangannya. Adif pula tidak berhenti mengucup leher Intan yang sedang memandang telefon. Intan biarkan saja tingkah lelaki itu. Tidak kisah langsung.

Sudah... sudahlah tu darling. Cemburu I tengok. Sekarang you balik. I dah on the way ke kereta. Datang sekarang! I tunggu ni...

Tersenyum senget Intan baca pesanan ringkas itu. Itulah! Cabar lagi aku...

Tangan Intan menolak lagi badan lelaki itu. "Sorry handsome. Got to go...I ada hal mustahak kena buat."

"Right now? Penting sangat ke?"

"Sangat. Thanks... nampaknya tidaklah boring sangat parti ni. Bye sayang." Intan berpura-pura bergegas masukkan semula telefonnya ke dalam tas tangan semula.

"Nak I hantarkan ke?" Masih belum puas lagi bersama perempuan yang baru saja dikenali itu.

"It's okay darling. Dah ada pun driver I jemput."

"I kena pergi sekarang juga. Please..." Dalam sempat merayu itu tangannya bukan main lagi bergerak sana sini pegang Adif.

"At least bagitahu dulu nama you dan nombor telefon..." Rayuan lelaki itu buat Intan rasa nak hempuk diri sendiri guna kerusi di sebelahnya. Macam mana boleh terlupa benda penting ni pula. Cepat-cepat tangan buka semula tas tangannya. Sekeping kad dikeluarkan lalu diserahkan pada Adif.

"I tak sempat nak perkenalkan diri. Just call me Intan. Ini kad I... bye..." Intan yang baru buka beberapa langkah berundur semula. Tepat memandang wajah Adif yang baru saja hendak belek kad namanya.

"Yes?" Pertanyaan Adif tergantung bila Intan cium bibirnya tanpa amaran.

"It's my goodbye kiss. Thanks for tonight."

Tersenyum kecil lelaki itu. Bukan main lagi tahap berani perempuan itu. Selalunya dia ayat dulu mana-mana perempuan sebelum cucuk jarum. Ini tak payah mulut berbicara.

"Zara Intan binti Zafril. Hurm... nama bapa dia bukan main sama lagi dengan nama bapa aku. Macam ada jodoh je." Kali ini hatinya kuat ingin bertemu dengan wanita itu lagi.

Rindu pula dengan Intan... besar penangan Cik Intan ni. Dalam hati Adif yang sedang merindui Intan itu matanya pula gatal mencari pasangannya tadi. Mana pulak perempuan tu pergi? Adif jongket bahu. Rugi pula tiada sleeping partner malam ni. Ditolak pasangannya tadi kerana terpikat dengan keseksian Intan.

Dalam Adif melayan perasaan rindunya, Intan pula tengah bergegas melangkah keluar dari lobi hotel. Fikirannya langsung tidak fikirkan Adif. Matanya melilau mencari kereta Hakimi. Sekelip mata saja kereta mewah berhenti depan Intan.

Intan terus masuk ke dalam kereta. "Hai sayang!" Pipi Kimi dicium sebaik saja masuk ke dalam. Tanpa tunggu lama kereta Hakimi meluncur pergi dari tempat itu.


Olla lovely!!

Rindu Faz tak? hiks. 

Okay tak Intan? Those yang belum pernah baca actually ini full novel tau. Cerita ni pernah ada ada dalam blog faz k. Tapi yang ni versi yang dah reedit semula. 

Kali ni heroin nakal + jahat sikit dari biasa. But takde la serius cerita air mata leleh macam yang lain. Kita buat lawak komedi sikit dengan Cik Intan Payung kali ni... 

SECEBIS CINTA INTANWhere stories live. Discover now