"Vision?"
"I'll let you know when times come." Intan tergelak kecil dengan ayatnya sendiri.
"I doakan you akan capai visi you tu."
Lebar senyuman Intan pada lelaki ini. "Thanks." Memandangkan perbincangan mereka pun mencapai titik akhir. Permata Holding bersetuju untuk bekerjasama dengan syarikat Aneff.
Jam tangan Aneff ditilik. Waktu pun telah mencapai waktu rehat. Tidak perasan mereka agak lama berbincang sedari tadi. "I harap kita boleh bekerjasama dengan baik Encik Aneff. I jarang handle projek dekat Malaysia. Expectation I tinggi pada diri you memandangkan you berjaya kalahkan I dalam projek lepas..."
"I juga Cik Intan. You seorang yang berkaliber. I harap kerjasama kita berjaya. Kalau tiada apa lagi I minta diri dulu." Aneff dah kemas segala dokumen miliknya. Tinggal nak keluar saja lagi. Dilihat Intan yang masih lagi tidak mampu berdiri.
"Sorry sebab tak dapat hantar you keluar. " Tangan Intan memberi signal pada kaki yang masih lagi tidak berupaya untuk bergerak. Manja gayanya menunjuk kaki pada lelaki itu. Sengaja diselak sedikit gaunnya ke atas.
"It's okay. I minta diri dulu..." Muka lelaki itu langsung menunjukkan tidak terkesan dengan gaya manja dan mengoda Intan. Dia pula makan dalam sendiri.
Terpinga-pinga Intan memandang lelaki itu bangun. 'Eh aku macam mana?!' bentaknya dalam hati. Mentang-mentanglah dia tolak. Aneff langsung tidak tanya atau pujuk. Sakit pula hati Intan tengok lelaki itu keluar dari biliknya.
Intan tidak boleh biarkan Aneff pergi dulu sebelum tiada pencapaian untuk hari ini. Aneff telah pun keluar dari pejabatnya.
Cepat Intan cepat fikir! Guna otak geliga kau sebelum dia semakin jauh.
Tanpa fikir panjang Intan terus saja berdiri dan paksa diri berjalan. Tidak sampai beberapa minit dia kembali menjerit kuat dengan harapan Aneff belum jauh dari pejabatnya. Terduduk memegang kaki yang semakin berdenyut. Berkerut wajahnya menahan sakit. Kasut tinggi rona hitam dengan corak keemasan itu dicabut. Sesekali dia mengerang kesakitan. Ah! Kerja gila.
Setiausaha Intan sekali lagi terkocoh-kocoh berlari mendapatkan bosnya sebaik saja terdengar jeritan kuat dari Intan. "Cik Intan... okay tak ni?"
"Sue tolong I panggilkan sesiapa je yang ada dekat luar. I tak larat nak gerakkan kaki...." Laju Suraya keluar sebelum sempat Intan bersuara. Tak sempat pun nak cakap lebih-lebih. Setiausahanya sorang ni kalau boleh datang angin kelam kabut, tak sempat dia bagi arahan dah cabut.
"Encik Aneff tunggu," jerit Suraya pada Aneff yang sudah berada dalam perut lift. Lelaki itu cepat menekan butang bagi menahan pintu.
"Encik Aneff tolong... cik... Cik Intan jatuh..." Termengah-mengah Suraya yang berlari mengejar Aneff tadi. Dia tertunduk memegang dada yang sesak kerana berlari laju tadi. Arah pintu pejabat Intan tadi ditunjuk.
"Teruk ke?"
Mereka kembali menuju ke pejabat Intan sekali lagi. Aneff yang baru saja masuk terkelu memandang Intan yang sedaya upaya untuk berdiri semula. Kuat semangat Intan ni! Walaupun berkali-kali terjatuh semula dia masih juga berusaha untuk berdiri.
"Eh Encik Aneff. I ingat you dah balik tadi."
Aneff berjalan mendekati Intan. Tubuh gadis itu dipapah. "Setiausaha you panggil I tadi. Okay tak ni?"
Intan mengangguk. Tadi dia betul ingatkan Suraya tidak berjaya menahan Aneff dari terus pulang. Dia sendiri hampir hampa dengan usaha menyusahkan diri sendiri ni. Tak pasal terpaksa menanggung sakit.
Beberapa kali Intan cuba untuk berdiri namun tetap juga tidak berjaya. Melihat kepayahan Intan untuk berdiri. Aneff minta kebenaran untuk cempung gadis itu. "You duduk betul-betul. Biar I cempung you."
Melonjak perasaan gembira Intan bila lelaki itu menawarkan diri. Ayu kepalanya mengangguk sambil betulkan cara duduk agar mudah Aneff dukungnya. Kunci keretanya diberikan pada Intan, nanti senang Intan nak tolong bukakan kunci kereta.
Pegangan Aneff dikemaskan agar Intan tidak terjatuh. Tanpa disuruh Intan terus paut leher Aneff. Saja nak ambil kesempatan. Tidak sampai beberapa saat saja badan Intan terus berada dipegangan lelaki itu.
'My Gucci! Sasanya badan lelaki ni.' Besar mata Intan membulat melihat bila didukung oleh Aneff.
"Beg tangan you?" soalan Aneff tiba-tiba buat Intan tercengang sedikit. Ternganga mulut Intan buat seketika.
"Beg?" tanya Intan kembali.
"Handbag you, dompet..."
"Oh! Kejap. Sue. Ambilkan beg I."
Suraya mengambil tas tangan Intan lalu diberikan kepada Intan yang sudah berada dalam dukungan lelaki bernama Aneff ini.
"Batalkan appointment I hari ni."
Arahan Intan dibalas dengan anggukan oleh gadis itu.
Tanpa menunggu lama Aneff mendukung Intan keluar dari bilik tersebut dibantu oleh oleh Suraya hingga ke pintu lift. Sempat Suraya bantu Aneff untuk tekankan butang lift dan memberi pesanan pada Intan agar berhati-hati. Kadang Intan tabik juga dengan Suraya ni. Pembantu serba boleh baginya.
YOU ARE READING
SECEBIS CINTA INTAN
RomanceHuru hara keluarga itu kerja Intan. Sakit jiwa mak datin, naik pening dato dengan perangainya. Tidak habis-habis Aneff dan Adif habis digoda. Sampaikan dua beradik itu tidak habis bergaduh kerana rebutkan Intan. Dalam mengoda Adif, Intan pasang mata...