16

25.4K 1.2K 40
                                    

"Opps. Sengaja."

Adelia memandang pakaiannya yang sudah kotor akibat coffee yang memang sengaja ditumpahkan. Dia memandang Shiqin yang hanya tayang muka selamba. Nafasnya ditarik. Sabar Adel. Sabar.

"Apa masalah kau Dr. Shiqin?" soal Adelia. Mukanya yang putih berubah menjadi kemerah-merahan kerana menahan amarah.

Shiqin memandang Adelia. Wajahnya jelas menunjukkan ketidakpuasan hati. "Masalah aku is kau!" katanya sambil jari telunjuknya dihalakan pada Adelia. Adelia menjongketkan keningnya.

"Excuse me?"

Shiqin mendekatkan diri pada Adelia. "Stay away from Fahrin. He's mine!" bisik Shiqin pada telinga Adelia. Terjongket kening Adelia.

"Kau tu just ahli dalam team dia. So jangan nak menggeletis sangat!" kata Shiqin lagi. Adelia senyum sinis.

"Kau suka dia? Then, kau ambiklah dia. Eh, aku pun tak inginlah nak rampas hak orang. Kau ingat ni drama?" sindir Adelia. Kali ini, dia mendekatkan diri pada Shiqin. "Dr. Shiqin. You're a doctor, so act as one. Don't waste your knowledge on the useless thing. You won't get any benefits from it." bisik Adelia. Dia menepuk bahu Shiqin perlahan. "I respect you as my senior. So, don't ruin my respect towards you." Kata Adelia sebelum berjalan.

"May the best woman wins." Kata-kata Shiqin membuatkan langkah Adelia terhenti. Adelia senyum sinis.

"Consider yourself as a winner cause I'm not interested in this stupid battle." kata Adelia sinis sebelum berjalan meninggalkan Shiqin.

Shiqin mengetap bibir geram apabila melihat Adelia yang lansung tak tercabar. Dia memandang Adelia yang sedang berbual dengan Farhan. Bibirnya mengukir senyuman sinis. Di kepalanya sudah terisi dengan muslihat.

••••••••

"Sorry. I'm late." kata Adelia. Farhan senyum. Dia memandang Adelia sebelum matanya terpaku pada pakaian Adelia.

"What's wrong with your clothes?"

Adelia merengus kasar. "Ada malaun mana entah tumpahkan coffee." kata Adelia geram. Farhan senyum sebelum menanggalkan jacketnya. Dia mendekati Adelia. Jacket itu dia sarungkan pada badan Adelia. Adelia terkedu melihat keadaan mereka yang sangat dekat sampai dia boleh merasa nafas hangat Farhan.

Farhan memandang Adelia. Senyuman terukir di bibirnya. "Dah habis duty kan?" soalnya. Adelia angguk perlahan.

"Jom." Pergelangan tangan Adelia dipegangnya lembut sebelum ditariknya ke arah kereta.

"Nak pergi mana?" Soal Adelia saat badannya ditolak masuk ke dalam kereta. Farhan membongkok untuk menyamakan paras mata mereka.

"Somewhere sayang." Hidung Adelia dicuitnya selamba membuatkan Adelia mengerutkan dahinya.

"Yah!!"

Farhan tergelak sebelum menutup pintu kereta. Dia melangkah ke arah tempat pemandu. Sempat matanya bertembung dengan mata Fahrin yang berdiri berdekatan dengan dinding cermin di tingkat atas.

•••••••••

Farhan dan Adelia melangkah ke arah gazebo yang terdapat di taman tersebut. Masing-masing duduk. Farhan memandang wajah bersih Adelia. Cantik. Very beautiful. Tak dinafikan yang Adelia memang lagi cantik daripada Bella.

"How's work?" soal Farhan. Adelia memandangnya.

"Okay. Macam biasa. Kenapa?" soal Adelia kembali. Farhan senyum kecil.

"Taklah. Awak nampak macam kurus sangat. Tak makan ke?" soal Farhan. Adelia berkerut dahi sebelum memandang badannya.

"Kurus ke? Biasa je." balas Adelia. Farhan senyum. Mereka kembali diam.

The Heirs Of Ice Princess ✔Where stories live. Discover now