INTAN 10

1.1K 38 1
                                    


 "Morning Sue. Kopi macam biasa." Senyuman Suraya dibalas sambil memberi peringatan pada kopi yang wajib dihidang untuknya setiap hari.

Suraya mengangguk mendengar arahan bosnya. Mata mengerling pada Intan yang masuk ke dalam pejabat. Kaki laju dihala ke pantri untuk siapkan minuman untuk bosnya. Tahu Intan akan masuk hari ini walaupun bosnya dapat cuti seminggu.

"Kopi bos." Secawan kopi diletak atas meja Intan. Kemudian setia berdiri memandang Intan yang mula memeriksa dokumen penting.

"Thanks Sue. Now shoot I dengan kerja-kerja yang berlambak ni." Intan menumpang dagu memandang Suraya yang comel berkebaya. Telinga sedia mendengar segala butir dari pembantunya itu. Beberapa hari cuti sakit, mesti banyak kerja yang tertangguh.

Suraya tersenyum kecil. Intan macam tahu yang dia bersedia hendak memberi peringatan tentang kerja dan temu janji yang tergendala.

"Meeting dengan Dato Khalil saya dah susun rabu depan sebab Dato sibuk sepanjang minggu ni, Mr. Bernard telefon semalam beritahu, dia akan update laporan tentang ofis sana dalam minggu ni."

"Oh ya! Dia nak respon dari cik secepat mungkin tentang pembelian saham syarikat KY di Korea tu."

"Yang tu nanti you tolong cari masa untuk I buat video conference dengan Bernard."

Suraya angguk mendengar. Tangan lincah menaip arahan yang diberi sebagai peringatan pada Ipad ditangan.

"Okay. Next?"

"Yang berkaitan dengan kerja dah selesai. Lain tiada perubahan. Sama seperti yang saya dah emel pada cik." Suraya berhenti seketika. Menanti butir bicara dari bosnya. Bila Intan diam baru dia sambung semula.

"Yang tidak berkaitan dengan kerja pula... First, Encik Aneff say thanks for the flowers dan doakan Cik Intan cepat sihat. Kalau dah sihat jangan lupa hubungi dia untuk arrange next meeting. Second, Dato Wahid hadiahkan cik sejambak bunga seperti biasa. Tapi saya dah tolong cik sedekahkan pada mak cik cleaner. Seterusnya cik ada jemputan untuk ke majlis pembukaan butik baru Datin Manisah ahad ni. Dia buat pertunjukan fesyen sekali untuk rekaan terbaru dari butiknya. Ramai orang kenamaan dijemput."

Intan tertawa kecil dengar perkataan sedekah Suraya itu. Memang itu yang arahan darinya. Kalau Dato Wahid si tua gatal tu hantar bunga, jangan lupa berikan pada cleaner sebagai sedekah. Anggap hadiah atas ketekunan membersihkan syarikatnya setiap hari.

Namun dengar jemputan itu yang dia malas nak pergi. Sebab nak jaga reputasi, nampaknya kena pergi jugak. Jujur Intan malas hendak bersosial dengan orang korporat. Bosan dan terlalu mengikut tatatertib.

"You tolong I dapatkan numbor telefon bimbit Aneff. Nanti senang I cakap dengan dia. Jemputan tu you jangan lupa ingatkan I jumaat ni. Takut I lupa. Lagi?"

Suraya geleng kepala. Semua dia dah laporkan pada Intan. "Dah habis cik."

"Okay. You boleh keluar sekarang. Ada apa-apa nanti I panggil dan kalau tiada panggilan penting beritahu I tak nak dikacau."

Angguk. Faham memang bosnya tidak suka dikacau jika tiada benda penting bila dia tengah sibuk. Lebih lagi bila kerja bosnya banyak selepas balik dari bercuti. Alamatnya keluar rehat pun belum tentu.

"Err... bos nak saya belikan nasi untuk lunch ke?"

Intan tepuk dahi. Lupa pasal tu. "Boleh jugak. Lauk macam biasa okay. Thanks Sue."

Suraya senyum mengangguk. Selesai morning report untuk hari ni.



SECEBIS CINTA INTANWhere stories live. Discover now