INTAN 6

713 26 1
                                    


"Kenapa you tak nak pekerja you nampak I dukung you tadi?" tanya Aneff bagi memecah kesunyian dalam kereta itu.

"I tak nak orang nampak I dalam keadaan lemah macam tu."

"Sebab?"

"Sebab I Intan, Intan yang mereka nampak bukan Intan yang lembik." jawab Intan yang hanya memandang sorotan kereta.

"You tahu pekerja you takkan fikir macam tu."

"I tahu. Tapi terlintas pun I tak nak mereka fikir macam tu. I tak suka nampak lemah depan orang termasuk you."

Aneff menoleh. Dipandang seraut wajah yang penuh ketegasan itu. "You memang degilkan Cik Intan."

Makin sinis senyuman Intan tarlakar diwajah itu. "I kena degil. Kena keras hati dan kuat untuk teruskan kehidupan I. Hidup I tidak secantik and as smooth as all the intan permata yang you biasa nampak."

"You're so unique, yet mysterious and cheeky lil diamond."

Komen lelaki itu buat Intan tergelak kecil. "Unique yes. Mysterious and cheeky lil diamond kinda... hurmm... tak berapa nak sesuai. But I like it. Cheeky and mysterious. I'll take it as compliment," ujarnya sambil tergelak pada sindiran dan pujian lelaki itu. Cheeky huh?

Aneff pandang Intan sekilas. Gadis seksi itu yang naif atau memang jenis tahan tukul. "You memang tak kisahkan apa yang I cakap, kan?"

"Life Encik Aneff. Kehidupan yang I belajar selama ni buat adalah untuk telan tanpa menghadam apa saja pandangan buruk orang lain pada I. Yang penting ialah apa yang I nak, I dapat. Boringlah cerita pasal I. Cerita pasal you pula..."

"I prefer you panggil I Aneff je," pangkah lelaki itu. Rasa janggal kalau asyik nak bercik, encik.

"Cerita pasal I? Kehidupan I mudah bagi I, tapi tanggungjawab I tidak semudah kehidupan yang I lalui..." Aneff kembali bersuara sambil berfikir.

"Maksud you?"

"Kita manusia kita ada tanggungjawab untuk mendekatkan diri dan sujud pada Allah. Sebagai anak, I perlu patuh pada ibu bapa I selagi tidak melanggar perintah Allah. Sebagai lelaki, tanggungjawab I untuk lindungi wanita itu perlu. Sebagai ketua, tanggungjawab I perlu awasi dan kawal pekerja-pekerja dan business keluarga I."

"Kalau ibu bapa tu buang you? Pukul you tanpa sebarang tiada perasaan. You masih nak patuh pada mereka?" Intan cuba provok lelaki sebelahnya. Intan tak pernah sangka lelaki sebelahnya ni alim macam ni! Ikut siasatannya lelaki ni memang alim tapi dia tidak sangka sampai tahap ni.

"Sebab tu I cakap selagi tidak langgar perintah Allah. Kenapa? Parents you buang you ke?"

Intan terdiam. Pandangannya pada Aneff kini bertukar ke luar tingkap. Persoalan lelaki itu dibiar senyap.

"I mengantuk. Nak tidur kejap. Sampai nanti you kejutkan I," ujar Intan lantas menutup mata.

Menamatkan perbualan mereka berdua. Dia tidak mahu mengalami gangguan emosi ketika bersama dengan Aneff. Baik dia tidur bila kepala mula fikirkan keadaan yang hanya menyakitkan jiwannya!

SECEBIS CINTA INTANWhere stories live. Discover now