INTAN 8

709 29 1
                                    



"Kaki Intan terseliuh tadi. Jatuh dalam pejabat," terang Aneff pada lelaki depannya itu. Bukannya dia tidak kenal ahli perniagaan muda itu. Cuma dia tidak tahu hubungan Intan dengan lelaki itu saja.

"Bagi I. Biar I bawa Intan masuk" Matanya masih tidak dikalihkan pada Intan yang menyembunyikan wajahnya disebalik badan Aneff itu.

Intan!! Mahu saja dia menjerit di situ. Suka hati dia saja peluk lelaki lain.

"Tak apalah. Biar I angkat dia. Alang-alang dah sampai biar I terus bawa masuk."

Akur dengan kata-kata lelaki itu. Dalam hati mula geram dengan sikap Intan yang senyap sedari tadi. Takutlah tu... siap kau Intan.

"Err... thanks." Matanya kemudian menyorot pada Hakimi. Cepat-cepat Intan alihkan pandangan pada Aneff. Seramnya pandangan Hakimi padanya.

Aneff tersenyum kecil. "Welcome." Lama mereka senyap memerhati rawatan doktor pada kaki Intan. Lagak Intan langsung tidak rasa sakit, siap kenyit mata lagi Aneff yang risaukannya.

"Kalau macam tu I gerak dulu... Tak apakan kalau I tinggalkan you dekat sini?" tanya Aneff lagi. Tadi dia sendiri dengar perbualan Hakimi dan Intan bahawa lelaki itu hendak menghantarnya pulang. Biarlah. Malas dia hendak masuk campur.

Intan mengangguk. Terlentok juga dia pada lelaki itu. Hailaa Intan. Sempat lagi main mata pada Aneff walaupun raut wajah itu langsung tidak terkesan dengan gayanya. "I akan beritahu you pasal our next meeting. Maybe tunggu lepas kaki I sembuh sikit."

Aneff bersalaman dengan Hakimi sebelum keluar dengan wad yang menempatkan Intan.

Keadaan tiba-tiba sunyi seketika. Intan tersengih memandang Hakimi yang memberi pandangan maut sedari tadi.

"Darling...." Lembut suara Intan memanggil Hakimi.

Hakimi masih lagi tidak berganjak. Kekal tegak dengan tangan bersilang di hujung katil.
"Sayang..." Intan masih mencuba nasib. Marah betul nampak.

Akhirnya dia menunduk. Memandang jemari yang bermain satu sama lain. Tidak sampai berapa minit bilik senyap itu kini mengeluarkan bunyi esakan kecil. Intan mengelap air mata yang mengalir.

Automatik badan Hakimi kendur mendengar bunyi esakan dari Intan. Dia paling pantang bunyi tangisan Intan. Keluhan kecil dihembus. Kalah lagi! Intan memang pakar dalam menghilangkan marahnya. Perlahan langkah dihayun mendekati buah hatinya.

Hakimi duduk di birai katil bersebelahan dengan Intan. Belakang gadis yang sedang tunduk menangis itu diusap lembut. "Dah jangan nangis..."

Tangisan Intan semakin kuat. Mulanya dia memang hendak menyakat lelaki itu, dia tahu tangisannya saja mampu hilangkan rasa marah Kimi padanya. Tapi kini air mata itu langsung tidak mahu berhenti. Malah makin galak mengalir.

"Dah... dah... I tak marah. Syuhh...."

"I... I..." Tersekat-sekat suara Intan yang sudah lencun dengan air mata. Dia mendongak memandang Hakimi yang memujuknya.

Luruh hati Hakimi memandang Intan yang masih menangis. Dia ingatkan hanya teknik Intan saja untuk meraih simpatinya. "Dah... jangan nangis lagi. You tahu I paling tak suka you menangiskan?"

Makin kuat suara Intan merengek. "Kimi!!" Sudah lama dia tidak memanggil Hakimi dengan panggilan Kimi. Makin galak Intan menangis. Tersentuh dengan keprihatian lelaki itu. Tambah lagi bila bila kena marah tadi. Walaupun hanya dengan pandangan mata tapi dia tahu Hakimi memang marahkan dia.

Aduh! Makin parah... makin dipujuk, makin kuat Intan menangis. Badan gadis itu dipeluk erat. Basah bahunya dengan air mata Intan yang masih tidak mahu berhenti menangis.

"Dah... Kimi tak marah lagi... Kimi sayang Intan. Kimi tak marah..." pujuknya sambil mengelus rambut Intan.

Air mata Intan mula reda. "Intan tak suka Kimi marah... Intan takut... Intan takut Kimi marah."

"Dah... jangan nangis. Kimi marah sebab tak nak Intan cedera. Kimi tak suka Intan sakit." Dia tidak mungkin akan memarahi Intan tanpa sebab. Marahnya kerana sayangkan gadis itu.

Pintu wad tiba-tiba terkuak. Bulat mata Damia melihat Hakimi yang sedang memeluk Intan. Tambah angin gadis itu mendengar suara Intan menangis.

"Kimi!!" Seruan Damia itu menarik perhatian Kimi dan Intan.

Perlahan pelukan pada Intan dileraikan.

Aduh! Mati.

Baru seorang selesai. Sekarang seorang lagi datang. Tak lama botak kepala Hakimi melayan dua gadis ni. Banyak ragam!

"Kau buat pada Intan?" Bahu lelaki itu ditolak kuat. Terpinga-pinga Intan dengan gaya Damia. Sampai terundur ke belakang lelaki tu. Kuat seh!

"Hei! Mana adalah. Aku pujuk dia aje menangis tadi."

"Intan takkan menangis kecuali kau yang marah dia!"

Hakimi mendengus kuat. "Kan aku dah pujuk balik tu!"

"Pujuk apa sampai peluk-peluk macam tu. Ingat dia sama dengan girlfriend kau keliling pinggang tu?!" Berapa kali larang agar jangan peluk Intan suka hati. Kimi ni memang pekak betul. Tak pandai nak dengar nasihat lepas tu boleh pula marah mereka kalau bergaul dengan lelaki lain.

"Eleh! Kalau jeles cakaplah. Aku boleh je nak peluk kau..." balas Hakimi enggan mengaku kalah.

"Eh... sudah! Sudah! Hish tak habis-habis bertekak!" jerit Intan.

"Kimi tu!"

"Aku pulak. Kau la!"

"Dah la! Hish! Aku kahwinkan jugak korang berdua ni. Memekak aje dua puluh empat jam!" bebel Intan dengan dua orang manusia ni. Hilang mood sedih tadi. Meluat dengan dua orang ni.

"Aku on je kalau nak kahwin..." perlahan suara Hakimi menyahut. Dengan Cik Damia ni, tawaran akan sentiasa terbuka!

Damia menghadiahkan jelingan tajam pada Hakimi. Anti isu kahwin. Lebih-lebih lagi kalau orang tu Ahmad Hakimi!

"Dah la tu..." Keras Intan memberi amaran.

Serentak Damia dan Hakimi mendengus kuat lalu membuang pandangan ke tempat lain.

Sah! Ada yang berlaku sebelum ni antara budak dua ni. Selalunya bergaduh tak adalah sampai menjerit tak tentu hala macam ni. 

SECEBIS CINTA INTANWhere stories live. Discover now