INTAN 7

699 32 0
                                    



Intan tersedar bila terasa sentuhan di wajahnya. Matanya dibuka sebesar yang boleh. Dikerdip mata beberapa kali, bola mata Aneff yang terlalu dekat dipandang.

"Hei!" jerit Intan. Tanpa sedar kepala segera dijauhkan hingga terhantuk cermin kereta. Wajah Aneff yang terlalu dekat dipandang dengan perasaan marah. Tangan laju naik ke dada. Menutup kulit yang terdedah.

"You nak buat apa tadi?"

Aneff betulkan cara duduknya semula. Persoalan Intan langsung tidak berjawab.

"Kita dah sampai."

"You buat apa tadi?!" pekik Intan. Kepala mula fikir yang bukan-bukan. Dia cabul aku ke tadi?

Oh my god! Aku dah tercemar ke?

"You menangis waktu tidur tadi. I cuma nak..."

Intan tertawa. Sinis. Macamlah dia nak percaya sangat. Lelaki semua sama saja. Gatal merenyam. "You jangan nak tipu I okay."

"I tak tipu. Tengok cermin apa jadi dengan muka you. I cuma nak tolong lap." Kotak tisu dihulur, Aneff angkat kening bila Intan bagi pandangan tidak percaya. Mengarah Intan dalam diam.

"You tak payahlah nak buat muka macam tu. Kan I dah cakap tengok cermin apa yang jadi dengan muka you."

Intan mencebik. Compact powder dikeluarkan dari beg tangan. Matanya membesar saat melihat wajah yang terpantul dari cermin kecil pada compact powder miliknya. Laju bawah mata disentuh. Kawasan yang kini agak gelap dan hitam akibat eyeliner yang luntur dipegang.

Mata dipejam kegeraman. Memalukan! Bibir diketap serapat mungkin.

Marah dengan diri sendiri. Macam mana boleh terkeluar perangai buruk aku ni!

Dia kembali membuka mata bila tisu huluran Aneff yang tidak sambut kini berada atas pahanya. Dipandang lelaki yang keluar dari kereta tersebut. Tisu atas pahanya diambil. Sisa eyeliner yang luntur perlahan-lahan dibersihkan.

Aneff yang telah pun membuka pintu kereta untuk Intan tunduk sedikit memandangnya.

"Sorry pasal tadi. Tak pasal tuduh you sembarangan."

"It's okay. Kepala you yang terhantuk tadi. Sakit ke?" Seraya itu tangan Aneff hinggap pada rambut hitam Intan. Mengusap lembut bahagian yang terhantuk tadi.

"I okay." Tertunduk kepala Intan dengan sikap baik Aneff. Rasa selamat hingga jantungnya berdebar dengan usapan lelaki itu.

"I dukung you."

Intan mengangguk. Keadaan canggung tiba-tiba. Leher Aneff dipaut badannya kini didukung oleh lelaki itu. Bau maskulin lelaki itu cukup buat dia tergoda.

Alahai ni boleh tak doktor periksa jantung dia? Rasanya jantung lagi sakit berbanding kepala dan kakinya!

"Aneff..."

"Hurm."

"Jangan tanya. Jangan fikir dan jangan persoalkan kenapa I menangis tadi. I sendiri pun tak tahu kenapa..." tutur Intan perlahan. Padahal dia termimpikan arwah tadi. Mungkin sebab itulah sampai dalam tidur pun boleh menangis.

Kepala jatuh ke dada lelaki itu, Mata tidak lagi memandang wajah Aneff. Kini hanya rasa tenang dan selamat dalam pangkuan Aneff.

Bila Aneff sekadar mengangguk, Intan kembali senyap hinggalah mereka masuk ke dalam hospital. Tidak lama kemudian, fikirannya kembali melayang hingga suara Hakimi menjerit memanggil namanya.

"Alamak..." ujar Intan perlahan. Wajahnya cuba disembunyikan lagi pada badan Aneff. Macam manalah dia boleh terlupa pesan pada Suraya.

Mesti Suraya telefon Hakimi beritahu pasal kakinya.

Lagi tak boleh percaya bila Hakimi sampai dulu darinya. Mesti Hakimi pecut tadi! Bahaya betullah sikap protective mamat satu ni.

"Boyfriend you?" tanya Aneff sambil memandang wajah Intan.

Intan senyap. Angguk tidak. Geleng pun tidak. Muka masih dihalakan pada badan lelaki itu. Lagipun dia tidak tahu nak klasifikasikan hubungannya dan Hakimi tu sebagai apa.

"Darl... Kenapa dengan you?" Cemas riak wajah Hakimi tengok keadaan Intan.

"Apa jadi?" Soalan beralih pula pada Aneff. Lelaki yang sedang mendukung Intan itu dipandang meminta jawapan. Terkejut tengok tukang angkat tu. Ingatkan firasatnya salah. Bila tengok betul-betul memang buah hatinya diangkat oleh musuh mereka!

Automatik mendidih jiwa raga Hakimi tengok Aneff. Bertahun dia jaga Intan, besarkan Intan tanpa sebarang kecederaan.

Tidak sampai sehari mulakan misi, buah hatinya dah patah kaki!

SECEBIS CINTA INTANWhere stories live. Discover now