INTAN 11

652 26 1
                                    

Walaupun tanpa Hakimi, Intan cekalkan hati untuk menghadiri majlis perasmian butik Datin Manisah. Satu keluhan kecil dihembus. Bertahun menceburi bidang perniagaan, tapi Intan masih belum mampu berinteraksi dengan orang-orang kenamaan seperti Hakimi.

Mata Intan melilau, mencari sesiapa yang mengenali dirinya. Sekurangnya boleh juga bertukar cerita. Senyuman gatal dan pandangan miang padanya langsung tidak dipedulikan. Mood pun dah immune dengan pandangan bernafsu padanya.

Bagi Intan dia terlalu mahal untuk melayan semua orang. Dia sekadar menyapa Datin Manisah dan mengucap taniah pada wanita itu kemudian dia sekadar berdiam diri di tepi dewan sambil memerhati keliling mencari targetnya.

Satu senyuman mengoda dihadiahkan untuk lelaki yang sedang berjalan sambil memeluk pinggang pasangannya. Lelaki itu nyata tersentak dengan kehadiran Intan. Pandangan mereka bertaut, gadis yang masih dalam pelukan itu kini tidak menarik perhatiannya.

Mata dikenyit sepakej dengan senyuman mengoda ditujukan khas buat Adif.

Kalau tak tergoda lagi sahlah si Adif ni buta!

Laju Adif meminta ruang seketika dengan alasan hendak ke tandas pada teman wanitanya. Kaki terus dihayun ke tempat Intan. "Cik Intan?"

Intan senyum mengangguk. "Long time no see..."

"I miss you." ucap Adif tiba-tiba. Pinggang ramping Intan dipaut merapatkan tubuh mereka berdua tanpa meminta kebenaran si tuan punya badan.

Sebelah kening Intan naik. Senyuman gembira ditahan. Jual mahal dulu! Tapak tangan diletak atas dada Adif, menolak lembut tubuh sasa lelaki itu. "Jangan nak bergurau Encik Adif. I tunggu you contact I. Tapi sekali pun takde..." Rajuk Intan dengan wajah menunduk.

Serba salah Adif memandang si cantik yang sedang berkecil hati dengannya. "Oh my dear, kad you tercicir. I dah puas cari tapi tak jumpa jugak. Nak hubungi you pulak tak dapat sebab you selalu saja sibuk memanjang. Kena lalu banyak fasa nak tembus you. Padahal I dah angau you setiap malam..."

Dada Adif dipukul manja. "Sweet talker. Setiap malam ye?" tutur Intan dengan lirikan manja.

Adif tergelak kecil. Mata Intan dihembus lembut hingga tertutup. "You maafkan I?"

Intan senyum dan angguk sekali. Mata membalas pandangan Adif. Tanpa sedar keduanya mulai hanyut. Terlupa majlis yang sedang berlangsung, terleka dengan pasangan Adif tadi. Seperti pertama kali mereka bertemu dulu, dunia pasti hanya menjadi milik mereka.

Adif pandai menggoda dan Intan yang sangat suka digoda.

"I dah puji yang you sangat cantik malam ni?"

Ah! Adif. Walaupun tidak mengetarkan jiwanya namun lelaki itu pandai mengocak hati wanita Intan. Kacak, kaya, romantis dan yang penting lelaki itu sangat memahami rentaknya.

"You look so beautiful. I tadi terpesona tengok you and this sexy lips. Can't take it off," puji Adif melambung dan sekali lagi bibir Intan menjadi sasarannya.

Sekeping kad dari clucth miliknya dihulur. "Make sure you won't lose it again..."

"Noted!"

"Enjoy tak malam ni?" Pinggang Intan dipaut. Gadis itu kini duduk atas ribanya.

Tangan Intan berpaut pada leher Adif. Menghadiahkan lelaki itu dengan susuk tubuhnya. "At first sangat bosan. Tapi jumpa you. Sekali lagi I tak sia-sia datang sini."

"Tak nak bida baju you?" tanya Adib memandangkan sekejap lagi sesi bidaan baju akan bermula.

"Atas pentas?"

Adib mengangguk. Pasti ramai yang akan membeli baju yang diperagakan oleh Intan. Tapi yang Adib pasti ramai akan membelikan kerana terpesona dengan tuan punya baju!

Tersenyum sinis Intan dengan pelawaan lelaki itu. Belum sempat mulut menjawab bahunya tiba-tiba ditolak kuat dan muka Intan habis basah disimbah air oren.

"What the..."

"Erni!" tengking Adif pada teman wanitanya.

"You diam Adif! Siapa perempuan ni? Berani dia duduk atas riba you!" tengking Erni. Model yang menjadi tumpuan atas pentas tadi kini bertukar serigala jadian. Berang bila terlihat Adif bercumbuan dengan perempuan lain!

Intan mengesat muka yang mula melekit dengan air. Pedih matanya apabila terkena air tadi. Sungguhlah siapa yang cari maut dengan Intan sekarang ni!

SECEBIS CINTA INTANWhere stories live. Discover now