INTAN 3

1.1K 40 0
                                    


Interkom berbunyi ketika Intan sedang buat senang ringan di kerusinya.

"Ada apa Su?" tanyanya yang masih melakukan rengangan. Sakit belakang duduk lama menghadap kerja.

"Encik Aneff Ayman dari Perkasa Group datang."

Tegak badan Intan dengar nama lelaki itu. Terkejut! Tak sangka lelaki itu datang ke pejabatnya. "Su jangan bagi masuk dulu. You kira dalam tiga minit macam tu baru bagi masuk." Kalut Intan memberi arahan. Dia pun tidak terfikir nak fikir apa dalam tiga minit tu. Mata pandang kiri kanan, fikir nak buat yang mana satu dulu.

Berkerut dahi Suraya dengar arahan pelik dari bosnya namun dia terima saja arahan Intan. Kepada Aneff diminta untuk tunggu sebentar dengan alasan bosnya sedang sibuk.

Intan dalam bilik kalut berjalan sana sini sambil membetulkan keadaan bajunya. Dalam hati menyesal juga sebab tidak pakai seksi hari ini. Gincu merah menyala sempat dicalit. Tubuh badannya dipandang melalui refleksi diri pada cermin besar yang terlekat pada dinding.

Baju kemeja putih Intan ditegang agar nampak lebih kemas. Dia pusing badan 180 darjah untuk menanti kedatangan lelaki yang dinanti-nantikan.

Kononnya nak bergaya semasa berpusing tapi tidak pasal kakinya tersalah pusing. Kuat suara Intan teriak bila jatuh terduduk atas lantai. Kebetulan waktu tu juga si Aneff nak masuk diiringi oleh Suraya.

Bibir merah Intan diketap. Sakit mak oi! Dia memegang kaki yang terseliuh. Suraya dah berlari ke tempat Intan terjatuh tadi. Kalut tengok bosnya terjatuh. Aneff pun ikut berlari anak ke tempatnya.

"Cik okay ke?"

Intan yang menahan sakit sekadar mengangguk. Dalam hati bertangki-tangki makian Intan menuduh Aneff sebagai pembawa sial kepadanya. Selalu buat aksi pusing penuh gaya tu tak pernah pula dia terjatuh. Depan lelaki ni jugak nak dia terjatuh. Dimaniskan saja muka pada Aneff walaupun sekadar berpura-pura.

Aneff bantu memapah ke sofa dalam bilik Intan.

"Cik Intan nak ke klinik?"

Intan geleng kepala.

"Cik pasti?" Aneff pula menyoal. Gaya macam sakit bagai nak rak sampai payah nak jalan masih lagi tak nak ke klinik.

"I pasti. Jangan risau." Tegas suara manja Intan beritahu.

"Sue.... you ambilkan planner I atas meja. Kemudian sediakan minuman untuk Encik Aneff."

Suraya akur. Sekadar angguks sebelum keluar.

"So... I ingatkan patutnya pekerja you yang datang. Tak sangka bos besar sudi cemar duli." Mata laju membelek setiap inci rupa Aneff. Oh My! Sangat kacak okay.

"Maaf datang tak beritahu you terlebih awal. Orang yang patutnya jumpa you sekarang ni ditahan di hospital. I yang ganti ambil alih untuk projek ni."

"Oh god! Moga dia cepat sihat." Sedih riak wajah Intan walaupun dalam hati dah melonjak gembira. Gembira kerana dia sendiri akan bekerjasama dengan Aneff. Maknanya selepas ini makin mudah untuk dia dekat dengan lelaki ni. Rancangan nakal mula dilakar dalam kepalanya.

Tangan tahan dagu atas meja. Kacaknya lahai lelaki ni. Jaw Aneff yang terbentuk buat lelaki itu nampak sangat maskulin!

"Kaki you ni macam mana? Nak teruskan perbincangan ke atau nak I bawakan ke klinik," tanya Aneff prihatin.

"You jangan risau. Kaki I perkara kecil. Lepas meeting nanti I akan pergi. Bagi I meeting lagi penting sebab I tak suka bazirkan masa orang. I tahu you sibuk dan orang lain pun sibuk. No big deal."

"Betul ni?"

"I yakin. Fullstop. Tutup topik pasal kaki I. Sebelum kita mukan perbincangan I nak kenalkan diri dulu. Nama penuh I, Zara Intan binti Zafril tapi you panggil Intan je cukup." Tangan Intan dihulurkan kepada Aneff untuk bersalam. Harap dia dapat bertahan untuk serius, risau diri sendiri keluar perangai miang keladi.

"Oh tak sangka nama papa you sama dengan nama papa."

Sebelah kening Intan saja diangkat sedikit. "Oh really? What a coincidence..." kononnya ala-ala teruja Intan bersuara walaupun dah muak Intan dengar ayat tu. Typical pickup line!

"Aah. Sama sangat. Oh lupa. I Aneff Ayman."

Manis senyuman Intan terlakar sambil memandang lelaki itu. "Okay Encik Aneff. I tahu you pun sibuk... Boleh kita mulakan perbincangan sekarang?"

Aneff mengangguk. Persepsi pertama buat wanita yang pertama kali dijumpa ini terlalu menakjubkan bagi Aneff. Kredibiliti Intan sangat berbeza baginya. Intan terlalu fokus dengan kerjanya walaupun sekali sekala dia dapat melihat muka itu berkerut dan agak sukar bergerak kerana kaki yang terseliuh tadi.

Diperhati wajah Intan yang manis.

Manis senyuman Intan membalas pandangan Aneff ketika perasan lelaki itu sedang membelek wajahnya. Dalam hati kembang setaman. Pasti Aneff sedang memuji kecantikan rupa parasnya. Penuh keayuan dan kemanjaan suara Intan semasa perbincangan. Dia tidak akan sesekali melepas peluang untuk mendekati lelaki ini.

'My darts are ready. I'm aiming you Aneff. I want you and you gonna be mine' bisik hati Intan sambil kelip mata pada Aneff bila lelaki itu sedang mengelamun memandangnya.

Aneff yang tersentak dengan kelipan mata Intan tersenyum kecil. Malu dengan tindakannya memerhati Intan.

"Shall we continue?" tanya Intan manja sambil menongkat dagu pada atas lutut.

"I kagum you Cik Intan. Patutlah you digelar Iron Lady dalam industri ni." Selama Aneff menceburi bidang perniagaan. Nama Intan sering saja menjadi topik utama kerana pencapaiannya yang dikatakan terlalu tinggi bagi seorang wanita berumur 30 tahun. Malah dia tahu Intan sangat berpengaruh di luar negara, kerana dia difahamkan selama ini syarikat dalam negara hanya dikawal oleh pekerjanya sahaja sedangkan dia tinggal di luar negara.

"I have my very own personal vision Mr Aneff. Untuk capai visi tu, menjadi Iron Lady ialah perkara wajib bagi I. Its a must." Bersirat ayat Intan bersuara. Pandangan Aneff terus ditaut tajam. Setajam 

SECEBIS CINTA INTANWhere stories live. Discover now