INTAN 2

1.3K 42 1
                                    

"Macam mana tadi? Hebat tak I?" Badannya disandarkan ke dada Hakimi.

"Bukan main hebat lagi I tengok... Sampai bergaduh besar Adif dengan girl dia tadi."

Intan yang perasaan sindiran Hakimi itu langsung tidak berbekas dihatinya. "Tengoklah siapa... " Dia mendabik dada. Bangga dengan diri sendiri.

"I tetap tak suka cara you ni... nyaris terbabas je tadi. Senang aje lelaki itu angkat you naik bilik tadi." Adif tu langsung tidak boleh percaya. Lebih-lebih lagi tempat tadi tu hotel. Kalau Intan bagi green light aje tidak mustahil terus check in!

"Yela... yela... I je salah. Hari tu setuju. Malam ni lain pula dia cakap!" Intan kembali ke tempatnya. Tangan disilangkan ke dada.

Merajuk! Ini yang buat Hakimi lemah lutut. Dia tidak suka Intan merajuk dengannya. Intan dipandang sekilas. "Intan... sayang... janganlah macam ni. Okey janji I setuju je apa-apa hal." Tangannya mencari-cari tangan Intan. Digengam kuat tangan orang yang dia sayang separuh mati itu.

Senyuman Intan tidak dapat ditahan lagi. Tangannya kuat membalas genggaman Hakimi. Lalu dibawa ke bibir. Lama tangan lelaki itu dikucup.

"Tahu saja dia kelemahan I," cebik Kimi. Tangannya yang masih lagi mengenggam tangan Intan dibawa ke pipi mulus wanita itu. Disapu-sapu pipi Intan.

"Oh! Nyaris terlupa. Girl tu macam mana? Dapat tak?"

Terserlah lesung pipi Hakimi bila senyum.

"Bila mula buat muka poyo tu. Sah dia dapatlah tu!"

"Macam mana boleh dapat? Teruk ke dia menangis tadi lepas ke tolak?" soal Intan lagi bila Hakimi sekadar nak tayang muka toya dia tu.

"Teruk jugalah. Hancur mekap. Alaa... biasalah. Buat yang ringan-ringan. Terpujuklah dia."

"Banyaklah ringan dia. Yang tutt tu tak pula malam ni..." sindir Intan. Ikutkan hati mahu saja dia gigit tangan Hakimi yang masih dalam pegangannya. Lagi senyum gatal macam tu. Geram!

"Yang tu terpaksa tahan hati. Terpaksa cancel bila baby ni hampir buat jantung I meletop tengok cara dia tadi. Baru first time bawa tempat macam tu dah mula buat perangai."

Intan sekadar tersengih namun dalam hati bukan main lagi mengeluh. Haih! Tak habis lagi bebelan Hakimi ni rupanya...

"Alah sayang. Tenang okay... Lepas ni kita tunggu esok. I bet tak sampai tiga hari Adif mesti call I punya. Kita tunggu siapa dapat panggilan dulu.." Kepala Intan mula melayang ingatkan mamat kasanova tu. Namun imaginasi melayang bila Hakimi gosok kepalanya sampai kusut masai rambut Intan.

"Adalah benda kuning dia fikir pasal mamat tu."

Intan tersenyum lebar. Sedikit pun tidak terkesan. Kasut tumit tinggi dibuka. Dia terus berpindah duduk atas paha Hakimi.

Tergeleng kepala lelaki itu.

Intan rebahkan badan atas dada Hakimi. Leher lelaki itu dipeluk. Hakimi biarkan saja. Dia sudah pun terbiasa memandu sambil memangku Intan.

"Bawa slow lagilah. Tak puas nak rindu Kimi... esok dah kena kerja lagi..." pujuk Intan. Pelukannya dikemaskan.

"Slow dah ni sayang..." Layan saja permintaan Intan. Hakimi pandu seperti kereta kura-kura. Tapi dia sendiri rindukan Intan yang manja itu. Sama sukar nak berlepas.

"Ni... nak I hantar balik ke mana?"

"Alah... nak kena balik terus ke?" Manja Intan menyoal. Dia angkat kepala sikit. Hakimi dipandang. Sepenuh harapan agar lelaki itu bawa tempat lain dulu. Tapi memang tiada harapan pun. Esok kerja! Hakimi tidak mahu Intan kelihatan lesu esok pagi.

"Baliklah... nak balik mana? Kondo you ke atau balik rumah I?" tanya Kimi lagi.

"Orang gaji you ada di rumah?" tanya Intan pula.

Kimi mengangguk. "Nak balik sana ke?" Dia sendiri nak Intan balik ke rumah tu kembali. Tinggal sana pun tak apa dari tinggal seorang diri di kondo. Dulu Hakimi benarkan pun sebab Damia tinggal sekali dengan Intan. Tapi sejak Damia kena pindah. Hakimi nak Intan terus saja tinggal bersamanya.

"Kalau balik sana kena terus masuk tidur ke?" Intan soal lagi manja. Nak sesuatulah tu sebab tu suara Intan terlebih manja dari kebiasaanya.

Hakimi tersenyum sedikit. Dicubit pipi gebu Intan walaupun tidak tunduk memandang Intan. Sekali tunduk takut lain pula yang dia nampak. Malam ini memang Intan terlebih kurang baju. Sampaikan bila dia tunduk sikit pandang Intan. Jelas nampak buah dada gadis itu.

Dia sendiri lelaki. Ada nafsu, kalau Adif yang tadi terus tolak pasangannya gara-gara terpandang Intan. Silap hari bulan dia pun boleh terleka. Boleh jadi Hakimi pula yang terbabas malam ni dengan Intan. Intan ni bukannya ahli keluarga dia. Boleh saja kalau nak.

Tahu ada lagi agenda Intan. Hakimi terus bersuara. "Terus tidurlah. Esok kerja." Dia sempat lagi mengeratkan pelukan Intan.

Bibir Intan dijuih ke depan. Nak pujuk akulah tu. "Balik kondo sajalah kalau macam tu..."

Aduh! Hakimi sudah mula terkulai dengan suara Intan merajuk itu. Nasib baik sayang punya pasal. "Kalau tak terus tidur, nak buat apa pula?" soalnya. Mengalahlah tu!

"Banyak!"

Ah sudah! Dengar perkataan banyak pun buat Hakimi lemah lutut. Tidak! Malam ni biar dia berkeras sikit. Esok pagi ada mesyuarat penting. Nanti terlajak tidur pula kalau nak layan perangai gila Intan. "Kalau macam tu balik kondo sajalah."

"Yela. yela. Dia ni... membuta saja kerja. Malam masih awal pun..." bebel Intan.

Gembira Kmi dengar. Dia tunduk sikit mengucup dahi Intan. Pujuklah apa lagi. Dia tahu pun Intan merajuk bukannya lama mana pun. Kejap lagi surutlah tu.

Apapun berbaloi juga dari kena layan Intan main game sepanjang malam ni. Kalau layan Intan main, sampai esok habis semua permanan video dipulun.

Itu pun nasib badanlah kalau Damia tidak join sekaki main. Kalau tak pening kepalanya nak layan dua-dua.

Seorang manja, seorang pula kepala batu!

Geram pula Hakimi bila teringatkan Damia kepala batu itu. Selalu saja dia mengalah dengan Damia dan Intan. Lebih-lebih bila dua orang tu bergabung. Dia yang meletop melayan keduanya.

Tapi biasalah Hakimi. Ayat klise tidak mahu kalah. Alah bukannya kalah betul-betul. Saja je nak mengalah sebab sayang punya pasal. Banyaklah kau punya mengalah, padahal selalu saja kena buli.

Contoh terbaik ialah sekarang. Berhenti saja kereta Hakimi terparkir. Intan terus pura-pura tertidur supaya Kimi angkat.

Dan angkatlah juga Hakimi sebab sayang punya pasal. Janji Intan bahagia... Intankan permata hatinya. Dia sanggup buat apa saja demi wanita itu.

Nasib engkaulah Hakimi. Dapat perempuan kaki buli!


SECEBIS CINTA INTANWhere stories live. Discover now