INTAN 5

743 31 1
                                    


Mata nakal selalu saja menjeling wajah Aneff yang terlalu dekatnya. Dilihat wajah kacak itu. Terlalu sempurna baginya walaupun agak dingin berbanding Adif. Dan satu lagi, mata tu. Sebenarnya mata tu paling dia tidak berkenan. Terlalu sepet dan tajam. Tidak suka! Intan suka lelaki mata bundar. Bulat-bulat sikit macam Hakimi. Baru kacak!

"Ehem!" Aneff berdehem.

"Rasanya muka I tiada apa-apa yang pelikkan?"

Terkebil-kebil Intan mendengar soalan itu. Ops! Kantoi sudah. Dia tersengih memandang Aneff. "Kenapa mata you sepet?"

"Pernah dengar perkataan genetik?" tanya lelaki itu sambil keluar dari lift yang terbuka.

Poyo! Intan ingin saja mencebik tapi memandangkan lelaki itu keluar lobi menyedarkan dia terlebih awal. "You parking kereta kat mana? Kita ke basement. I tak nak pekerja I nampak."

Lelaki itu berhenti melangkah. Intan dipandang. Dalam hati geram pula dengan Intan yang banyak songeh walaupun hati rasa pelik sebab Intan tak nak pekerja dia nampak keadaan dia didukung sebegitu. Padahal mereka bukannya buat salah pun.

"Kereta I parking dekat luar je. Kenapa?"

Laju Intan geleng dan tutup mata. Muka disorok pada badan lelaki itu. Pautan pada leher lelaki itu dikuatkan. Sebelah tangan yang dari tadi memegang kunci kereta Aneff diguna untuk menutup muka.

"Apasal you berhenti? Jalan cepat... jalan cepat..." ujarnya. Intan tidak mampu lagi pandang arah lain. Dia tidak suka nampak lemah di mata orang lain.

Aneff geleng kepala. Dia panjangkan langkah keluar dari bangunan. Dibiarkan Intan sembunyikan wajahnya dari dilihat dari pekerja lain. "You tak perlulah nak peluk kunci kereta I macam tu sekali pun. Kita dah sampai kereta ni."

Intan yang masih sembunyikan wajahnya itu dipandang. Dalam hati nak tergelak juga gelagat Intan ni. Lucu pun ada juga. Sampai macam tu sekali nak jaga air muka. Perempuan!

Sebelah mata Intan dibuka sedikit mengintai keliling sebelum kedua belahnya dicelik sepenuhnya. Kunci kereta Aneff yang digenggam tanpa sedar tadi ditekan bagi membuka kunci kereta lelaki itu.

Dengan langkah berhati-hati lelaki itu masukkan Intan ke kerusi penumpang hadapan. "Thanks," ucap Intan. Dibalas pandangan lelaki itu dengan pandangan mengoda. Gedik Intan! Sempat lagi tu.

'Kacaknya lelaki ni! Kalau bukan sebab musuh aku. Dah lama aku goda buat laki.' fikir Intan.

Dahi Intan kemudiannya berkerut. Bingung seketika bila Aneff beri isyarat mata dan keningnya. Lelaki itu kemudiannya tadah tangan depan muka Intan.

"Kunci."

"Oh!" panjang sengihan Intan. Kunci dipulangkan semula.

'Ingat sikit dia siapa dan kau tu siapa! Jangan lalai dengan muka kacak please. Ingat mata dia tu sepet. Kau tak suka mata sepet!' Intan rasa macam nak ketuk diri sendiri pada dashboard kereta ni. Tak patut betul. Baru sekali dekat dengan Aneff tapi entah berapa kali dia terlalai. Kalau hari-hari berusan macam ni habislah dia. Payah nak kawal diri dari terus memalukan diri sendiri!

"You okay ke ni?" soalan Aneff mengejutkan Intan.

Dibuka mata yang tanpa sedar tertutup tadi ketika berfikir. Anak mata naik ke atas. Memandang tangan yang sedang mengetuk dahi tanpa henti tadi.

Oh Tidak. Intan tutup mata. Tangan perlahan diturunkan. 'Not again!!' jeritnya dalam hati. Oh Intan! Apa dah jadi dengan kau ni.

"Okay... okay..."

"Betul?" tanya Aneff lagi.

Intan sekadar mengangguk. Dahi diurut perlahan sambil menyembunyikan mukanya dari pandangan Aneff.

"Kepala you sakit ke?" Persoalan lelaki itu tidak pasal-pasal menjengkelkan Intan. Tak tahu ke yang muka dia tengah tebah berinci-inci. Malu tahu tak!

"I'm okay." Senyum paksa ditunjuk pada lelaki sebelahnya.

Aneff mengangguk. Dia memulakan pemanduan untuk menghantar Intan ke hospital.

SECEBIS CINTA INTANWhere stories live. Discover now