"Sakit?"
"Tak. Sedap." Kan dah sedas dia bagi. Tadi si adik, sekarang abang lagi muncul tanya soalan terlebih pintar. Dah nampak dia tengah urut kaki tu mestilah sakit takkan dia buat tabiat buat rawatan mengurut dalam lobi ni. Ini yang buat mood membebel dia on.
Ketika Aneff hendak menyentuh kaki Intan. Gadis itu cepat saja menjauhkan dari Aneff. Nak bagi Aneff urutkan kakinya pun tak guna. Bukannya boleh terus baik pun.
Bukan main beriya lagi berjalan keluar seperti tidak rasa apa-apa tadi, tup-tup si Aneff ni jugak yang nampak dia.
"Tak apalah. Tak sakit mana pun. You datang majlis tadi?"
Intan mengeluh dengan anggukan Aneff. Jatuh merundum sahamnya depan lelaki ni. "Nampak apa yang jadi tadi?"
"Cukup dari you mula main mata, kena tolak dan maki oleh anak datin tu sampai duduk di sini mengurut kaki. "
Intan jeling tajam. Maksudnya dari awal lagi tingkahnya sudah diperhati. "Perempuan tu anak mak datin tu ke?"
"Dan juga girlfriend Adif."
"Cheese cake!" Baru teringat info Hakimi bahawa Adif datang ke majlis itu sebagai pasangan anak Datin Manisah.
Huh! Dia tersilap langkah. Langkah ke arah memalukan diri sendiri pula tu.
"I belanja. Jom!"
"Belanja apa?" Blur kejap dengan kenyataan tu. Lupa pula dengan mamat depannya ni. Tiada angin, tiada ribut tiba-tiba nak belanja orang. Bagi ayat pun sekerat-sekerat!
"Belanja cheese cake la," ujar Aneff dengan senyuman mengejek. Saja nak usik Intan yang tengah berangin tu. Dia kembali berdiri. Penat melutut kononnya nak tengok kaki gadis itu.
"Fine. Cheese cake pun jadilah. I tengah lapar. Buat lawak pulak dia. Papah I. Tak larat nak jalan."
Ego memang kena jaga, tapi sekarang kiranya lelaki ni savior dia jugaklah. "Dukung you pun pernah. Setakat papah jangan risau. I masih boleh tolong. Ke nak kena dukung lagi?"
Intan menjeling tajam. Tangan mula pakai kasut tumit tingginya semula.
"Tak payahlah sampai dukung bagai. Tak pasal I heret you check in kejap lagi," perli Intan dengan mata mengoda. Mood nak cucuk hati lelaki ini tidak pernah padam!
"I takkan tergoda punya. No worries. Jom makan malam. I lapar. Tengok drama tadi tapi popcorn tiada dihidang pulak. Buat rugi perut je." Sinis Aneff bagi sedas!
Tajam lirikan mata Intan. Berlagak!
Kalau bukan kenangkan perut pun tengah lapar merangkap tiada pemandu untuk hantar dia pulang, Intan memang tiada mood nak hadap sesiapa sekarang ni. Makan kek keju sekadar alasan nak ambil kesempatan pada lelaki tu.
"You nak makan kek cheese yang macam mana? Ke bawa pergi makan mana-mana je."
"Kalau boleh request I nak dengan jem strawberry merah menyala meleleh. Yummy!" Dah alang-alang disoal, dia jawablah. Kalau tak jawab kan niaya kempunan sendiri.
"Strawberi merah menyala huh? Hah padan sangatlah dengan you."
"Maksud?"
"You kan suka pakai lipstik merah menyala. Macam yang you pakai sekarang ni. Padanlah lelaki-lelaki dekat majlis tadi tu tak tengok you dua tiga kali tak cukup... mengoda. Sesuai sangat dengan jem strawberi yang selalu mengoda mata orang untuk tarik perhatian makan cheese cake yang tak sedap mana pun tu."
Merah muka Intan. "Suka hati dia saja perli orang."
"Muka you pun dah terlebih merah macam jem strawberi. Yum..." sindir Aneff lagi tersenyum pada gadis sebelahnya. Semakin galak pula nak usik Intan. Rasa diri seperti kenal bertahun dengan gadis itu. Tapi jumpanya boleh dikira dengan jari saja.
"Diamlah!"
Cheese cake punya lelaki. Adakah patut samakan aku dengan jem strawberi?!
"I nak pergi basuh muka kejap. You tunggu sini."
"Larat ke jalan?" Sikap prihatin Aneff ni pun kadang buat Intan rasa sesuatu. Kakinya sendiri dipandang sekilas.
"Larat kut."
"Tak apa. biar I papah you sampai luar tandas."
Intan angguk. Mengalah. Dia patut letak rasional di hadapan sekarang ni. Ego dan marah letak tepi dulu. Lengan Intan dipapah ke arah tandas di lobi hotel.
YOU ARE READING
SECEBIS CINTA INTAN
RomanceHuru hara keluarga itu kerja Intan. Sakit jiwa mak datin, naik pening dato dengan perangainya. Tidak habis-habis Aneff dan Adif habis digoda. Sampaikan dua beradik itu tidak habis bergaduh kerana rebutkan Intan. Dalam mengoda Adif, Intan pasang mata...